Showing posts with label DOA. Show all posts
Showing posts with label DOA. Show all posts

Friday, August 20, 2010

Apa nak jadi... Guan Eng masuk doa Jumaat

Entah apa dah jadi kepada pada Imam dan Ulama yang benarkan atau galakkan nama Guan Eng didoakkan dalam khutbah Jumaat mengenepikan Yang Di Pertuan Agung dibeberapa Mesjid di Penang. Taksub betul mereka ini kepada pemimpin DAP tu sampai sanggup berbuat pekara yang tidak terfikir diakal seorang Muslim. Nampaknya Ramadan bukan membawa berkat kepada gulungan ini tapi terus sesat dan menyesatkan.
.
Mudah mudahan Allah akan terus memberi kewarasan dan keinsafan kepada majoriti umat Islam Negara ini supaya dapat membezakan antara kebaikan dan keburukan dan sokongan yang membawa kehancuran.

Wednesday, August 18, 2010

Doa Ramadan... Biar MCA kahwin DAP..

Bulan Ramadan kita perlu doa yang baik2 buat diri sendiri, keluarga dan rakyat Malaysia semoga kita semua selalu di berkati dalam dunia yang penuh cobaan dan semakin gila ini. Mana tak gila anak kena buang, isteri kena bunuh dan simbah asid, rakyat masih kena liwat dengan pemimpin yang gila kuasa dan harta.
MCA yang sudah tidak releven pun nak tunjuk belang konon hendak kesamarataan yang telah mereka bolot. Dahlah ekonomi negara mereka sapu dan sokong DAP, tak malu pulak nak demand keistemewaan orang Melayu dihapuskan. Apa nak hiran sebab dalam takrif mereka mana ada perkataan shukur... yang penting kita bolot semua itu harta dan kekayaan.
Jadi saya doakan yang baik, biarlah MCA dan DAP berkahwin supaya tak payah BN jaga musang berbulu ayam dalam kandang mereka.

Tuesday, March 16, 2010

Ruby Ahmad dalam Kenangan



Ruby Ahmad meninggal dunia semalam dalam usia yang masih muda 48 tahun dan akan sentiasa dikenang atas persahabatan, kerja amal dan sikap positif beliau. Semoga rohnya mendapat keredaan serta keberkatan Allah. Takziah kepada suami dan keluarga beliau. Al Fatihah.

Sunday, September 7, 2008

DOA

Di bulan Ramadhan Al Mubarak disamping Berpuasa, Bertarawih, Bersedekah, Zakat Fitrah , menunaikan yang wajib dan memperbanyakkan amalan yang sunat kita perlu memperbanyakkan DOA kepada Allah memohon keredaan, keberkatan, dan di jauhi daripada api neraka. Memohon kesejahtraan di dunia dan akhirat.

Sebagai hamba Allah kita perlu selalu BERDOA di sepanjang kehidupan kita di dunia yang sementara ini. Tugas kita adalah meminta kepadaNya dan serahkanlah kepadaNya bagi menentukan bila dan bagaimana Doa itu dimakbulkan, sesungguhnya Allah maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Janganlah berputus asa dalam berdoa kerana hanya Allah yang tidak akan jemu mendengar seberapa banyak kali pun doa dari hambaNya. Jadikanlah doa sebagai amalan dan pelengkap segala usha yang telah dijalankan dalam menghadapi dugaan dan kehidupan didunia ini.

Janji Allah

1) Surah Ghaafir:60 maksudnya ;

Dan Tuhan kamu berfirman: “ Berdoalah kau kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.

2) Surah al-Baqarah: 186 maksudnya;

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka ( beritahu kepada mereka): Sesugguhnya Aku ( Allah ) sentiasa hampir ( kepada mereka ); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.

PERSOALANNYA, SUDAH BANYAK BERDOA, TETAPI KENAPA TIDAK DIMAKBULKAN ???

SYARAT MAKBUL DOA

1) YAKIN - Allah Maha Mendengar munajat hambaNya
- Allah menepati janji
2) KHUSYU - Mengaharap
- Menghina diri di hadapanNya
3) TIDAK GOPOH - Sabda Rasuullah s.a.w yang bermaksud ” Dimakbulkan doa seseorang kamu selagimana ia tidak gopoh dengan berkata – Aku telah berdoa kepada Tuhanku, tetapi ia tidak makbulkannya” ( Bukhari & Muslim )
4) Makanan, minuman dan segala sumbar kewangan adalah HALAL.
Tuan Guru Nik Aziz Berdoa : Yakin, khusyu & sabar

SEBAHAGIAN WAKTU DOA MUSTAJAB

1) Ketika sujud
2) Setelah selesai solat hajat
3) Sepertiga malam
4) Di antara azan dan iqamat
5) Ketika hampir berbuka puasa
6) Ketika barisan tentera Islam bertembung musuh di medan perang
7) Doa ibubapa keatas anaknya
8) Doa orang yang dizalimi
9) Doa orang yang bermusafir
10) Di Masjidil haram, Multazam, Maqam Ibrahim, Miizaab dll.
11) Di Mesjid Nabawi, Raudah dll.
12) Tawaf, saei, wukuf, mabit dan setiap manasik haji.

BEBERAPA DOA PILIHAN ( Maksudnya )

Pastikan kita tertib dalam berdoa dan mulakanlah Doa dengan pujian kepada Allah dan Selawat kepada Nabi Muhamad s.a.w begitulah juga diakhir Doa. Sebaiknya kita faham akan apa yang kita minta supaya dapat khusyu dalam berdoa. Berdoalah untuk diri sendiri, untuk anak anak kita dan kedua ibu bapa kita sesungguhnya ia adalah lebih mustajab.

1) Mendapat anak-anak dan pasangan yang membahgiakan.

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari pasangan- pasangan dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikan kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang bertaqwa ( AlFurqaan 74 )

2) Kebahagiaan dunia dan akhirat

Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka ( alBaqarah 201)

3) Mendapat kasih Ilahi dan kasih orang-orang soleh

Ya Allah, kurniakan kepadaku kasihMu, dan kasih orang yang mengasihiMu, serta amalan yang membawaku kepada kasihMu. Ya Allah jadikan daku mengutamakan kasihMu melebihi kasih kepada diriku sendiri, keluargaku dan daripada air yang sejuk. ( Tarmizi )

4) Doa di hujung solat

Ya Allah, tolonglah daku agar sentiasa menjadi hamba yang sentiasa mengingatiMu, bersyukur di atas segala nikmatMu dan sentiasa berusaha memperelokkan ibadat kepadaMu. ( Abu Daud & Nasa’i )

Ceramah Subuh oleh : Ustaz Syed Mohd Norsham bin Tuan Padang
@ Surau Al Sobah, Bangi Bandar Ilmu, 7 Sept. 2008.