Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Haji...

Selamat menyambut Hari Raya Haji kepada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia. Bagi mereka yang bertuah menjadi tetamu Allah di Mekah inilah waktu yang paling manis dan penuh bermakna dalam mendapat keredaan Allah di tanah suci.
.
Hari ini kami sekeluarga sibuk dirumah memasak rendang ayam dan ketupat pulut yang menjadi tradisi keluarga kami. Rendang lembu kena tunggu daging lembu korban esok Inshaallah. Seperti biasa korban kami sekeluarga dibuat di Mesjid Kg Raja Uda, Kelang dan sebagai tambahan syarikat membuat korban untuk kakitangan CME di Surau Alhidayah, Bandar Bukit Tinggi. Semoga korban kami tahun ini mendapat keredaan dan diterima Allah.
.
Semoga kita semua mendapat keberkatan Hari Raya Haji ini dan menyedari bahawa kita perlu terus berkorban untuk Allah dan kebaikan serta bershukur atas segala nikmat dan rahamt yang kita kecapi di dunia sementara ini. Korbankanlah sifat tamak, dengki, khianat, gila kuasa, rasuah serta semua sifat buruk dan syaitan dalam diri kita.

Thursday, November 4, 2010

Galas dan Batu Sapi...BN Berjaya


Tahniah kepada YB baru BN di Galas dan Batu Sapi yang telah berjaya menjadi pilihan rakyat dikawasan masing masing. Aziz Yusof mendapat 5324 undi di Galas ( majoriti 1190 ) dan Datin Linda mendapat 9773 undi di Batu Sapi ( majoriti 6357 ) menghancurkan harapan Pakatan Rakyat untuk bertapak di Sabah. Nampaknya Ketua Menteri Musa Aman berjaya membuktikan yang kesepakatan BN di Sabah dan jentera parti yang kuat tidak dapat digugat oleh pihak lawan. Datin Linda yang mula mula nampak sebagai liabiliti kerana tidak dapat bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik akhirnya berjaya memikat hati pengundi dengan kerja kerasnya melawat hampir semua kawasan. Ini membuktikan kesepakatan dan jentera parti yang berkesan sama peting dengan calon yang terbaik untuk rakyat.
.
Di Galas Aziz Yusof memang nampak sebagai calon yang lebih berwibawa daripada lawannya. Dia nampak pandai menyesuaikan diri dengan masyarakat daripada pelbagai kaum dan akhirnya dapat memenagi hati majoriti rakyat Galas. Tengku Razaleigh telah berjaya dengan pendekatan berhemahnya dalam berkempen di Galas lalu menjadikan segala tindak tanduk PAS tidak menjadi. Cara berkempen kepada kumpulan kecil tanpa memaki hamun lawan nampaknya berkesan di Galas. Mungkin cara ini boleh diguna pakai oleh BN untuk pilihan raya akan datang dikawasan yang sesuai.
.
Walaupun dah lama saya tidak bercakap tentang politik kerana benci kepada politik melampau dan fanatik yang sedangkan dibudayakan di Malaysia. Hari ini saya gembira kerana keputusan pilihan raya kecil di Galas dan Batu Sapi akan membawa kesedaran kepada banyak pihak termasuk kerajaan dan pembangkang untuk tidak memperbodohkan rakyat dimasa depan.

Wednesday, November 3, 2010

Bangi Valley...20 Tahun Tradisi Pot Luck


.
Selama 20 tahun penduduk Bangi Valley telah menganjurkan Perjumpaan Hari Raya secara pot luck dimana penduduk membawa juadah istemewa masing2 untuk jamuan bersama. Inilah satu cara yang paling efektif bagi merapatkan hubungan dan kerjasama antara penduduk. Semoga tradisi ini akan berterusan 20 tahun lagi.
.

Menjamu selera cara layan diri
.

Lebih daripada 200 hadir....seronok bila ramai
.

Bapak2 dibarisan pertama......
.

Ibu2 siapkan meja makanan
.

Assim tauke air tahun ni....
.