Showing posts with label Penang. Show all posts
Showing posts with label Penang. Show all posts

Monday, July 6, 2009

Lim Guan Eng ... Kg Buah Pala



Lim Guan Eng, Ketua Menteri tersohor DAP yang memerintah Penang tidak mampu menyelesaikan isu Kg Buah Pala yang melibatkan tanah dua hektar lebih. Bukan dia sahaja yang tidak mampu, negeri Penang pun tidak mampu dari segi kewangan untuk menyelesaikan kemelut tersebut. Hiaran bin ajaib kemana perginya cerdik pandai DAP dan Pakatan Rakyat yang sentiasa ada jawapan kepada semua masallah.... yang sentiasa betul dan orang lain semuanya salah.

Lebih mengelikan hati bila tak dapat selesaikan kemelut itu, nak salahkan pula BN dan minta kerajaan pusat bantu selesaikan isu. Pada pandangan saya kalau isu sebegini pun tak dapat selesaikan letak saja jawatan dan beri peluang orang lain perintah Penang. Memang senang mengutuk dan mengata orang tetap bila kena pada batang hidung sendiri baru rasa bahangnya. Kumpulkanlah cerdik pandai DAP seperti ayahnda Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Anwar Ibrahim yang pasti ada resepi ajaib untuk masallah ini.

Mungkin kemelut ini akan mengajar Guan Eng supaya tumpukan usaha untuk majukan Penang dan berlaku adil kepada semua kaum dan kurangkan sifat menuduh dan memperlekehkan orang lain.