Wednesday, January 12, 2011

IKMAL National Maritime Conference


Capt. Aziz standing... melayan tetamu
.

Minister of Transport giving press release
.

Executive Sec IKMAL.... Capt. Aziz
.
Tahniah kepada Institut Kelautan Malaysia dan Jabatan Laut Malaysia kerana berjaya menganjurkan "National Maritime Conference on STCW Manila Amendments" yang dihadiri lebih daripada 120 orang peserta. Semoga lebih banyak lagi Seminar dan Persidangan Maritim akan diadakan pada masa depan untuk merancakkan lagi sektor maritim negara.
.
Orang yang paling berkerja keras dalam menganjurkan Persidangan ialah Capt. Aziz Abdullah, tahniah semoga dapat terus jayakan agenda dan aktiviti IKMAL.

Wednesday, January 5, 2011

SUK Selangor dan Penderhaka Gagap



Rasa marah pun ada dan hendak tergelak pun ada bila melihat MB Khalid menjawab soalan pemberita di Berita TV3 malam tadi. Body language dan gagap Khalid makin bertambah bila cuba menjawab tentang titah Sultan Selangor mengenai kemelut perlantikan SUK baru. Dari situ jelas kita dapat lihat siapa yang rasa bersalah dalam isu yang tidak patut timbul ini.
.
Khalid cuba bercakap seperti peguam tetapi malang tafsiran beliau tentang undang undang yang berkaitan sama gagap dengan percakapannya. Cuba cakap terus terang kenapa tidak suka sangat dengan bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor itu..... kerana Islam dia kurang ke? Dia rasuah ke? Terlalu tegas menjalankan tugas ke? Tak mahu mengikut telunjuk ahli politik ke? Tidak payahlah cuba berselindung atas alasan tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh SPA tentang perlantikan tersebut.
.
Mungkin kemelut ini ada hikmahnya sebab bagi yang tidak fanatik maka jelaslah kini siapa petualang bangsa dan agama sebenar. Siapakah penderhaka yang yang mahu mengenepikan fungsi Sultan dalam memerintah Selangor. Baru pertama kali rakyat bagi peluang mentadbir Selangor dah jadi huru hara macam ini, kalau 50 tahun memerintah mungkin Selangor jadi Singapura tidak berraja.
.
Rakyat tidak bodoh dan akan menghukum penderhaka dan mereka yang hanya pandai putar belit. Nampaknya usia PKR tidak akan panjang seperti yang diimpikan.... Ku sangkakan panas hingga kepetang rupanya hunjan ditengah hari.......