Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Wednesday, January 5, 2011

SUK Selangor dan Penderhaka Gagap



Rasa marah pun ada dan hendak tergelak pun ada bila melihat MB Khalid menjawab soalan pemberita di Berita TV3 malam tadi. Body language dan gagap Khalid makin bertambah bila cuba menjawab tentang titah Sultan Selangor mengenai kemelut perlantikan SUK baru. Dari situ jelas kita dapat lihat siapa yang rasa bersalah dalam isu yang tidak patut timbul ini.
.
Khalid cuba bercakap seperti peguam tetapi malang tafsiran beliau tentang undang undang yang berkaitan sama gagap dengan percakapannya. Cuba cakap terus terang kenapa tidak suka sangat dengan bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor itu..... kerana Islam dia kurang ke? Dia rasuah ke? Terlalu tegas menjalankan tugas ke? Tak mahu mengikut telunjuk ahli politik ke? Tidak payahlah cuba berselindung atas alasan tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh SPA tentang perlantikan tersebut.
.
Mungkin kemelut ini ada hikmahnya sebab bagi yang tidak fanatik maka jelaslah kini siapa petualang bangsa dan agama sebenar. Siapakah penderhaka yang yang mahu mengenepikan fungsi Sultan dalam memerintah Selangor. Baru pertama kali rakyat bagi peluang mentadbir Selangor dah jadi huru hara macam ini, kalau 50 tahun memerintah mungkin Selangor jadi Singapura tidak berraja.
.
Rakyat tidak bodoh dan akan menghukum penderhaka dan mereka yang hanya pandai putar belit. Nampaknya usia PKR tidak akan panjang seperti yang diimpikan.... Ku sangkakan panas hingga kepetang rupanya hunjan ditengah hari.......

Sunday, May 16, 2010

SIBU MENGUNDI...China V China

Hari ini pengundi Sibu keluar mengundi bagi menentukan sama ada BN atau DAP akan wakili mereka. Keputusan akan menunjukkan kepada kita sama ada China di Sibu berpendirian sama dengan majoriti Cina di Semenanjung atau Hulu Selangor. Pada saya siapa pun menang di Sibu tidak membawa banyak impak kepada apa yang berlaku di Malaysia.
.
Hakikatnya suku pertama tahun ini pertumbuhan GDP 10.1%, majoriti rakyat nampak yakin dan puas hati dengan tindakan dan pimpinan PM Najib. Bab pembangkang tak setuju tu biasalah sejak bila mereka bersetuju dengan kerajaan dan kalau baca Harakah macam2 putar belit dilakukan siap dengan dalil lagi. Harap satu hari nanti mereka sedar dan mula mengtafsir mengikut ajaran Islam sebenar dan jangan menggangap Islam itu untuk mereka sahaja.
.
PKR nampaknya makin bercelaru dengan seorang lagi lompat kapal dan mengikut para nujum ramai lagi akan tinggalkan kapal yang nampak makin karam. Kedah yang nampak kukuh bawah pimpinan Azizan PAS kini mula bergelora, harap taklah jadi macam Perak pulak. Buatlah apa yang terbaik dan termampu Azizan untuk selamatkan pimpinan PAS di Kedah, kalau tidak nanti BN pulak dipersalahkan.
.
Nampaknya kalau Malaysia aman damai dan maju ia akan merugikan pembangkang kerana politik mereka memerlukan keadaan haru biru untuk berjaya. Tapi ada akau kisah tentang pembangkang? Yang penting negara terus maju dan pemimpin dari parti mana sekali pun berkhidmat untuk rakyat ....... kalau tidak selamat jalan YB.

Sunday, April 25, 2010

Zaid Tumbang.... PKR Kecundang




Ramalan nujum pak belalang dari blog pro pembangkang seperti Malaysian Insider, Malaysiakini, Malaysia Today dan juga Sakmongkol meleset apabila BN berjaya menumpaskan PKR di Hulu Selangor dengan kelebihan 1,725 undi. Walaupun berdepan dengan cabaran yang hebat dari PR yang memerintah Selangor serta masallah pemilihan calon yang tidak direstui MIC, MCA yang baru keluar dari ICU dan juga orang UMNO yang mahukan calon Melayu, akhirnya BN berjaya juga. Kemenangan tetap kemenangan dan ia adalah lebih dari 198 undi majoriti yang diperolehi PKR dahulu. Seperti biasa undi kaum Cina tidak boleh diharapkan langsung manakala kesetiaan pengundi Melayu telah membawa kemenangan ini.
.
Syabas kepada jentera BN yang bertungkus lumus untuk memastikan kemenangan. Namun mulai sekarang BN perlu berkerja lebih kuat memenuhi janji yang dibuat serta meneruskan khidmat kepada rakyat. Kemenangan kali ini tidak akan menjanjikan kemenangan pada PRU 13 nanti. Kamalanathan perlu membuktikan yang dia adalah pilihan yang tepat bagi pengundi Hulu Selangor.
.
Bagi pihak PKR terimalah kekalahan ini dengan hati terbuka dan hentikan sikap suka menyalahkan pelbagai pihak bila kalah. Anda telah melakukan segalanya yang baik dan buruk untuk memenagi pilihan raya kecil ini, tetapi gagal. Salahkan diri sendiri dan kalau mahu menang dimasa depan berkhidmat dan kerja dengan lebih keras untuk rakyat. Jangan asik berpolitik, tetapi pembangunan dan kepentingan rakyat tidak dijaga.
.
Pada Zaid yang telah kalah, tak payahlah menuduh kononnya BN membeli undi, kerana rakyat lebih cerdik daripada itu. Dia patut malu meminta sokongan orang Melayu kerana telah banyak kali memperlekehkan kepentingan Melayu dan Islam dengan menyokong kaum yang mempertikai keistemewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Saturday, April 24, 2010

HULU SELANGOR .... JATUH ke Tangan BN ?


Malam ini pertembungan akhir antara pemimpin besar BN dan PR untuk memenagi hati rakyat Hulu Selangor yang akan keluar mengundi esok. Perhimpunan BN di ketuai oleh PM Najib, Tun Mahathir dan Tan Sri Mahyuddin manakala Anwar, Nik Aziz dan Lim Kit Siang cuba merubah arus yang nampaknya condong ke BN.
.
Malaysian Insider cuba menyoalkan tindakan PM Najib berkerja sepenuh hati untuk pilihan raya kecil ini dan menyatakan kemenangan kurang daripada 3,000 undi akan kurang bermakna dan boleh dipersoalkan. Nampaknya Malaysian Insider pura pura lupa yang PM Najib mengetuai UMNO Selangor dan sejak bila kemenangan lebih darpada 3,000 menjadi kritria mutlak sebagai kemenangan sedangkan PKR hanya menang kurang daripada 200 undi dahulu. Sebagai ketua UMNO Selangor dan PM, ia menjadi tanggung jawab beliau untuk memastikan kemenangan di Hulu Selangor.
.
Namun yang akan menentukan kemenangan esok adalah pengundi yang pasti dapat membezakan perbezaan besar antara hala tuju BN dan PR. Mereka arif tentang hala tuju BN dahulu dan kini yang dipimpin oleh PM Najib. Dalam setahun Najib telah dapat membuktikan bahawa beliau mempunyai wawasan, kebijaksanaan dan tenaga untuk membawa Malaysia dan rakyatnya ketahap yang lebih tinggi dengan kepentingan rakyat menjadi keutamaan. Konsep 1 Malaysia yang beliau utarakan mulai mendapat sokongan majoriti rakyat. Pada dasarnya mengundi BN esok merupakan sokongan kepada beliau di samping Kamalanathan yang bertanding. Tindakan Najib memilih Kamalanathan membuktikan sikap setiakawan dan tidak membezakan bangsa dalam kepimpinannya. Ini nampaknya telah mematahkan tomahan PR yang kononnya UMNO itu parti perkauman. Sebenarnya untuk melihat perubahan dan kebaikan yang sedang dibawa oleh pentadbiran Najib amat mudah bagi mereka yang berfikiran terbuka.
.
PKR yang tidak mesra kepada kepentingan Melayu dan Islam nampaknya bergantung kepada PAS untuk memujuk pengundi Melayu menyokong Zaid. Nik Aziz merupakan harapan akhir PKR untuk memujuk pengundi Melayu. Kalau dilihat daripada track record Zaid yang seperti anti Melayu dan Islam ( perjuangkan kesamarataan dengan menidakkan keistemewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan menentang hukum Hudud serta menyokong Lina Joy )dalam tindak tanduknya terdahulu maka Nik aziz mempunyai tugas yang berat untuk merubah arus. Nik Aziz cuba menggunakan isu APCO yang kononnya syarikat Israel tanpa mengindahkan keyataan resmi syarikat tersebut bahawa mereka tidak terlibat dengan rejim Israel agak remeh. Dia pura pura lupa bahawa sahabatnya Anwar lah yang memburukkan Malaysia diluar negara dengan pelbagai fitnah dan kalau tidak kerana usaha buruk tersebut kerajaan tidak perlu membazir duit melawan fitnah tersebut. Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dari dahulu hingga sekarang tapi yang jelas Anwar Ibrahim lah yang mempunyai ramai kawan rapat Yahudi yang mahu melihat Malaysia hancur. Nik Aziz pun sedang bertarung untuk membersihkan diri daripada kemelut menantu dan pemberian balak di Kelantan ( rujuk blog Kickdefella ) . Sikap dia meremehkan arahan Sultan Selangor supaya Mesjid tidak dijadikan medan ceramah politik juga akan memakan diri. Nampaknya Nik Aziz mempunyai tugas yang berat di Hulu Selangor dan besar kemungkinan beliau akan gagal.
.
Bagi pengundi jalankanlah tanggung jawab dengan fikiran terbuka, pilih yang terbaik. Bagi orang Melayu janganlah risau, mengundi calon BN adalah mengundi barisan yang diterajui oleh orang Melayu, seperti yang terbukti lebih daripada 50 tahun. Nilai BN dengan pimpinan semasa yang sedang membawa perubahan kearah lebih baik dan mesra rakyat.
.
Semoga calon dan parti yang terbaik akan menang esok. Selamat mengundi dan cintai negara anda MALAYSIA.

Wednesday, April 7, 2010

Najib go for broke @ Hulu Selangor

PM Najib telah membuat keputusan menghormati perjanjian BN dan terus pertaruhkan MIC di pilihan raya kecil Hulu Selangor. Mungkin mengikut ahli fikir dan penasihat beliau meletakkan wakil MIC akan memberi lebih kekuatan dari kelemahan. Mungkin dia ingin membuktikan yang BN merentasi batas bangsa dan agama maka sanggup " go for broke". Kalau menang ia akan menjadi menang besar tapi kalau kalah boleh berpegang kepada semangat setiakawan BN, sanggup kalah demi perjanjian. Mungkin juga ini sebagai tanda penghargaan beliau kepada rating 77% sokongan kaum India terhadapnya dalam Merdeka Centre survey.
.
Nampaknya yang akan menjadi penentu dalam pilihan raya ini adalah orang Melayu kerana sokongan kaum China kepada BN dijangka tidak akan berubah. Adakah suasana politik semasa telah memberi kekuatan kembali kepada BN untuk pertaruhkan MIC, walaupun suara akar umbi Melayu lebih menjurus kepada wakil daripada UMNO. Mungkin Najib telah bersedia untuk kalah bagi membuktikan setiakawannya. Bagaimana kalau rakyat di Hulu Selangor merasakan suara mereka tidak didahulukan dalam pemilihan calon BN? Atau Hulu Selangor bukanlah penting sangat sebab ia tidak akan merubah kedudukan kerajaan negeri Selangor.
.
Nampaknya disini PKR menarik nafas lega kerana keputusan BN telah memberi kelebihan kepada mereka yang akan menurunkan calon Melayu. Pertarungan di Hulu Selangor akan menjadi hebat dengan wakil rakyat bebas memainkan peranan mereka, sementara PKR bertarung dengan krisis kredibiliti apabila ramai pemimpin mereka tinggalkan parti. Peningkatan rating Najib dan kerajaan masih belum menjadi penentu kepada kemenangan di Hulu Selangor. BN terpaksa berkerja lebih keras daripada biasa untuk menang, sementara PR seperti biasa akan menggunakan teori konspirasi dan menjaja keburukan BN untuk menang.
.
Apapun kita mengharapkan pertandingan akan berjalan dengan teratur dan tenteram tanpa kekecohan dan tindakan diluar batas undang undang. Janganlah berkempen sampai lupa dosa pahala serta kebenaran dan pembohongan.

Sunday, March 28, 2010

Hulu Selangor... Nak jaga hati MIC atau Pengundi



Nampaknya Hulu Selangor akan menjadi sibuk dan tumpuan ahli politik dalam masa terdekat ini. Katanya dah bermula kempen dengan Anwar Ibrahim memulakan ceremah dan seperti biasa menghentam BN dan meniupkan teori konpirasi yang kononnya cuba memusnahkan dirinya. Samada stetegi tersebut akan Berjaya kali ini, sama samalah kita lihat. Tetapi yang jelas keadaan sudah berubah daripada situasi politik 2008. PKR harus membuktikan yang mereka telah melakukan yang terbaik di Hulu Selangor sejak dua tahun yang lalu. Ini hendaklah dibuktikan melalui perubahan dan pembangunan yang telah mereka lakukan untuk rakyat serta mempamirkan janji janji pilihan raya 2008 yang telah mereka lunaskan. Kalau masih ada yang belum dipenuhi berikan alasan yang munasabah. Kalau pengundi berpuas hati dengan prestasi mereka PKR mempunyai peluang yang cerah untuk kekalkan kerusi Hulu Selangor.

Memandangkan perbezaan undi antara BN dan PKR amat tipis di PRU12, maka BN pun mempunyai peluang yang cerah untuk merampas kembali Hulu Selangor. Ini bergantung kepada siapakah yang akan dikemukan BN untuk bertanding nanti. Adakah BN perlu tertakluk kepada pendekatan lama meletakkan calun daripada MIC atau melihat kembali apa yang dimahukan oleh pengundi. Keadaan politik telah jauh berubah dan pengundi menjadi kuasa sebenar bukan lagi parti politik. Rakyat telah membuktikan bahawa bagi mereka yang alpa kepada kemahuan dan aspirasi mereka akan menerima padah. BN perlu bersikap terbuka dan harus bertindak selaras dengan konsep yang dilaungkan “ Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan”. Soal menjaga hati mereka yang tidak dapat membawa kemenangan perlu dihentikan. Kemukakan pemimpin yang disenangi rakyat disamping mempunyai sifat berkhidamt untuk rakyat dan parti dengan ikhlas. Atur stretegi yang membawa kepada kemenangan dengan bertindak secara tepat dan pro aktif.

Selamat berkempen dan berjuang kepada BN dan PR . Kepada pengundi jalankan kuasa dan tanggung jawab dengan kebijaksanaan. Jangan biarkan diri digula gulakan atau terleka dengan janji palsu atau fitnah fitnah yang kini menjadi kelaziman bagi penceramah penceramah politik. Bagi pengundi Melayu dan Islam pastikan undi anda dapat menyumbang kepada kelangsungan agenda agama, bangsa dan Negara.

Friday, March 19, 2010

ANWAR..... PELIK TAPI BENAR



Bila bekas pemimpin PKR Zahrain membuat pendedahan tentang angan angan Anwar hendak menjadi PM dengan memujuk wakil rakyat BN lompat parti Anwar panas punggung keluar dewan dan terus keluar negeri. Nampaknya menjaja dan memburukkan Malaysia adalah lebih penting daripada mempertahankan diri didalam Dewan. Sebagai ketua pembangkang dan jaguh pidato Anwar sepatutnya menyangkal dan mempertahankan diri sendiri daripada mengharapkan Gobla dan Saifudin untuk menjadi pendindingnya. Mungkin apa yang didedahkan oleh Zahrain adalah kebenaran sebab itulah dia tidak sanggup mendengar, jauh untuk menyangkal tuduhan tersebut. Sebenarnya apa yang didedahkan oleh Zahrain bukanlah berita baru bahkan hampir semuanya telah tersebar dialam siber dulu dan hajat hendak rampas kuasa Anwar melalui lompat parti keluar dari mulutnya sendiri.
.
Nampaknya sokongan terhadap Anwar akan semakin merudum dimata rakyat dan juga ahli politik. Jika trend keluar parti dikalangan wakil rakyat berterusan tidak mustahil Pakatan Rakyat akan terkubur sebelum ajalnya. Kenapa ini harus terjadi apabila mereka mempunyai peluang yang besar untuk membuktikan kepada rakyat bahawa mereka membuat pilihan yang tepat pada PRU 12. Tindakan Anwar menagih sokongan daripada pemimpin barat seperti Australia, Britain dan US dengan memburukkan Kerajaan Malaysia akhirnya akan memakan diri sendiri. Anwar tidak akan berjaya memperlekehkan minda rakyat Malaysia melalui sokongan segelitir pemimpin barat. Sejak bila negara barat tersebuat kasih dan cinta pada Malaysia dan kejayaan yang telah kita capai sejak merdeka. Mereka sebenarnya akan hanya berpuas hati apabila Malaysia menjadi negara yang gagal dalam ekonomi dan perpaduan rakyat.
.
Kalau kita lihat dengan teliti tingkah laku Anwar, memanglah nampak pelik sangat tetapi malangnya ianya adalah benar. Malangnya masih ramai yang terus terpengaruh dengan manusia ini kerana taksub dengan kononnya kebencian kepada UMNO. Sayangnya kebencian tersebut telah membuat UMNO semakin diterima semula oleh rakyat dan meracuni Pakatan Rakyat.

Sunday, March 7, 2010

Independent Day for Zulkifli




Finally PKR sacked MP Zulkifli Noordin for sticking to his own principles on few key issues such, against the use of words Allah by Catholic Christians and condemning Lim Guan Eng and Khalid Samad. Well the maverick politician has caused so much problem to PKR and they must be happy get rid of him. Zulkifli has been a thorn in a flesh for quite a while in PKR.

The sacking will make Zulkifli more popular among the Muslims and provide him with a better avenue to serve his cause. His independence from PKR will definitely be better off for, since PKR is slowly sinking with more MPs expected to leave the party in the near future. The sacking will be a blessing in disguise for him since now he is free to fight for Islam and justice rather then being sagged by the PKR , DAP and PAS antics

Friday, March 5, 2010

PKR Jump Ship.... PAS Naik Minyak

Pelik juga tengok perangai PAS Perak ..... tak habis habis buat perangai yang tak cerdik. Bila MP Bagan Serai Mohsin Fadzil keluar PKR atas sebab tidak tahan dengan pendirian parti tersebut yang banyak merugikan Islam dan orang Melayu. PAS pulak yang marah sangat sampai nak sembahyang hajat memohon bala kepada Mohsin.
Apalah nak jadi dengan PAS ni, bila Islam dihina dan orang Melayu dipermainkan oleh DAP tak teringin pulak nak sembahyang hajat mohon dilindungi Allah. Semenjak berkawan dengan DAP nampaknya makin hanyut parti Islam yang pernah saya beri undi ini. Mungkin Doa Nik Aziz memohon bala pada ahli UMNO dan Najib dah mula terbalik.

Wednesday, March 3rd, 2010 12:58:00
BAGAN Serai Member of Parliament Mohsin Fadzli Samsuri has quit PKR, making the 65-year-old the third legislator to quit the party within one week.

He cited internal squabling and PKR’s stance on the ‘allah’ issue for his resignation. Mohsin has opted to become an independent MP.