Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Cahaya Ramadan dan jutaan ganjaran Allah bagi mereka yang beramal sepanjang Ramadan akan berakhir kurang darpada 36 jam lagi. Syabas kepada yang berjaya dan doa kita diakhir Ramadan agar diketemukan dengan Ramadan tahun depan dengan iman dan taqwa.
.
Sebagai manusia kita memang penuh dengan kesilapan dan dosa dan tanpa keampunan serta Rahmat Allah agak mustahil untuk kita menikmati syurga Allah. Semoga kita mendapat Rahmat, Keampunan dan Dijauhi dari Api Neraka seperti yang dijanjikan Allah kepada mereka yang beramal dengan penuh keikhlasan sepanjang Ramadan ini.
.
Sempena Aidil Fitri yang akan menjelang, saya ambil kesempatan ini memohon ampun dan maaf jika ada salah silap diantara kita. Sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula sahabat dan taulan.
.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

1 comment:

tireless mom said...

Salam Aidilfitri to you and maaf zahir & batin Capt.