Saturday, May 15, 2010

Nak Jadi Peguam Syariah Pulak......

Kalau nak dikatakan bodoh... pandai, kalau kita kata tak sensatif marah. Kononnya hendak perjuang keadilan.... masallahnya keadilah siapa? Orang kafir nak jadi peguam syarie... bila Majlis Agama Islam tolak tidak puas hati, bawa pula ke Mahkamah Sivil. Sejak bila Mahkamah Sivil boleh tentukan peraturan Mahkamah Syariah? Mungkin si Victoria Jayaseele ini hendak ikut jejak langkah Karpal Singh yang cuba hendak menjadi hakim kepada keimanan dan ketakwaan Saiful. Mereka tidak akan faham bahawa tidak akan sama diantara orang yang beriman dan tidak beriman serta antara kafir dan Islam.
..
Saya harap semua orang Islam tak kira dari fahaman politik mana pun akan menentang kehendak peguam kafir ini dan kerajaan tidak tunduk kepada usaha untuk menyemarakkan kemarahan orang Islam dengan isu ini. Hakikatnya terserlah kini bahawa masih ada segelitir mereka yang suka merosakkan kedamaian yang kita kecapi selama ini dengan mencabar kepentingan orang Melayu dan Islam. Mungkin kali ini mereka salah tafsir kerana majoriti orang Islam akan bangun menentang mereka yang sesat dan menyesatkan.

3 comments:

mohd ali ismail said...

Apa salahnya orang bukan Islam menjadi Peguam Sharie.Takut kan persaingan?Pada saya ini adalah cara bijak dan sihat sementara membuka dan memberi peluang orang bukan Islam sempat berjinak jinak dengan undang undang cara Islam dan mempelajari sharaa'dan sebagainya.

Ishak said...

Yg meluluskan orang Islam kan?

jaflam said...

syabas buat org Islam yg macm saudara ... cakap mcm org yang bukan Islam