Sesungguhnya Allah jadikan manusia itu daripada sesuatu yang tidak berharga iaitu dari tanah lalu dijadikan air mani kemudian menjadi seketul darah lantas membesar. Kemudian dijadikan tulang tulang yang disalut dengan daging lalu di tiupkan roh kedalamnya, membesar dan dilahirkan menjadi secantik cantik kejadian dengan akal, perasaan dan nafsu keinginan. Telah dijelaskan juga dalam Al Quran bagaimana perjalanan manusia itu dripada tiada maka diadakan, kemudian dimatikan dan akhirnya di hidupkan semua untuk bertemu dengan Pencipta nya, untuk dihisab segala perbuatanya di dunia.
Kemanakah arah yang hendak kita bawa di dunia ini? Sebagai pencipta Allah tidak meninggalkan kita tanpa panduan supaya dapat melalui kehidupan dunia dan menemui jalan pulang yang diredai. Kita dibekalkan dengan Al Quran sebagai panduan, pelindung dan penawar kepada yang mengetahui.Di isikan dalam Quran contoh teladan apa yang terjadi kepada kaum yang ingkar dan dimurkai Allah seperti kaum Nabi Luth dan Nabi Noh. Diajar cara kehidupan yang diredai serta segala ilmu dunia dan akhirat. Jika kita melihat dan mengkaji segala kejadian di muka bumi ini maka bertemulah kita dengan kebesaran ciptaan Allah. Dan segala gala yang hidup akan dimatikan dan di musnahkan denagn kuasa Nya jua melainkan Zat Allah. Maka siapakah yang lebih mengetahui tentang mansia kalau tidak penciptaNya. Adakan peraturan dan undang undang manusia mengatasi kebesaran kalam Allah. Maka jalan mana yang mahu kita ikut dalam kehidupan sementara di dunia ini.
Tidak kah kita mahu berfikir dan berhenti dari menentang Allah. Masihkah kita berpegang bahawa akal dan pemikiran kita mengatasi kalam Allah. Tidakkah kita sedar bahwa apa yang diberikan kepada kita teramatlah sedikit jika dibandingkan dengan ilmu dan kuasa Allah. Kenapa kita terus menjadi penderhaka kepada pencipta setelah di berikan bimbingan dan panduan oleh kitab Allah dan para Nabi dan Rasul. Masihkah kita berbangga dengan jasad yang akhirnya kembali kepada asal, menjadi mayat dan tanah yang tiada nilainya.
Bagaimanakah kita menjaga hati dan roh diri yang akan kekal setelah jasad menjadi tanah. Isilah hati dengan Al Quran dan Sunnah Nabi agar terus bercahaya mengikut jalan fitrah bukan kesesatan hawa nafsu dan hasutan syaitan. Supaya tidak sesat didiklah diri kita dan ahli keluarga dengan ilmu Allah disamping mengejar kemewahan dan kesenangan dunia. Berfikir dan hisablah diri supaya kita tidak terus menuju kepada kemurkaan Allah seperti kaum Yahudi dan mereka meraka yang sesat iaitu kaum Nasarani. Mari kita kembali kejalan yang LURUS jalan orang orang yang dikurniakan nikmat oleh Allah seperti para nabi dan rasul, sahabat, para syuhada dan orang orang yang soleh. Islam adalah agama bagi orang yang berilmu maka isilah hati dan jiwa kita dengan ilmu Allah supaya terus becahaya dan dapat melakukan segala suruhan dan menjauhi laranganNya. Jadilah manusia yang bukan saja pandai bercakap tetapi beramal dengan ilmu yang ada.

Setelah mengetahui hakikat sebenar kekuasaan Allah maka janganlah kita tunduk kepada manusia terutama manusia yang menderhaka kepadaNya. Janganlah kita jadikan pangkat, kedudukan dan kuasa sebagai kayu pengukur kejayaan tanpa berlandaskan hukum Allah. Janganlah kita bermusuh sesama Islam walaupun sejauh mana perbezaan pendapat antara kita. Kembali kepada Al Quran dan Sunnah dan kasihlah sesama saudara Islam melebihi daripada yang kafir. Fahamilah bahwa kita di jadikan semata mata untuk menjadi hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini. Kalau kita sudah berada dijalan yang LURUS Alhamdulillah tapi kalau kita masih sesat, kembalilah kepada panduan Allah melalui Al Quran dan Sunnah
Kuliah subuh Ustaz Abd Ghani Abdullah
21/9/08 @ Surau Al Sobah, Bangi Bandar Ilmu
5 comments:
Salam Jaflam,
Alhamdulillah. Thank you for this reminder.
Salam Shah,
Yes, untuk ingatan bersama.
Salaam
Indeed a very good, in fact essential reminder for us all.
Salam Akaml,
Hope you have a blessed Ramadhan and Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin.
Salam DJ,
Hanya dengan mengingati mati sahaja manusia itu akan sedar dari nikmat hidup yang dibanggakannya.
Post a Comment