Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Thursday, November 4, 2010

Galas dan Batu Sapi...BN Berjaya


Tahniah kepada YB baru BN di Galas dan Batu Sapi yang telah berjaya menjadi pilihan rakyat dikawasan masing masing. Aziz Yusof mendapat 5324 undi di Galas ( majoriti 1190 ) dan Datin Linda mendapat 9773 undi di Batu Sapi ( majoriti 6357 ) menghancurkan harapan Pakatan Rakyat untuk bertapak di Sabah. Nampaknya Ketua Menteri Musa Aman berjaya membuktikan yang kesepakatan BN di Sabah dan jentera parti yang kuat tidak dapat digugat oleh pihak lawan. Datin Linda yang mula mula nampak sebagai liabiliti kerana tidak dapat bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik akhirnya berjaya memikat hati pengundi dengan kerja kerasnya melawat hampir semua kawasan. Ini membuktikan kesepakatan dan jentera parti yang berkesan sama peting dengan calon yang terbaik untuk rakyat.
.
Di Galas Aziz Yusof memang nampak sebagai calon yang lebih berwibawa daripada lawannya. Dia nampak pandai menyesuaikan diri dengan masyarakat daripada pelbagai kaum dan akhirnya dapat memenagi hati majoriti rakyat Galas. Tengku Razaleigh telah berjaya dengan pendekatan berhemahnya dalam berkempen di Galas lalu menjadikan segala tindak tanduk PAS tidak menjadi. Cara berkempen kepada kumpulan kecil tanpa memaki hamun lawan nampaknya berkesan di Galas. Mungkin cara ini boleh diguna pakai oleh BN untuk pilihan raya akan datang dikawasan yang sesuai.
.
Walaupun dah lama saya tidak bercakap tentang politik kerana benci kepada politik melampau dan fanatik yang sedangkan dibudayakan di Malaysia. Hari ini saya gembira kerana keputusan pilihan raya kecil di Galas dan Batu Sapi akan membawa kesedaran kepada banyak pihak termasuk kerajaan dan pembangkang untuk tidak memperbodohkan rakyat dimasa depan.

Sunday, October 24, 2010

Bila Presiden Bertempik....



Presiden UMNO Dato Sri Najib berjaya membangunkan semangat didalam dewan persidangan UMNO dengan ucapan yang bersemangat dan mula bercakap dengan jelas tentang keistemewaan Melayu yang termaktub dalam perlembagaan, yang tidak sepatutnya dipertikai oleh kaum lain maupun Melayu yang lupa diri. Dia telah gariskan 7 agenda perubahan yang perlu dilakukan untuk memastikan UMNO terus releven dan senadi dengan kehendak rakyat terutama orang Melayu.
.
Persoalannya bagaimana hendak terjemahkan laungan dan wawasan Presiden kepada semua kepimpinan dan ahli UMNO diakar umbi??? UMNO tidak akan berjaya kalau hanya Presiden, Timbalan Presiden serta sekumpulan kecil pimpinan sahaja yang berkerja keras sementara majoriti masih berbulan madu dan tidak sedar diri. Kalau ini berterusan akan tersembamlah UMNO dalam pilihan raya akan datang.
.
Waktu untuk bercakap dan memberi amaran telah berakhir Presiden harus bersikap berani untuk membuang mereka mereka yang tidak efektif dan tidak menjalankan tanggung jawab kepada rakyat dan parti. Parti komponen yang masih mempertikaikan hak orang Melayu harus dipinggirkan dan kalau perlu nyahkan sahaja daripada barisan kerana mereka merupakan api dalam sekam.
.
Pandangan dan usul2 baik dalam Persidangan harus diterjemakan segera, seperti penubuhan Majlis Ulama UMNO dan Majlis Pembangunan Ekonomi Bumiputera.

Wednesday, August 18, 2010

Doa Ramadan... Biar MCA kahwin DAP..

Bulan Ramadan kita perlu doa yang baik2 buat diri sendiri, keluarga dan rakyat Malaysia semoga kita semua selalu di berkati dalam dunia yang penuh cobaan dan semakin gila ini. Mana tak gila anak kena buang, isteri kena bunuh dan simbah asid, rakyat masih kena liwat dengan pemimpin yang gila kuasa dan harta.
MCA yang sudah tidak releven pun nak tunjuk belang konon hendak kesamarataan yang telah mereka bolot. Dahlah ekonomi negara mereka sapu dan sokong DAP, tak malu pulak nak demand keistemewaan orang Melayu dihapuskan. Apa nak hiran sebab dalam takrif mereka mana ada perkataan shukur... yang penting kita bolot semua itu harta dan kekayaan.
Jadi saya doakan yang baik, biarlah MCA dan DAP berkahwin supaya tak payah BN jaga musang berbulu ayam dalam kandang mereka.

Thursday, May 27, 2010

Vel Paari... Cuba nak jadi jaguh ... jagung?

Bila tersepit yang paling mudah salahkan orang lain itulah yang sedang dibuat oleh MIC dan Vel Paari. Adakah MIC masih releven pada masyarakat India? kalau dicongak cara mana pun jawapanya NAHI. MIC pentingkah kepada UMNO? langsung tarak. Kenapa jadi begini tanyalah pada Samay Vellu .... yang masih syok sendiri.... biarlah pun dia syok sendiri dalam MIC tu.
.
Kalau MIC nak keluar BN pun biarkanlah sebab akan bawa banyak kebaikan daripada keburukkan. Mungkin MIC lebih baik bersama dengan Pakatan Rakyat sebab dah jumut fungsi dan persefahaman dalam BN. Bila dalam PR nanti MIC boleh perjuangkan nasib kaum India dengan lebih baik. Selamat tinggal Samy, Paari, Mohan dan yang sewaktu dengannya.

Sunday, May 16, 2010

SIBU MENGUNDI...China V China

Hari ini pengundi Sibu keluar mengundi bagi menentukan sama ada BN atau DAP akan wakili mereka. Keputusan akan menunjukkan kepada kita sama ada China di Sibu berpendirian sama dengan majoriti Cina di Semenanjung atau Hulu Selangor. Pada saya siapa pun menang di Sibu tidak membawa banyak impak kepada apa yang berlaku di Malaysia.
.
Hakikatnya suku pertama tahun ini pertumbuhan GDP 10.1%, majoriti rakyat nampak yakin dan puas hati dengan tindakan dan pimpinan PM Najib. Bab pembangkang tak setuju tu biasalah sejak bila mereka bersetuju dengan kerajaan dan kalau baca Harakah macam2 putar belit dilakukan siap dengan dalil lagi. Harap satu hari nanti mereka sedar dan mula mengtafsir mengikut ajaran Islam sebenar dan jangan menggangap Islam itu untuk mereka sahaja.
.
PKR nampaknya makin bercelaru dengan seorang lagi lompat kapal dan mengikut para nujum ramai lagi akan tinggalkan kapal yang nampak makin karam. Kedah yang nampak kukuh bawah pimpinan Azizan PAS kini mula bergelora, harap taklah jadi macam Perak pulak. Buatlah apa yang terbaik dan termampu Azizan untuk selamatkan pimpinan PAS di Kedah, kalau tidak nanti BN pulak dipersalahkan.
.
Nampaknya kalau Malaysia aman damai dan maju ia akan merugikan pembangkang kerana politik mereka memerlukan keadaan haru biru untuk berjaya. Tapi ada akau kisah tentang pembangkang? Yang penting negara terus maju dan pemimpin dari parti mana sekali pun berkhidmat untuk rakyat ....... kalau tidak selamat jalan YB.

Sunday, April 25, 2010

Zaid Tumbang.... PKR Kecundang




Ramalan nujum pak belalang dari blog pro pembangkang seperti Malaysian Insider, Malaysiakini, Malaysia Today dan juga Sakmongkol meleset apabila BN berjaya menumpaskan PKR di Hulu Selangor dengan kelebihan 1,725 undi. Walaupun berdepan dengan cabaran yang hebat dari PR yang memerintah Selangor serta masallah pemilihan calon yang tidak direstui MIC, MCA yang baru keluar dari ICU dan juga orang UMNO yang mahukan calon Melayu, akhirnya BN berjaya juga. Kemenangan tetap kemenangan dan ia adalah lebih dari 198 undi majoriti yang diperolehi PKR dahulu. Seperti biasa undi kaum Cina tidak boleh diharapkan langsung manakala kesetiaan pengundi Melayu telah membawa kemenangan ini.
.
Syabas kepada jentera BN yang bertungkus lumus untuk memastikan kemenangan. Namun mulai sekarang BN perlu berkerja lebih kuat memenuhi janji yang dibuat serta meneruskan khidmat kepada rakyat. Kemenangan kali ini tidak akan menjanjikan kemenangan pada PRU 13 nanti. Kamalanathan perlu membuktikan yang dia adalah pilihan yang tepat bagi pengundi Hulu Selangor.
.
Bagi pihak PKR terimalah kekalahan ini dengan hati terbuka dan hentikan sikap suka menyalahkan pelbagai pihak bila kalah. Anda telah melakukan segalanya yang baik dan buruk untuk memenagi pilihan raya kecil ini, tetapi gagal. Salahkan diri sendiri dan kalau mahu menang dimasa depan berkhidmat dan kerja dengan lebih keras untuk rakyat. Jangan asik berpolitik, tetapi pembangunan dan kepentingan rakyat tidak dijaga.
.
Pada Zaid yang telah kalah, tak payahlah menuduh kononnya BN membeli undi, kerana rakyat lebih cerdik daripada itu. Dia patut malu meminta sokongan orang Melayu kerana telah banyak kali memperlekehkan kepentingan Melayu dan Islam dengan menyokong kaum yang mempertikai keistemewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Saturday, April 24, 2010

HULU SELANGOR .... JATUH ke Tangan BN ?


Malam ini pertembungan akhir antara pemimpin besar BN dan PR untuk memenagi hati rakyat Hulu Selangor yang akan keluar mengundi esok. Perhimpunan BN di ketuai oleh PM Najib, Tun Mahathir dan Tan Sri Mahyuddin manakala Anwar, Nik Aziz dan Lim Kit Siang cuba merubah arus yang nampaknya condong ke BN.
.
Malaysian Insider cuba menyoalkan tindakan PM Najib berkerja sepenuh hati untuk pilihan raya kecil ini dan menyatakan kemenangan kurang daripada 3,000 undi akan kurang bermakna dan boleh dipersoalkan. Nampaknya Malaysian Insider pura pura lupa yang PM Najib mengetuai UMNO Selangor dan sejak bila kemenangan lebih darpada 3,000 menjadi kritria mutlak sebagai kemenangan sedangkan PKR hanya menang kurang daripada 200 undi dahulu. Sebagai ketua UMNO Selangor dan PM, ia menjadi tanggung jawab beliau untuk memastikan kemenangan di Hulu Selangor.
.
Namun yang akan menentukan kemenangan esok adalah pengundi yang pasti dapat membezakan perbezaan besar antara hala tuju BN dan PR. Mereka arif tentang hala tuju BN dahulu dan kini yang dipimpin oleh PM Najib. Dalam setahun Najib telah dapat membuktikan bahawa beliau mempunyai wawasan, kebijaksanaan dan tenaga untuk membawa Malaysia dan rakyatnya ketahap yang lebih tinggi dengan kepentingan rakyat menjadi keutamaan. Konsep 1 Malaysia yang beliau utarakan mulai mendapat sokongan majoriti rakyat. Pada dasarnya mengundi BN esok merupakan sokongan kepada beliau di samping Kamalanathan yang bertanding. Tindakan Najib memilih Kamalanathan membuktikan sikap setiakawan dan tidak membezakan bangsa dalam kepimpinannya. Ini nampaknya telah mematahkan tomahan PR yang kononnya UMNO itu parti perkauman. Sebenarnya untuk melihat perubahan dan kebaikan yang sedang dibawa oleh pentadbiran Najib amat mudah bagi mereka yang berfikiran terbuka.
.
PKR yang tidak mesra kepada kepentingan Melayu dan Islam nampaknya bergantung kepada PAS untuk memujuk pengundi Melayu menyokong Zaid. Nik Aziz merupakan harapan akhir PKR untuk memujuk pengundi Melayu. Kalau dilihat daripada track record Zaid yang seperti anti Melayu dan Islam ( perjuangkan kesamarataan dengan menidakkan keistemewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan menentang hukum Hudud serta menyokong Lina Joy )dalam tindak tanduknya terdahulu maka Nik aziz mempunyai tugas yang berat untuk merubah arus. Nik Aziz cuba menggunakan isu APCO yang kononnya syarikat Israel tanpa mengindahkan keyataan resmi syarikat tersebut bahawa mereka tidak terlibat dengan rejim Israel agak remeh. Dia pura pura lupa bahawa sahabatnya Anwar lah yang memburukkan Malaysia diluar negara dengan pelbagai fitnah dan kalau tidak kerana usaha buruk tersebut kerajaan tidak perlu membazir duit melawan fitnah tersebut. Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dari dahulu hingga sekarang tapi yang jelas Anwar Ibrahim lah yang mempunyai ramai kawan rapat Yahudi yang mahu melihat Malaysia hancur. Nik Aziz pun sedang bertarung untuk membersihkan diri daripada kemelut menantu dan pemberian balak di Kelantan ( rujuk blog Kickdefella ) . Sikap dia meremehkan arahan Sultan Selangor supaya Mesjid tidak dijadikan medan ceramah politik juga akan memakan diri. Nampaknya Nik Aziz mempunyai tugas yang berat di Hulu Selangor dan besar kemungkinan beliau akan gagal.
.
Bagi pengundi jalankanlah tanggung jawab dengan fikiran terbuka, pilih yang terbaik. Bagi orang Melayu janganlah risau, mengundi calon BN adalah mengundi barisan yang diterajui oleh orang Melayu, seperti yang terbukti lebih daripada 50 tahun. Nilai BN dengan pimpinan semasa yang sedang membawa perubahan kearah lebih baik dan mesra rakyat.
.
Semoga calon dan parti yang terbaik akan menang esok. Selamat mengundi dan cintai negara anda MALAYSIA.

Wednesday, April 7, 2010

Najib go for broke @ Hulu Selangor

PM Najib telah membuat keputusan menghormati perjanjian BN dan terus pertaruhkan MIC di pilihan raya kecil Hulu Selangor. Mungkin mengikut ahli fikir dan penasihat beliau meletakkan wakil MIC akan memberi lebih kekuatan dari kelemahan. Mungkin dia ingin membuktikan yang BN merentasi batas bangsa dan agama maka sanggup " go for broke". Kalau menang ia akan menjadi menang besar tapi kalau kalah boleh berpegang kepada semangat setiakawan BN, sanggup kalah demi perjanjian. Mungkin juga ini sebagai tanda penghargaan beliau kepada rating 77% sokongan kaum India terhadapnya dalam Merdeka Centre survey.
.
Nampaknya yang akan menjadi penentu dalam pilihan raya ini adalah orang Melayu kerana sokongan kaum China kepada BN dijangka tidak akan berubah. Adakah suasana politik semasa telah memberi kekuatan kembali kepada BN untuk pertaruhkan MIC, walaupun suara akar umbi Melayu lebih menjurus kepada wakil daripada UMNO. Mungkin Najib telah bersedia untuk kalah bagi membuktikan setiakawannya. Bagaimana kalau rakyat di Hulu Selangor merasakan suara mereka tidak didahulukan dalam pemilihan calon BN? Atau Hulu Selangor bukanlah penting sangat sebab ia tidak akan merubah kedudukan kerajaan negeri Selangor.
.
Nampaknya disini PKR menarik nafas lega kerana keputusan BN telah memberi kelebihan kepada mereka yang akan menurunkan calon Melayu. Pertarungan di Hulu Selangor akan menjadi hebat dengan wakil rakyat bebas memainkan peranan mereka, sementara PKR bertarung dengan krisis kredibiliti apabila ramai pemimpin mereka tinggalkan parti. Peningkatan rating Najib dan kerajaan masih belum menjadi penentu kepada kemenangan di Hulu Selangor. BN terpaksa berkerja lebih keras daripada biasa untuk menang, sementara PR seperti biasa akan menggunakan teori konspirasi dan menjaja keburukan BN untuk menang.
.
Apapun kita mengharapkan pertandingan akan berjalan dengan teratur dan tenteram tanpa kekecohan dan tindakan diluar batas undang undang. Janganlah berkempen sampai lupa dosa pahala serta kebenaran dan pembohongan.

Saturday, April 3, 2010

PM NAJIB..... Setahun yang POSITIF


Nampaknya ramalan saya setahun lalu mengenai Najib sebgai PM yang akan berjaya tidak jauh meleset. Dia telah membuktikan bahawa dia mempunyai kepakaran, pengalaman, kekuatan dan keperihatinan untuk menjadi pemimpin yang berjaya.

Walaupun semasa dilantik menghadapi dugaan yang besar dari segi kemelesetan ekonomi, politik UMNO dan BN yang merudum dan tindak tanduk pembangkang yang menyerang dari pelbagai sudut tanpa batas dan etika. Dia membuktikan yang dalam permasalahan ada hikmah jika kita tidak berputus asa dan terus berusaha dengan ikhlas dan kebijaksanaan.

Keputusannya prestasinya meningkat dari 44% kepada 68% ( Merdeka Centre Survey), pakej stimulasi kerajaan berjaya membawa Negara keluar dari kemelesetan ekonomi, 1 Malaysia lebih diterima rakyat, kerajaan lebih dekat dan prihatin kepada keperluan rakyat. Sifat Najib yang tidak mengambil berat kepada tomahan dan perkara remeh temeh yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang sebaliknya fokus kepada matlamat membangun Negara dan menjaga kebajikan rakyat mendapat sambutan yang baik. Stretegi jangka pendek dan panjang yang sedang dirancang dan dilaksanakan telah membawa impak yang positif kepada rakyat dan Negara. Maka tidak hiranlah dia mendapat sokongan 74% dari kaum Melayu, 77% dari kaum India dan 50% dari kaum Cina. Nampaknya seperti biasa kaum Cina masih bermain politik walaupun jelas mereka adalah kaum yang paling banyak meraih keuntungan daripada ekonomi dan pembangunan Negara.

Najib juga berjaya mengubah minda pemimpin UMNO melalui tindakannya turun padang berjumpa rakyat dan pemimpin akar umbi secara terus dan informal. Saya diberitahu rakan wakil rakyat baru baru ini semua wakil rakyat dimestikan menghadiri kursus wajib bagi meningkatkan prestasi perkhidmatan kepada rakyat dan memenuhi KRA yang ditetapkan kepada mereka. Mereka beramai ramai naik bas untuk jamuan di Sri Perdana dan tidak dibenarkan ponteng kursus. Betulah cara ini, bukan rakyat sahaja perlu dididik tetapi pemimpin juga perlu dididik setiap masa supaya releven kepada rakyat. Mereka perlu berubah jika mahu terus diterima oleh rakyat dan sebagai CEO Malaysia Najib menjadi lambang dan teladan yang terbaik untuk mencapai perubahan ini. Namun perubahan minda adalah pekara yang paling sukar bagi Najib laksanakan bukan sahaja kepada pemimpin parti tetapi kepada rakyat biasa dan gulungan terpelajar. Walaupun banyak tindakan yang dibuat oleh Najib nampak ” common sense” dari segi kebaikannya tetapi ia tidak mudah diterap dan diterima oleh gulungan intelek sendiri termasuk mereka yang berstatus professor.

Walaupun kejayaan setahun ini satu perkembangan positif bagi Najib tetapi yang lebih penting dia perlu terus berusha dengan gigih untuk mencapai matlamat Model Ekonomi Baru menjelang 2020. Sepuluh tahun bukanlah lama dan kerajaan harus berkerja keras menjayakan matlamat murni ini supaya pada 2010 kita menjadi Negara maju dengan pendapatan tinggi. Kejayaan penuh Najib akan diukur melalui pencapaian matlamat ini. Sebagai rakyat biasa yang cintakan keamanan dan mengharapkan kejayaan Malaysia saya mendoakan kejayaan kepada PM Najib dan barisan pimpinannya.

Bagi pihak pembangkang dan mereka yang masih tidak yakin kepada keupayaan PM Najib dan Malaysia, jadilah pembangkang yang baik. Janganlah bertindak mengikut nafsu dan emosi tanpa memikirkan kebajikan Negara dan rakyat. Hentikan sifat sebagai penjana fitnah dan berperangai seperti samseng jalanan terutama semasa didalam dewan. Perbuatan mereka yang tidak rasional tersebut akan membuat lebih ramai rakyat beralih arah kepada BN. Ini dapat dilihat dari keputusan survey yang dijalankan oleh Merdeka Centre. Untuk terus releven Anwar dan kumpulan Pakatan Rakyat tidak mempunyai bayak pilihan melainkan berubah kepada politik yang lebih bersih dan telus. Tindakan Nik Aziz menghalalkan sikap buruk wakil rakyat PR di persidangan Dewan Negeri Perak baru baru ini mungkin boleh diterima oleh pengikut fanatik pembangkang, tapi yang jelas majoriti rakyat sudah mula bosan dengan sandiwara tersebut.

Sunday, March 28, 2010

Hulu Selangor... Nak jaga hati MIC atau Pengundi



Nampaknya Hulu Selangor akan menjadi sibuk dan tumpuan ahli politik dalam masa terdekat ini. Katanya dah bermula kempen dengan Anwar Ibrahim memulakan ceremah dan seperti biasa menghentam BN dan meniupkan teori konpirasi yang kononnya cuba memusnahkan dirinya. Samada stetegi tersebut akan Berjaya kali ini, sama samalah kita lihat. Tetapi yang jelas keadaan sudah berubah daripada situasi politik 2008. PKR harus membuktikan yang mereka telah melakukan yang terbaik di Hulu Selangor sejak dua tahun yang lalu. Ini hendaklah dibuktikan melalui perubahan dan pembangunan yang telah mereka lakukan untuk rakyat serta mempamirkan janji janji pilihan raya 2008 yang telah mereka lunaskan. Kalau masih ada yang belum dipenuhi berikan alasan yang munasabah. Kalau pengundi berpuas hati dengan prestasi mereka PKR mempunyai peluang yang cerah untuk kekalkan kerusi Hulu Selangor.

Memandangkan perbezaan undi antara BN dan PKR amat tipis di PRU12, maka BN pun mempunyai peluang yang cerah untuk merampas kembali Hulu Selangor. Ini bergantung kepada siapakah yang akan dikemukan BN untuk bertanding nanti. Adakah BN perlu tertakluk kepada pendekatan lama meletakkan calun daripada MIC atau melihat kembali apa yang dimahukan oleh pengundi. Keadaan politik telah jauh berubah dan pengundi menjadi kuasa sebenar bukan lagi parti politik. Rakyat telah membuktikan bahawa bagi mereka yang alpa kepada kemahuan dan aspirasi mereka akan menerima padah. BN perlu bersikap terbuka dan harus bertindak selaras dengan konsep yang dilaungkan “ Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan”. Soal menjaga hati mereka yang tidak dapat membawa kemenangan perlu dihentikan. Kemukakan pemimpin yang disenangi rakyat disamping mempunyai sifat berkhidamt untuk rakyat dan parti dengan ikhlas. Atur stretegi yang membawa kepada kemenangan dengan bertindak secara tepat dan pro aktif.

Selamat berkempen dan berjuang kepada BN dan PR . Kepada pengundi jalankan kuasa dan tanggung jawab dengan kebijaksanaan. Jangan biarkan diri digula gulakan atau terleka dengan janji palsu atau fitnah fitnah yang kini menjadi kelaziman bagi penceramah penceramah politik. Bagi pengundi Melayu dan Islam pastikan undi anda dapat menyumbang kepada kelangsungan agenda agama, bangsa dan Negara.

Friday, March 19, 2010

ANWAR..... PELIK TAPI BENAR



Bila bekas pemimpin PKR Zahrain membuat pendedahan tentang angan angan Anwar hendak menjadi PM dengan memujuk wakil rakyat BN lompat parti Anwar panas punggung keluar dewan dan terus keluar negeri. Nampaknya menjaja dan memburukkan Malaysia adalah lebih penting daripada mempertahankan diri didalam Dewan. Sebagai ketua pembangkang dan jaguh pidato Anwar sepatutnya menyangkal dan mempertahankan diri sendiri daripada mengharapkan Gobla dan Saifudin untuk menjadi pendindingnya. Mungkin apa yang didedahkan oleh Zahrain adalah kebenaran sebab itulah dia tidak sanggup mendengar, jauh untuk menyangkal tuduhan tersebut. Sebenarnya apa yang didedahkan oleh Zahrain bukanlah berita baru bahkan hampir semuanya telah tersebar dialam siber dulu dan hajat hendak rampas kuasa Anwar melalui lompat parti keluar dari mulutnya sendiri.
.
Nampaknya sokongan terhadap Anwar akan semakin merudum dimata rakyat dan juga ahli politik. Jika trend keluar parti dikalangan wakil rakyat berterusan tidak mustahil Pakatan Rakyat akan terkubur sebelum ajalnya. Kenapa ini harus terjadi apabila mereka mempunyai peluang yang besar untuk membuktikan kepada rakyat bahawa mereka membuat pilihan yang tepat pada PRU 12. Tindakan Anwar menagih sokongan daripada pemimpin barat seperti Australia, Britain dan US dengan memburukkan Kerajaan Malaysia akhirnya akan memakan diri sendiri. Anwar tidak akan berjaya memperlekehkan minda rakyat Malaysia melalui sokongan segelitir pemimpin barat. Sejak bila negara barat tersebuat kasih dan cinta pada Malaysia dan kejayaan yang telah kita capai sejak merdeka. Mereka sebenarnya akan hanya berpuas hati apabila Malaysia menjadi negara yang gagal dalam ekonomi dan perpaduan rakyat.
.
Kalau kita lihat dengan teliti tingkah laku Anwar, memanglah nampak pelik sangat tetapi malangnya ianya adalah benar. Malangnya masih ramai yang terus terpengaruh dengan manusia ini kerana taksub dengan kononnya kebencian kepada UMNO. Sayangnya kebencian tersebut telah membuat UMNO semakin diterima semula oleh rakyat dan meracuni Pakatan Rakyat.

Friday, March 5, 2010

PKR Jump Ship.... PAS Naik Minyak

Pelik juga tengok perangai PAS Perak ..... tak habis habis buat perangai yang tak cerdik. Bila MP Bagan Serai Mohsin Fadzil keluar PKR atas sebab tidak tahan dengan pendirian parti tersebut yang banyak merugikan Islam dan orang Melayu. PAS pulak yang marah sangat sampai nak sembahyang hajat memohon bala kepada Mohsin.
Apalah nak jadi dengan PAS ni, bila Islam dihina dan orang Melayu dipermainkan oleh DAP tak teringin pulak nak sembahyang hajat mohon dilindungi Allah. Semenjak berkawan dengan DAP nampaknya makin hanyut parti Islam yang pernah saya beri undi ini. Mungkin Doa Nik Aziz memohon bala pada ahli UMNO dan Najib dah mula terbalik.

Wednesday, March 3rd, 2010 12:58:00
BAGAN Serai Member of Parliament Mohsin Fadzli Samsuri has quit PKR, making the 65-year-old the third legislator to quit the party within one week.

He cited internal squabling and PKR’s stance on the ‘allah’ issue for his resignation. Mohsin has opted to become an independent MP.

Tuesday, March 2, 2010

Runtuhnya Kota Anwar.... PKR???



Nampaknya jangka hayat PKR dan Anwar semakin hampir apabila seorang demi seorang wakil rakyat dan pemimpin mereka mulai meninggalkan parti tersebut. Yang terbaru Nibung Tebal MP, Tan Tee Beng dan Firus bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Penang. Sebenarnya bukan sahaja ahli PKR yang mula resah dan lompat kapal, tetapi rakyat pun dah mula jemu sifat pemimpin PKR yang asyik menyalahkan orang lain apabila menghadapi masalah dan rakus setelah diberi kuasa. Memang mudah menabur janji tetapi untuk memenuhinya teramatlah susah dan perit.

Anwar yang mula sedar bahawa majoriti rakyat Malaysia tidak lagi bersimpati dengannya mulai beralih arah menagih sokongan daripada pemimpin barat dan Arab. Macam macamlah diburukkan negara sendiri untuk mendapat simpati dan sokongan luar. Hakikatnya mereka yang kononnya menyokong Anwar tidak pernah kisah tentang Malaysia dan akan bersorak gembira jika negara kita ini musnah dan huru hara seperti yang mereka lakukan di Iraq dan Afghanistan. Kalau Malaysia jadi macam Palestine lagi baik, mereka akan bersorak kononnya demokrasi telah tercapai. Nampaknya rakyat Malaysia lebih cerdik dan cintakan agama, bangsa dan negara daripada mereka.

Strategi PM Najib yang fokus kepada memperbaiki UMNO dan memenuhi keperluan rakyat nampaknya semakin berkesan. Rakyat mulai mempercayai bahawa dia akan membawa lebih kebaikan daripada keburukan kepada negara ini. Perbuatan akan sentiasa mengatasi angan angan dan janji palsu. Walaupun berbagai cara akan digunakan Anwar untuk memburukkan Najib dan isteri tetapi akhirnya kebaikan akan senantiasa mengatasi hasrat dengki dan keburukan. Sifat Anwar yang tidak insaf dan rakus ingin berkuasa dengan apa cara sekali pun akhirnya memakan diri sendiri. Karismanya dah mula pudar dan pidatonya dah mulai menjadi lawak hambar. Marilah kita perhatikan runtuhnya kota pasir Anwar Ibrahim dan kebangkitan semula perpaduan Melayu dan rakyat Malaysia.

Sunday, December 27, 2009

Siasat Mahathir... Stretegi tak menjadi?



Berbagai cara digunakan oleh Pakatan Rakyat dan kumpulan anti Malaysia untuk kucar kacirkan politik negara supaya boleh dikaitkan dengan kesetabilan dan seterusnya ekonomi negara. Yang terbaru supaya Tun Mahathir disiasat berlandaskan buku Malaysian Maverick oleh Barry Wain yang berpengkalan di Singapura. Lim Kit Siang dan Barry Wain tidak pernah ada rasa sayang pada negara ini, lebih lebih lagi pada bangsa Melayu. Matlamat utama Lim dan DAP sudah maklum, ia itu merubah keistemewaan orang melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Apa cara pun akan digunakan untuk meruntuhkan kredibiliti pemimpin negara terutama Melayu. Maka buku tulisan Barry Wain menjadi wadah baru Lim cuba mencemar sumbangan Tun Mahathir kepada Malaysia.

Malang untuk Lim dan Barry majoriti rakyat Malaysia lebih kenal Mahathir daripada mereka. Buku dan tomahan Lim tidak berkesan kerana sumbangan Mahathir kepada pembangunan dan ekonomi Malaysia bukan sahaja boleh dilihat tetapi dirasai oleh rakyat. Rakyat Malaysia hingga kini dapat hidup selesa dengan peluang pekerjaan yang luas, manakala warga asing masih berduyun duyun datang untuk mencari rezeki. Menara kembar PETRONAS dan Suria KLCC masih menjadi ikon kepada Kuala Lumpur dan menjadi tumpuan pelancong. Malahan ruang pejabat Menara Kembar PETRONAS sudah tidak dapat menampung keperluan ruang pejabat bagi kakitangan PETRONAS dan menara baru akan dibangunkan di KLCC untuk menampung keperluan tersebut. Pekara yang sama akan menjadi kenyataan kepada Putrajaya apabila ekonomi dunia melonjak kembali. Putrajaya adalah pusat pentadbiran yang dibina oleh Mahathir dengan wawasan yang amat jauh dan tidak tercapai oleh akal mereka mereka yang mahu Malaysia terus daif bagi mencapai cita cita politik mereka.

Bagi PM Najib tidak payahlah membuang masa melayan kerenah Lim Kit Siang dan pemimpin politik yang sewaktu dengannya. Fokus kepada pembangunan ekonomi negara dan kesejahtraan rakyat serta perkukuhkan sistem pentadbiran negara bagi mencapai wawasan yang tuan impikan bagi Malaysia. Rakyat tidak buta mata dan hati dan pasti dapat menyaksikan kebaikan yang dilaksanakan. Terus perbaiki kelemahan dan kesilapan kerana ia akan memastikan kecermelangan dalam kepimpinan. Selamt berjaya ditahun 2010.

Wednesday, December 9, 2009

NAZRI YANG MERAPU


Kata kata yang keluar dari mulut Muhamad Nazri Abd Aziz semakin hari semakin memualkan. Dia bercakap seperti seorang yang tidak berpelajaran dan peka kepada situasi semasa. Saya merasa amat pelik bagaimana dia boleh bertahan sebagai seorang Menteri dengan rekod perkhidmatan yang tidak boleh dibanggakan. Kalau disektor swasta mereka yang sering melakukan kontervesi tidak berfaedah sepertinya telah lama ditamatkan perkhidmatan. Dia tidak mempunyai pendirian yang kukuh dalam sesuatu isu dan lebih kepada hendak menjadi juara kepada bos.

Bertikam lidah dengan Mahathir atas pekara Melayu racist adalah perbuatan yang agak bodoh kerana memang UMNO itu berjuang untuk Melayu. Tetapi dalam perjuangan tersebut bangsa lain tidak dijadikan korban dimana orang Cina menguasai bidang perniagaan dan orang India ramai menjadi kaya raya dan menjuarai bidang perguaman dan perubatan. Air Asia dan Maxis diterajui oleh orang India dan orang Melayu tidak pernah mempertikaikan pekara ini. Mungkin mereka mereka yang mempertikaikan keistemewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan akan hanya berpuas hati apabila Melayu itu merempat dinegeri sendiri. Tolerasi bangsa Melayu sentiasa dihimpit dan dianjak oleh mereka yang telah lupa bahawa ada istilah mengamuk dalam kamus Melayu. Dalam perkara ini cukuplah bangsa asing cuba menghancurkan kita, tapi jangan sampai segelitir Melayu itu menjadi petualang kepada bangsa dan agama sendiri.

Nazri juga nampaknya mencabar Nik Aziz supaya membawa isu royalti minyak kemahkamah. Sebagai bekas peguam dia patut sedar bahawa mahkamah itu bukan tempat terbaik untuk mendapat penyelesaian kepada sesuatu isu. Sebagai seorang menteri yang menjaga bidang perundangan dia tidak perlu mencabar sesiapa lebih lebih lagi Nik Aziz yang semestinya mempunyai pandangan yang berlainan dalam apa juga isu dengan kerajaan. Kematangan dan kawalan emosi Nazri dalam pelbagai isu gagal membawa kebaikan kepada kerajaan. Mungkin jalan terbaik untuk Nazri adalah dipencenkan dan memberi laluan kepada pemimpin lain yang lebih berwibawa.

Sunday, November 22, 2009

Dilema Tok Guru


Gerak Sumbang
.
Tok Guru dilema lagi
Menantu dan kuncu berlaga angin
Semua tak kena, semua tak menjadi
Ditelan mati kuncu diluah mati menantu
SPRM duduk tunggu depan pintu
.
Dilema Tok Guru makin menjadi
Sheih kena tendang, Husam merajuk
Masa depan bertambah hitam
Ingat nak pekena Hasan dan Hadi
Kenapa gerak makan diri
.
Menantu dah jadi hantu
Harap pagar pagar makan padi
Harap kan sumpah, sumpah makan diri
Mana kambing hitam, mana petualang
Mana UMNO durjana, puncha segala bala
.
Tok Guru dilema lagi
Kenapa langkah makin tak menjadi
Kenapa fatwa tak masin lagi
Hati dan perasaan masih gagah
Kenapa langkah makin sumbang

Thursday, November 19, 2009

SiPuteh dan SiHitam

Adun ponteng jatuh parit
Bertitah hakim besar
Kosong, kosongkan

Tuan speaker
syok dan puas
Macam lepas kena kandar kayu
Tersandar senyum kambing

Jom pilih raya lagi
Kutuk, kitar dan pusing lagi
Jangan pilih hantu raya

Awan biru nak tutup bulan
Bulan mengambang pak ngah terbalik
Jangan sampai menang sorak Melayu tergadai


Friday, October 30, 2009

PKR out of Trends.....



More then a year ago it was trendy to be against the Government and Government bashing was the name of the game. Almost everybody that I talked to before have nothing good to say about the government and full of complaints. It was puzzling to me because despite the many floors, I always hold the ground that there are also plenty good things that have been done by the ruling government all these years, otherwise we will be more like the under developed third world countries with unending feuds and extreme poverty crisis. Despite the cynical and mocking remarks by many I see the changing of batons from Tun Abdullah Badawi to Datuk Sri Najib Abd Razak as refreshing with light of hope.

It looks like within the short time of taking over the Government, Najib has managed to instill confidence into the Government and rakyat. He managed to put in quick fixes and long term plan and strategy that shift the misconception of the ruling Government. Despite many still rumbling about the understanding of 1 Malaysia concept, but in general the acceptance of rakyat, government and private institutions on the Concept is falling into place. It is now about delivering the visions and objectives line up to invoke radical changes for the benefit of the rakyat and nation. It’s no more about politicians and individuals…… those who could not deliver will perish faster then they realized.

What is happening to Pakatan Rakyat coalition parties? PAS almost has a fatal blow when Nik Aziz demands for EGM to remove so called anti PR leaders. The management team managed to water it down to a Seminar that supposed to address the issue but then the in fighting is not going to end in the near future. The in fighting will continues until one of the team is being reduced to a minimal. PKR is having it nightmares now with more leaders and wakil rakyat leaving the party. It’s difficult to live on empty promises and so far not much can be seen on good changes in the PR ruled states. The art of blaming the BN for all misdeeds does not hold water anymore…… unless the PR can shows monumental changes in economy and governance they are going to be out of trends. It looks like the troubles brewing in PKR and PAS will become cancerous if effective medication or surgery is not being dispensed timely. The resignation of Jeffrey Kitingan, Badrul Hisahm and Zaid sabbatical may just be the tip of the ice berg that will finally sink the ship called PKR.

Having said that the BN is not on stable ground either. The feuding MCA and out of trends MIC may become a parasite that suck all the good blood in BN. They have to shape up fast or may have to be shift out in an orderly manner. UMNO have to walk the talk and delivered all the changes expected by the rakyat. Eventually they have to touch the heart of every rakyat by their doing and not political gimmicks. Gone are the days of fancy cars, cigars and mega villas. They have to live like the rakyat and behave like a WAKIL RAKYAT not TUAN kepada RAKYAT. They must capture this changing trend fast and be once again the evergreen reliable , fashionable and fatally effective governing machine.

Wednesday, July 15, 2009

Manik Urai..Menang dan Kalah



65 undi memisahkan yang menang dan kalah di Manik Urai memberi pengajaran kepada PAS dan UMNO. Yang menang tetap menang dan yang kalah tetap kalah tetapi yang mengambil pengajaran dan tindakan daripada pertandingan ini akan memenangi pertandingan akan datang.

PAS perlu sedar bahawa mereka tidak kebal di negeri sendiri dan Nik Aziz bukan lagi menjadi talian hayat untuk menang pada masa hadapan. Sikap mencerca dan mencaci sesama Islam mungkin boleh diterima oleh penyokong tegar PAS tetapi pada amnya rakyat ramai tidak boleh menerima cara ini dijadikan cara berkempen. Perbuatan mengkafirkan sesama Islam akan membawa padah kepada parti itu jika ia diteruskan memandangkan ia merupakan kawan karib DAP dewasa ini. PAS perlu membuktikan bukan sahaja mereka membangunkan syiar Islam tetapi juga sosio- ekonomi masyarakat Islam terutama dinegeri yang mereka perintah. Kemunduran bukan lagi satu pilihan dan pemimpin perlu keluarkan rakyat daripada belenggu kemiskinan disamping meningkatkan iman dan taqwa mereka.

UMNO pula perlu sedar bahawa mereka masih belum cukup kuat dan perlu berkerja lebih keras untuk memenangi kepercayaan rakyat. Walaupun banyak tindakan baik yang telah di ambil oleh PM Najib tetapi ia belum lagi menggambarkan keikhlasan yang sebenar. Masa diperlukan bagi membuktikan bahawa UMNO dan BN ikhlas dalam memperjuankan nasib dan keperluan rakyat. Mereka perlu membuktikan yang sikap mementingkan diri dan gaya hidup terlebih mewah yang mereka anuti telah berkubur. Laungan Satu Malaysia, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan akan hanya diterima rakyat apabila segala tindakan dan pentadbiran kerajaan benar benar mencerminkan selogan tersebut. Segala kekayaan negara dan diri hendaklah digunakan untuk kepentingan rakyat dan negara bukan untuk bermegah diri atau membina istana tanpa penghuni.

Majoriti rakyat negara ini berpelajaran dan tidak buta hati dan perasaan atau taksub dengan kempen murahan dan fanatik selamanya. Dalam zaman IT dan Teknologi ini segala maklumat dihujung jari dan rakyat hendaklah didedahkan dengan ilmu penilian maklumat yang baik dan sihat. Apabila ini dapat diterapkan maka segala keputusan yang dibuat akan bersandarkan kepada fakta betul. Ia akan menjana keputusabn tepat yang membantu kepada kesejahtraan rakyat dan negara.

Sunday, July 12, 2009

Najib 100 Good Days




He did very well despite various efforts by the Pakatan Rakyat to underrate and sabotaged his leadership. The strategy to focus on balanced score card in terms of people interests, economic recovery, performance and reforms managed to raise his popularity to 65% and climbing. Definitely he is not dancing to the opposition music but instead focus on the tactical and strategic moves that provide immediate gains and long term major impact.

His future success will depend on the deliverables of the KPIs he promised. The performance of cabinet ministers, wakil rakyat and government machineries will also be the key factors to the future success. They simply have to focus on people interests and performance in line with the Najib leadership style. Its looks like the PR rhetoric of blaming everything to the government is wavering and falling apart. The squabbling between the DAP, PAS and PKR is now surfacing in almost all states runs by the coalition. The fact remains that talking and promising is easier then fulfilling it.

Personally I am happy with the various initiatives and reforms made by Najib and hope his team will work harder consistently to serve the people and nation. Forget about the third bridge and Singapore, instead focus on delivering his promises and breaking new frontiers. Ensure that the new business model is big enough for all Malaysians and global breakthrough as major opportunities for all.

Reward the performers and removed those who could not delivers or refused to change. The attitude and lifestyle of wastage and corruptions among all leaders must be changed in order to gain the full confidence of the rakyat once again. All the best to you and team and may God be with you in serving the people and nation.
*****************************************************************************
INSIDER..
By Lee Wei Lian
KUALA LUMPUR, July 11 — To mark his 100th day in office, the prime minister pledged that his government would be accountable to voters.

He also announced a slew of measures, including a cut in road tolls and an increase in the number of individual taxi permits, in a bid to build on his high approval rating so far to win back support for the Barisan Nasional (BN).

In a televised address to the nation, Datuk Seri Najib Razak also outlined the focus of his administration would be in six key areas:

• The prevention of crime;
• The fight against corruption;
• Access to quality education;
• The improvement of the living standards for the lower income group;
• Improvement of rural infrastructure;;
• Improvement of public transportation.

“We must be responsible to the rakyat. It is all about performance now, performance driven government,” he told a special gathering at the KLCC Convention Centre here to mark his 100 days in office.

Despite scoring an approval rating of 65 per cent in a recent poll by the independent Merdeka Center, Najib has come under fire from his allies and rivals alike in recent days, especially over his reversal of the English policy and also the economic liberalisation programme.
He appears to be ignoring the criticism and is now staking his administration on winning over ordinary Malaysians.

Besides offering motorists a 20 per cent discount for those who use toll roads more than 80 times a month and increasing the number of individual taxi permits by 3,000, he also announced:

• The allocation of 44,000 units in public housing projects to be offered for sale to tenants;
• A 50 per cent reduction in license fees for petty traders in the Federal Territories;
• Drastic steps to be taken to combat crime and graft of which details would be announced later;
• A pledge to settle birth registration issues in east Malaysia;
• A pledge to settle citizenship applications in East Malaysia;
• A pledge to build up to 1,500 kilometres of rural roads;
• Efforts to be made to improve water and electricity supply to east Malaysia;
• A reduction in the cost of motorcycle riding courses from RM500 to RM211;
• A new Amanah Saham 1 Malaysia with 10 billion units offered for sale to all Malaysians above 18.

The prime minister stayed on his signature 1 Malaysia message throughout the event and the festivities reflected that.

There was no talk of the supremacy or privileges of any ethnic group.
Instead, the increasingly familiar refrain of unity among all races and putting the public first was repeated several times.

Formalities were noticeably low key, save for the red carpet, and the seating arrangements were deliberately left open to encourage cabinet ministers to mingle with the public.
“Whether Malay, Chinese, Indian, Sikh, Iban, Kadazan, Bidayuh, Orang Asli, Siamese, we are all Malaysian citizens. If we can move together as one team, one people, one nation, we will be greatly successful,” said Najib.

Perhaps to drive home his commitment towards fostering racial unity and acceptance, the printed text of his speech was delivered to him by a symbolic retinue of 11 children consisting of different ethnicities from east and west Malaysia.

The most humorous moments came when Najib reminisced about his walkabouts during the first few days of office, when he visited derelict flats, ate “tosai” in Brickfields, bought fake Louise Vuitton bags at Petaling street and inhaled the stinking pollution at the infamous Pudu bus station so much so that “the smell still sticks till today.”

He noted that his directives to improve conditions at the locales he visited are being carried out quickly, including a makeover of the Pudu bus station and plans for a Little India in Brickfields.
He left unanswered, however, the question of what happens if the prime minister is too busy or unable to do walkabouts?

Najib also extended an olive branch to critics of the government’s human rights record.
“The era of government knows best is over,” he said. “We will consult the public including on the review of the Internal Security Act and this includes consulting the Bar Council and other NGOs.”