Kulian subuh pagi ini Ustaz datang lagi. Bercakap tentang Ramadhan tetapi yang menarik hari dan waktunya lain maka pahala dan rahmat bagi yang mendengar apa lagi yang mempraktiknya lagilah lain. Mungkin ramai antara kita masih ambil mudah tentang kehadiran Ramadhan dan kasihnya Allah kepada hambaNya yang telah sebelas bulan melakukan berbagai kemungkaran dan dosa berbanding dengan amal yang amat sedikit.
.
Allah turun kelangit dunia mendegar segala doa hambanya yang beriman dan bertaqwa lalu menyempurnakanya. Waktu paling baik berdoa adalah sebelum berbuka dan waktu syahur. Sebelum berbuka berdoalah perkara pekara yang terbaik buat diri sendiri, kedua ibu bapa, keluarga dan umat Islam, InshaAllah akan dimakbulkan Allah. Kerana yang bersifat mungkir janji adalah manusia bukan Allah.
.
Kita semua tahu tentang hukum hakam dan fadilat puasa dan amal sepanjang Ramadhan tetapi persoalannya adakah kita mempunyai kekuatan untuk melaksanaknnya sebaik mungkin dan keluar Ramadhan dengan kreputusan CERMELANG???
Setidaknya kita berusha kearah itu dengan sedikit Ilmu yang dikongsi bersama.
.
AMALAN CERMELANG DI RAMADHAN
.
1. LAKSANAKAN SOLAT SUNAT TERAWIH..... BERJEMAAH YANG TERBAIK.
.
2. PERBANYAKKAN SOLAT SUNAT YANG LAIN
.
3. BERI SEDEKAH KEPADA YANG MEMERLUKAN
.
4. BERI MAKAN KEPADA ORANG YANG BERBUKA... HANTAR SEPINGGAN JUADAH KESURAU PUN OK.
.
5. BANYAKKAN BERZIKIR, SYAHADAH DAN BERTASBIH... DALAM JAM PUN BOLEH BUAT... SEDANG TENGOK TV PUN BOLEH ZIKIR.
.
6. BANYAKKAN BERISTIGHFAR DAN BERTAUBAT... MINTA AMPUN ATAS SEGALA DOSA DAN KEKURANGAN KITA TERUS PADA ALLAH.
.
7. BANYAKKAN DOA SUPAYA DIBEBASKAN DARI API NERAKA DAN MENDAPAT SYURGA ALLAH. SESUNGGUHNYA SYURGA RINDU HAMBA ALLAH DI BULAN RAMADHAN.
.
8. BANYAKKAN BERSABAR KERANA RAMADHAN ITU BULAN KESABARAN DAN SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN.
.
9. TINGGALKAN SEGALA PERBUATAN MAKSIAT DAN KEMUNGKARAN. STOP MENGUMPAT, FITNAH , BERBOHONG, BOROS DAN BERHARSAT DENGKI. KALAU TIDAK PUASA KITA HANYA DAPAT LAPAR DAN DAHAGA SAHAJA.
.
JANJI ALLAH PADA YANG BERPUASA DAN BERAMAL DI RAMADHAN
.
1. MENDAPAT RAHMAT ALLAH YANG MENCURAH2
.
2. MENDAPAT KEAMPUNAN ALLAH
.
3. MENDAPAT PELEPASAN DARI AZAB NERAKA
.
4. MEREKA YANG BERPUASA AKAN MENDAPAT BALASAN SYURGA
.
5. DOA ORANG YANG BERPUASA DIMAKBUL ALLAH
.
6. ORANG BERPUASA MENDAPAT DUA KEGEMBIRAAN IAITU SEMASA BERBUKA DAN APABILA BERTEMU DENGAN ALLAH PADA HARI KIAMAT KELAK.
.
7. ORANG BERPUASA MENDAPAT PELIHARAAN ALLAH
.
8. ORANG YANG BERPUASA KHUSUS SERTA MENGERJAKAN AMAL2 SUNAT AKAN DIBINA MAHLIGAI INDAH DISYURGA.
.
9. SETIAP KALI SUJUD ORANG YANG BERPUASA DIKURNIA SERIBU TUJUH RATUS KEBAJIKAN, DIBINA MAHLIGAI DI SYURGA DAN TUJUH PULUH RIBU MALIKAT MEMOHONKAN KEAMPUNAN BAGINYA DARI PAGI HINGGA PETANG.
.
Alangkah ruginya bagi mereka yang masih lena daripada beramal dan merebut pemberian Allah dibulan Ramadhan Al Mubarak ini. Kita diberi peluang dan ruang untuk menjadi jutawan amal dimata Allah dengan sedikit modal dan kesabaran ..... demi masa manusia itu dalam kerugian kalau tidak merebut kasih sayang dan rahmat Allah yang diberikan Ramadhan ini kerana belum tentu kita bertemu Ramadhan tahun depan!
2 comments:
Salam DJ,
Terima kasih atas perkongsian ini...seperti kata ustaz juga, jika kita mahukan dunia perlu ada ilmu, mahukan akhitrat pun perlukan ilmu dan jika mahu kedua2nya pun perlukan ilmu. Tetapi jika ada ilmu namun tidak diamalkan, seperti tidak berlimulah juga. Wallahua'lam.
Salam Zabs,
Sangat setuju dan benar mereka yg tidak berilmu susah nak beramal dan yg berilmu tapi tak beramal lagi lah pedih ganjarannya.
Post a Comment