Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts

Sunday, April 25, 2010

Zaid Tumbang.... PKR Kecundang




Ramalan nujum pak belalang dari blog pro pembangkang seperti Malaysian Insider, Malaysiakini, Malaysia Today dan juga Sakmongkol meleset apabila BN berjaya menumpaskan PKR di Hulu Selangor dengan kelebihan 1,725 undi. Walaupun berdepan dengan cabaran yang hebat dari PR yang memerintah Selangor serta masallah pemilihan calon yang tidak direstui MIC, MCA yang baru keluar dari ICU dan juga orang UMNO yang mahukan calon Melayu, akhirnya BN berjaya juga. Kemenangan tetap kemenangan dan ia adalah lebih dari 198 undi majoriti yang diperolehi PKR dahulu. Seperti biasa undi kaum Cina tidak boleh diharapkan langsung manakala kesetiaan pengundi Melayu telah membawa kemenangan ini.
.
Syabas kepada jentera BN yang bertungkus lumus untuk memastikan kemenangan. Namun mulai sekarang BN perlu berkerja lebih kuat memenuhi janji yang dibuat serta meneruskan khidmat kepada rakyat. Kemenangan kali ini tidak akan menjanjikan kemenangan pada PRU 13 nanti. Kamalanathan perlu membuktikan yang dia adalah pilihan yang tepat bagi pengundi Hulu Selangor.
.
Bagi pihak PKR terimalah kekalahan ini dengan hati terbuka dan hentikan sikap suka menyalahkan pelbagai pihak bila kalah. Anda telah melakukan segalanya yang baik dan buruk untuk memenagi pilihan raya kecil ini, tetapi gagal. Salahkan diri sendiri dan kalau mahu menang dimasa depan berkhidmat dan kerja dengan lebih keras untuk rakyat. Jangan asik berpolitik, tetapi pembangunan dan kepentingan rakyat tidak dijaga.
.
Pada Zaid yang telah kalah, tak payahlah menuduh kononnya BN membeli undi, kerana rakyat lebih cerdik daripada itu. Dia patut malu meminta sokongan orang Melayu kerana telah banyak kali memperlekehkan kepentingan Melayu dan Islam dengan menyokong kaum yang mempertikai keistemewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Saturday, April 24, 2010

HULU SELANGOR .... JATUH ke Tangan BN ?


Malam ini pertembungan akhir antara pemimpin besar BN dan PR untuk memenagi hati rakyat Hulu Selangor yang akan keluar mengundi esok. Perhimpunan BN di ketuai oleh PM Najib, Tun Mahathir dan Tan Sri Mahyuddin manakala Anwar, Nik Aziz dan Lim Kit Siang cuba merubah arus yang nampaknya condong ke BN.
.
Malaysian Insider cuba menyoalkan tindakan PM Najib berkerja sepenuh hati untuk pilihan raya kecil ini dan menyatakan kemenangan kurang daripada 3,000 undi akan kurang bermakna dan boleh dipersoalkan. Nampaknya Malaysian Insider pura pura lupa yang PM Najib mengetuai UMNO Selangor dan sejak bila kemenangan lebih darpada 3,000 menjadi kritria mutlak sebagai kemenangan sedangkan PKR hanya menang kurang daripada 200 undi dahulu. Sebagai ketua UMNO Selangor dan PM, ia menjadi tanggung jawab beliau untuk memastikan kemenangan di Hulu Selangor.
.
Namun yang akan menentukan kemenangan esok adalah pengundi yang pasti dapat membezakan perbezaan besar antara hala tuju BN dan PR. Mereka arif tentang hala tuju BN dahulu dan kini yang dipimpin oleh PM Najib. Dalam setahun Najib telah dapat membuktikan bahawa beliau mempunyai wawasan, kebijaksanaan dan tenaga untuk membawa Malaysia dan rakyatnya ketahap yang lebih tinggi dengan kepentingan rakyat menjadi keutamaan. Konsep 1 Malaysia yang beliau utarakan mulai mendapat sokongan majoriti rakyat. Pada dasarnya mengundi BN esok merupakan sokongan kepada beliau di samping Kamalanathan yang bertanding. Tindakan Najib memilih Kamalanathan membuktikan sikap setiakawan dan tidak membezakan bangsa dalam kepimpinannya. Ini nampaknya telah mematahkan tomahan PR yang kononnya UMNO itu parti perkauman. Sebenarnya untuk melihat perubahan dan kebaikan yang sedang dibawa oleh pentadbiran Najib amat mudah bagi mereka yang berfikiran terbuka.
.
PKR yang tidak mesra kepada kepentingan Melayu dan Islam nampaknya bergantung kepada PAS untuk memujuk pengundi Melayu menyokong Zaid. Nik Aziz merupakan harapan akhir PKR untuk memujuk pengundi Melayu. Kalau dilihat daripada track record Zaid yang seperti anti Melayu dan Islam ( perjuangkan kesamarataan dengan menidakkan keistemewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan menentang hukum Hudud serta menyokong Lina Joy )dalam tindak tanduknya terdahulu maka Nik aziz mempunyai tugas yang berat untuk merubah arus. Nik Aziz cuba menggunakan isu APCO yang kononnya syarikat Israel tanpa mengindahkan keyataan resmi syarikat tersebut bahawa mereka tidak terlibat dengan rejim Israel agak remeh. Dia pura pura lupa bahawa sahabatnya Anwar lah yang memburukkan Malaysia diluar negara dengan pelbagai fitnah dan kalau tidak kerana usaha buruk tersebut kerajaan tidak perlu membazir duit melawan fitnah tersebut. Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dari dahulu hingga sekarang tapi yang jelas Anwar Ibrahim lah yang mempunyai ramai kawan rapat Yahudi yang mahu melihat Malaysia hancur. Nik Aziz pun sedang bertarung untuk membersihkan diri daripada kemelut menantu dan pemberian balak di Kelantan ( rujuk blog Kickdefella ) . Sikap dia meremehkan arahan Sultan Selangor supaya Mesjid tidak dijadikan medan ceramah politik juga akan memakan diri. Nampaknya Nik Aziz mempunyai tugas yang berat di Hulu Selangor dan besar kemungkinan beliau akan gagal.
.
Bagi pengundi jalankanlah tanggung jawab dengan fikiran terbuka, pilih yang terbaik. Bagi orang Melayu janganlah risau, mengundi calon BN adalah mengundi barisan yang diterajui oleh orang Melayu, seperti yang terbukti lebih daripada 50 tahun. Nilai BN dengan pimpinan semasa yang sedang membawa perubahan kearah lebih baik dan mesra rakyat.
.
Semoga calon dan parti yang terbaik akan menang esok. Selamat mengundi dan cintai negara anda MALAYSIA.

Sunday, March 21, 2010

Tun Mahathir.... Perkasakan PERKASA


Kenyataan resmi Sultan Selangor mengapa Tuanku tidak dapat hadir ke majlis perasmian Mesyuarat Agung PERKASA sedikit sebanyak telah dapat menagkis pelbagai tomahan pihak anti Perpaduan Melayu terhadap PERKASA. Sebenarnya jika diamati memang ramai pihak yang tidak senang dengan perkembangan dan peranan yang telah dimainkan oleh PERKASA dalam memperjuangkan keistemewaan Melayu, Islam dan Institusi Di Raja seperti yang termaktub didalam Perlembagaan. Macam biasalah bila Melayu cuba mempertahankan hak, mereka dikatakan melampau dan perkauman tetapi bila bangsa lain menuntut perubahan kepada perkara perkara yang telah termaktub dalam Perlembangaan mereka disanjung sebagai pejuang demokrasi sejagat dan menjadi pihak yang ditindas. Dalam mana ekonomi dan perniagaan Malaysia dimonopoli oleh kaum China, mereka masih lagi tidak berpuas hati dan mahu monopoli segalanya. Kalau boleh mahu Melayu merempat dinegeri sendiri, barulah puas hati mereka agaknya.

Malangnya mereka ini sekarang makin besar kepala kerana disokong oleh parti dan orang Melayu Islam yang gilakan kuasa dan pengaruh. Pihak ini tidak habis habis meracuni pemikiran rakyat supaya menentang apa juga yang dilakukan kerajaan tanpa memperdulikan buruk baiknya. Memanglah bukan semua yang dilakukan oleh kerajaan adalah yang terbaik, tetapi itulah gunanya pembangkang atau NGOs bagi memastikan hanya perkara yang terbaik akan dilaksanakan untuk rakyat.

Dalam mana Melayu dan Islam tersepit disebalik permainan politik BN dan Pakatan Rakyat, PERKASA merupakan satu landasan yang baik bagi menyatukan orang Melayu dan memastikan niat jahat terhadap kepentingan Melayu dan Islam dapat dihapuskan. Kehadiran Tun Mahathir bagi merasmikan Mesyuarat Agung pertama PERKASA pada 27 Mac ini akan memastikan PERKASA terus perkasa dalam memperjuangkan agenda Melayu.

Bagi orang orang Melayu yang telah bosan dengan usha licik pelbagai pihak untuk melemahkan Bangsa Melayu dan Islam bagunlah dan beri sokongan semampu boleh kepada PERKASA dan NGOs lain yang mempunyai matlamat yang sama. Kalau tidak dapat menyumbang dengan tenaga dan harta setidaknya beri sokongan moral dan jadi ahli biasa kepada persatuan yang berjuang mempertahankan bangsa dan agama sendiri.