Sunday, October 24, 2010

Bila Presiden Bertempik....



Presiden UMNO Dato Sri Najib berjaya membangunkan semangat didalam dewan persidangan UMNO dengan ucapan yang bersemangat dan mula bercakap dengan jelas tentang keistemewaan Melayu yang termaktub dalam perlembagaan, yang tidak sepatutnya dipertikai oleh kaum lain maupun Melayu yang lupa diri. Dia telah gariskan 7 agenda perubahan yang perlu dilakukan untuk memastikan UMNO terus releven dan senadi dengan kehendak rakyat terutama orang Melayu.
.
Persoalannya bagaimana hendak terjemahkan laungan dan wawasan Presiden kepada semua kepimpinan dan ahli UMNO diakar umbi??? UMNO tidak akan berjaya kalau hanya Presiden, Timbalan Presiden serta sekumpulan kecil pimpinan sahaja yang berkerja keras sementara majoriti masih berbulan madu dan tidak sedar diri. Kalau ini berterusan akan tersembamlah UMNO dalam pilihan raya akan datang.
.
Waktu untuk bercakap dan memberi amaran telah berakhir Presiden harus bersikap berani untuk membuang mereka mereka yang tidak efektif dan tidak menjalankan tanggung jawab kepada rakyat dan parti. Parti komponen yang masih mempertikaikan hak orang Melayu harus dipinggirkan dan kalau perlu nyahkan sahaja daripada barisan kerana mereka merupakan api dalam sekam.
.
Pandangan dan usul2 baik dalam Persidangan harus diterjemakan segera, seperti penubuhan Majlis Ulama UMNO dan Majlis Pembangunan Ekonomi Bumiputera.

No comments: