Tuesday, December 15, 2009

Sultan Selangor & Raja Muda


Tengku Amir & Tetamu Jemputan
.
DYMM Sultan Selangor selamat menyempurnakan majlis keputeraan Tuanku sabtu lalu di Istana Shah Alam. Seperti biasa dalam majlis tersebut Tuanku memberi pengiktirafan kepada mereka mereka yang telah berjasa kepada negeri Selangor, melalui pingat pingat kebesaran negeri Selangor. Majlis berjalan penuh istiadat dan sempurna manakala kemanisan dimuka muka yang mendapat pengiktirafan Tuanku amat jelas.

Sebagai Raja yang berjiwa Rakyat, Tuanku dalam titahnya mengingatkan pemimpin, kakitangan awan dan rakyat menyempurnakan tanggung jawab masing masing dalam memastikan kehidupan yang sejahtra, aman dan damai di Selangor. Penekanan diberi kepada pemimpin politik agar lebih berkerja daripada membakar isu yang tidak membawa kebaikan kepada rakyat dan negeri. Pekara ini telah pun dilapurkan dalam semua akhbar dan media siber.

Yang menarik perhatian saya pada majlis tersebut adalah buat kali pertama Sultan telah membawa sama Raja Muda duduk disebelah Tuanku. Bahkan pada majlis perasmian Mesjid Klang sehari sebelum itu, Raja Muda juga turut sama dalam majlis perasmian dan membaca Yassin di Mesjid baru tersebut. Walaupun Raja Muda baru berusia 19 tahun tapi program mendidek beliau telah bermula bagi menjadikannya Raja berjiwa rakyat. Sebagai seorang Raja yang berpelajaran, prihatin dan berwawasan Tuanku merupakan diantara Raja Raja Melayu yang boleh dibanggakan. Sifat Tuanku yang memahami tanggung jawab sebagai Raja berpelembagaan dan mengikuti segala perkembangan semasa dalam pentadbiran, ekonomi dan sosial, menjadikan beliau begitu penting dalam perjalanan pentadbiran dan politik Selangor masa kini.
.
Semoga Tuanku dapat mendidik Tengku Amir menjadi pelapis yang hebat dalam menyumbang kepada kesejahtraan dan pembanguanan Selangor pada masa depan.

No comments: