Monday, April 5, 2010

Adakah anda PRIHATIN???




Adakah anda prihatin kepada apa yang berlaku disekeliling anda? Pembunuhan bayi dan penderaan anak2 yang tidak bersalah dan lebih kejam lagi membuang bayi kelongkang, sungai dan tong sampah. Bagaimana kalau pekara sama berlaku kepada saudara terdekat anda, adakah anda akan prihatin??? Jadilah insan prihatin dengan membuka hati, minda, mata dan telinga.... melihat dan bertindak kepada pekara yang buruk dan kejam yang berlaku disekeliling anda. kalau tidak dapat bertindak sedirian laporkan kepada polis, jabatan kebajikan, Jabatan Agama Islam atau pihak lain yang berkaitan. Cemburu kepada perkara mungkar yang membawa kepada pembuangan bayi.
.
Kepada mereka yang terlibat kepada pekara kejam seperti pembunuhan, pembuangan dan penderaan bayi, insaflah!!!!
.
1. Kalau telah melakukan kesalahan insaf dan hentikannya. Jangan pula menjadi pembunuh bayi.
.
2. Bagi wanita yang telah terlanjur dan mengandung, jangan ambil jalan singkat. Dapatkan batuan dari pihak yang betul dan selesaikan masallah dengan baik. Jangan jadi pembunuh.
.
3. Pada lelaki yang terlibat, bertanggung jawablah selesaikan masallah yang anda mulakan dengan baik. Jangan menjadi penyebab kepada pembunuhan bayi yang tidak berdosa.
.
4. Kepada ibu, bapa dan masyarakat jadilah insan yang prihatin terhadap tingkah laku anak2 dan cegah sebelum masallah diluar kawalan. Biarlah orang kata kita kepoh dan suka jaga tepi kain orang asalkan apa yang kita lakukan demi kebaikan masyarakat.
.
5. Pada pihak berwajib dan kerajaan ambilah tindakan pro aktif dalam mencegah maksiat dan keruntuhan moral, jangan hanya menjadi pemerhati dan polis yang mahu menyaman.
.
Jaff Point menyokong penuh usaha Utusan Malaysia dan semua pihak yang menyokong usaha murni ini termasuk artis, NGOs, Bandan Kerajaan, Bloggers dan individu2 prihatin. Anda semua dapat merubah keadaan dari keburukan kepada kebaikan.

2 comments:

Pak Zawi said...

Dato' Jaff,
Ibu bapa lah orang yang paling berkemungkinan untuk menasihati dan menghindar anak-anak yang terlanjur. Kegagalan ibu bapa memantau dan mengambil tindakan menjadikan gejala ini boleh berlaku.
Anak-anak yang bekerja jauh dari keluarga adalah satu la penyebab mereka mudah terlanjur.

jaflam said...

Setuju benar dengan pandangan Pak Zawi.Yang sedihnya kadang2 anak tak dengar lagi nasihat dan teguran ibu bapa dan menyangka mereka tahu segalanya... lihat saja Halimathon 15 tahun nak kahwin lelaki 19 tahun walaupun ibu tak setuju.Cabaran mendidik anak dewasa ini telah banyak berubah lebih2 lagi dibandaraya.