Saya merasa amat bershukur dan gembira dengan pendirian tegas yang telah diambil oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung dengan genjala sosial pengkid dan juga pengamalan yoga dikalangan umat Islam. Sebagai badan tertinggi fatwa yang dianggotai oleh ulama dan cerdik pandai Islam maka amatlah penting bagi seluruh umat Islam secara individu atau persatuan memberi sokongan penuh kepada fatwa yang dikeluarkan bagi menjaga akidah umat Islam masa kini dan akan datang.
Sesungguhnya genjala pengkid ini sebenarnya telah menjadi barah kepada masyarakat kota. Mereka sekarang telah berani secra terbuka mengamalkan gaya hidup songsang mereka dikhalayak ramai. Kalau genjala ini diambil mudah maka saya pasti ia akan meruntuhkan masyarakat Islam dan akhirnya laknat Allah akan menimpa kepada semua dan negara. Ini adalah selaras dengan janji Allah dan balasan kepada kaum terdahulu yang mengamalkan budaya hidup songsang tersebut. Amatlah sedih apabila ada diantara umat Islam termasuk Sisters in Islam yang cuba mencela Majlis Fatwa Kebangsaan dan mempertahankan budaya songsang ini. Sebagai gulungan yang tidak arif tentang hukum hakam Islam dan buta mati hati mereka ini sebaiknya diam daripada menunjukkan kejahilan mereka. Begitu jugalah dengan isu pengamalan yoga oleh orang Islam yang telah diterangkan dengan jelas oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tentang kemudratan akidah yang akan berlaku. Bagi yang bukan Islam pula jagalah tepi kain ada sendiri dan jangan suka menyibuk tentang hukum hakam Islam dan gaya hidup yang terbaik untuk kami. Fatwa dikeluarkan untuk menjaga akidah umat Islam dan bukan untuk memperlekehkan agama atau budaya lain.
Bagi umat Islam yang cintakan agama bangsa dan negara kita perlu bangkit dengan tenaga, kata kata atau pun setidaknya tulisan mempertahankan kewibawaan dan kesucian agama kita. Jangan biarkan orang lain atau pun munafik antara kita mempertikaikan hukum hakam dan perjalanan agama kita. Mungkin kesopanan dan kebisuan kita selama ini disalah erti sebagai lemah dan tidak berkuasa. Mari kita bersatu tanpa mengira fahaman politik atau bangsa mengimarahkan Islam tanpa menggangu gugat hak agama dan bangsa lain. Jangan biarkan lagi pengkhianat dalam apa bentuk rupa, bangsa sekali pun memperlekehkan agama, bangsa dan negara kita.
6 comments:
Salam Dato,
sekarang keputusan telah diambil dan difatwakan, sebagai muslimin kita kena lah terima. tapi ini hanya pendapat saya- bagi yang tetap nak praktikkan juga, pastikan niat lebih kepada kesihatan dan sambil melakukan exercise yoga ni apa kata berzikir sambil menyebut 99 nama Allah (Asmaul Husna) instead. lebih sedap dan lebih tenang pon ye jugak. hanya pendapat saya je. Wallahu'alam.
Hai Kerp,
Begitulah sebaiknya bagi kita yang bukan ahli dalam menentukan fatwa yang dapat membantu umat Islam. Semoga segala kebaikan akan lahir dari keputusan yang membantu sebilangan besar antara kita yang perlukan panduan dan ingatan. Your suggestion on Asmaul Husna zikir is great and practical.
Salam DJ,
Seharusnya setiap Fatwa yang dikeluarkan dihebahkan secara meluas untuk dipatuhi oleh semua umat Islam.
Malangnya hanya Fatwa tertentu sahaja yang sampai ke pengeahuan umum.
Ada banyak Fatwa lagi yang tidak dihebahkan seperti tentang rokok, ASB dan mungkin ada banyak lagi pada hemat saya, yang tidak diwar-warkan
Fatwa adalah untuk dipatuhi. Jika Haram perlu ditinggalkan.
Jika tidak dihebahkan tentu ada yang menganggapnya tidak menjadi kesalahan. Tak gitu?
Salam Zabs,
Mungkin cara penyebaran makluman dan penerangan terperinci tentang seiap fatwa perlu diperbaiki disamping memastikan maklumat tersebuat boleh dicapai melalui internet setiap masa. Khidmat nasihat dan pertanyaan secara online juga perlu diujudkan oleh pihak berwajib untuk menyelesaikan sebarang kemuskilan masyarakat mengenai sebarang fatwa.
Kerajaan dan JAKIM perlu bertindak cepat dan tegas dalam menjawab sebarang tohmahan yang dibuat oleh mana mana pihak terhadap hukum hakam Islam. Dan sebagai umat Islam kita tidak boleh lagi berdiam diri apabila ada pihak cuba memperlekehkan agama kita.
Salaam DJ,
Inilah kepentingan majlis fatwa; melukis garis panduan yang jelas bagi membantu muslim zaman sekarang menghadapi situasi-situasi yang secara relatifnya baru dan tidak dihadapi oleh umat islam zaman terdahulu. Mana-mana pihak yang ingin mengeluarkan pendapat, bagi saya, tidak harus emosional dan melulu. Pemfatwaan apa-apa perkara sekalipun dikeluarkan setelah perbincangan yang sangat teliti diadakan.
Salam Akmal,
Terima kasih atas pandangan dan saya percaya majoriti golongan muda amat peka kepada ilmu, iman dan amal dalam Islam dan tatacara mana isu baru ditangani oleh urus tadbir Islam.
Semoga generasi sdr yang akan mewakili masa depan negara terus aktif menyuarakan pendirian dalam isu isu utama secra lisan dan dialam cyber yang menjadi pilihan ramai pemuda masa kini.
Selamat terus berjaya dalam akademik di Kuantan.
Post a Comment