Showing posts with label MIC. Show all posts
Showing posts with label MIC. Show all posts

Thursday, May 27, 2010

Vel Paari... Cuba nak jadi jaguh ... jagung?

Bila tersepit yang paling mudah salahkan orang lain itulah yang sedang dibuat oleh MIC dan Vel Paari. Adakah MIC masih releven pada masyarakat India? kalau dicongak cara mana pun jawapanya NAHI. MIC pentingkah kepada UMNO? langsung tarak. Kenapa jadi begini tanyalah pada Samay Vellu .... yang masih syok sendiri.... biarlah pun dia syok sendiri dalam MIC tu.
.
Kalau MIC nak keluar BN pun biarkanlah sebab akan bawa banyak kebaikan daripada keburukkan. Mungkin MIC lebih baik bersama dengan Pakatan Rakyat sebab dah jumut fungsi dan persefahaman dalam BN. Bila dalam PR nanti MIC boleh perjuangkan nasib kaum India dengan lebih baik. Selamat tinggal Samy, Paari, Mohan dan yang sewaktu dengannya.

Saturday, April 24, 2010

HULU SELANGOR .... JATUH ke Tangan BN ?


Malam ini pertembungan akhir antara pemimpin besar BN dan PR untuk memenagi hati rakyat Hulu Selangor yang akan keluar mengundi esok. Perhimpunan BN di ketuai oleh PM Najib, Tun Mahathir dan Tan Sri Mahyuddin manakala Anwar, Nik Aziz dan Lim Kit Siang cuba merubah arus yang nampaknya condong ke BN.
.
Malaysian Insider cuba menyoalkan tindakan PM Najib berkerja sepenuh hati untuk pilihan raya kecil ini dan menyatakan kemenangan kurang daripada 3,000 undi akan kurang bermakna dan boleh dipersoalkan. Nampaknya Malaysian Insider pura pura lupa yang PM Najib mengetuai UMNO Selangor dan sejak bila kemenangan lebih darpada 3,000 menjadi kritria mutlak sebagai kemenangan sedangkan PKR hanya menang kurang daripada 200 undi dahulu. Sebagai ketua UMNO Selangor dan PM, ia menjadi tanggung jawab beliau untuk memastikan kemenangan di Hulu Selangor.
.
Namun yang akan menentukan kemenangan esok adalah pengundi yang pasti dapat membezakan perbezaan besar antara hala tuju BN dan PR. Mereka arif tentang hala tuju BN dahulu dan kini yang dipimpin oleh PM Najib. Dalam setahun Najib telah dapat membuktikan bahawa beliau mempunyai wawasan, kebijaksanaan dan tenaga untuk membawa Malaysia dan rakyatnya ketahap yang lebih tinggi dengan kepentingan rakyat menjadi keutamaan. Konsep 1 Malaysia yang beliau utarakan mulai mendapat sokongan majoriti rakyat. Pada dasarnya mengundi BN esok merupakan sokongan kepada beliau di samping Kamalanathan yang bertanding. Tindakan Najib memilih Kamalanathan membuktikan sikap setiakawan dan tidak membezakan bangsa dalam kepimpinannya. Ini nampaknya telah mematahkan tomahan PR yang kononnya UMNO itu parti perkauman. Sebenarnya untuk melihat perubahan dan kebaikan yang sedang dibawa oleh pentadbiran Najib amat mudah bagi mereka yang berfikiran terbuka.
.
PKR yang tidak mesra kepada kepentingan Melayu dan Islam nampaknya bergantung kepada PAS untuk memujuk pengundi Melayu menyokong Zaid. Nik Aziz merupakan harapan akhir PKR untuk memujuk pengundi Melayu. Kalau dilihat daripada track record Zaid yang seperti anti Melayu dan Islam ( perjuangkan kesamarataan dengan menidakkan keistemewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan menentang hukum Hudud serta menyokong Lina Joy )dalam tindak tanduknya terdahulu maka Nik aziz mempunyai tugas yang berat untuk merubah arus. Nik Aziz cuba menggunakan isu APCO yang kononnya syarikat Israel tanpa mengindahkan keyataan resmi syarikat tersebut bahawa mereka tidak terlibat dengan rejim Israel agak remeh. Dia pura pura lupa bahawa sahabatnya Anwar lah yang memburukkan Malaysia diluar negara dengan pelbagai fitnah dan kalau tidak kerana usaha buruk tersebut kerajaan tidak perlu membazir duit melawan fitnah tersebut. Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dari dahulu hingga sekarang tapi yang jelas Anwar Ibrahim lah yang mempunyai ramai kawan rapat Yahudi yang mahu melihat Malaysia hancur. Nik Aziz pun sedang bertarung untuk membersihkan diri daripada kemelut menantu dan pemberian balak di Kelantan ( rujuk blog Kickdefella ) . Sikap dia meremehkan arahan Sultan Selangor supaya Mesjid tidak dijadikan medan ceramah politik juga akan memakan diri. Nampaknya Nik Aziz mempunyai tugas yang berat di Hulu Selangor dan besar kemungkinan beliau akan gagal.
.
Bagi pengundi jalankanlah tanggung jawab dengan fikiran terbuka, pilih yang terbaik. Bagi orang Melayu janganlah risau, mengundi calon BN adalah mengundi barisan yang diterajui oleh orang Melayu, seperti yang terbukti lebih daripada 50 tahun. Nilai BN dengan pimpinan semasa yang sedang membawa perubahan kearah lebih baik dan mesra rakyat.
.
Semoga calon dan parti yang terbaik akan menang esok. Selamat mengundi dan cintai negara anda MALAYSIA.

Wednesday, April 7, 2010

Najib go for broke @ Hulu Selangor

PM Najib telah membuat keputusan menghormati perjanjian BN dan terus pertaruhkan MIC di pilihan raya kecil Hulu Selangor. Mungkin mengikut ahli fikir dan penasihat beliau meletakkan wakil MIC akan memberi lebih kekuatan dari kelemahan. Mungkin dia ingin membuktikan yang BN merentasi batas bangsa dan agama maka sanggup " go for broke". Kalau menang ia akan menjadi menang besar tapi kalau kalah boleh berpegang kepada semangat setiakawan BN, sanggup kalah demi perjanjian. Mungkin juga ini sebagai tanda penghargaan beliau kepada rating 77% sokongan kaum India terhadapnya dalam Merdeka Centre survey.
.
Nampaknya yang akan menjadi penentu dalam pilihan raya ini adalah orang Melayu kerana sokongan kaum China kepada BN dijangka tidak akan berubah. Adakah suasana politik semasa telah memberi kekuatan kembali kepada BN untuk pertaruhkan MIC, walaupun suara akar umbi Melayu lebih menjurus kepada wakil daripada UMNO. Mungkin Najib telah bersedia untuk kalah bagi membuktikan setiakawannya. Bagaimana kalau rakyat di Hulu Selangor merasakan suara mereka tidak didahulukan dalam pemilihan calon BN? Atau Hulu Selangor bukanlah penting sangat sebab ia tidak akan merubah kedudukan kerajaan negeri Selangor.
.
Nampaknya disini PKR menarik nafas lega kerana keputusan BN telah memberi kelebihan kepada mereka yang akan menurunkan calon Melayu. Pertarungan di Hulu Selangor akan menjadi hebat dengan wakil rakyat bebas memainkan peranan mereka, sementara PKR bertarung dengan krisis kredibiliti apabila ramai pemimpin mereka tinggalkan parti. Peningkatan rating Najib dan kerajaan masih belum menjadi penentu kepada kemenangan di Hulu Selangor. BN terpaksa berkerja lebih keras daripada biasa untuk menang, sementara PR seperti biasa akan menggunakan teori konspirasi dan menjaja keburukan BN untuk menang.
.
Apapun kita mengharapkan pertandingan akan berjalan dengan teratur dan tenteram tanpa kekecohan dan tindakan diluar batas undang undang. Janganlah berkempen sampai lupa dosa pahala serta kebenaran dan pembohongan.