Taufiq Shariff ... Loved n missed you very much
.
Updated 19 Oct 2010
.
Syukur majlis bacaan Yassin dan Tahlil selama tiga malam untuk Taufiq selamat disempurnakan semalam di Surau Taman Sri Kenari. Terima kasih kepada semua yang hadir menghadiahkan Yassin & Tahlil buat Taufiq. InshaAllah kita akan terus mengingatinya dan terus menghadiahkan Al Fatihah kepadanya dimana kita berada tanda kasih dan setiakawan kita kepadanya.
.
Ayah dan Ibu telah diberikan kekuatan untuk menerima dan meredakan Taufiq menemui Penciptanya. Urusan badar HAJI telah mereka buat untuknya serta segala peninggalannya telah dan akan diinfaq kepada badan dan urusan kebajikan supaya dia mendapat keberkatan daripadanya. Satu tindakan yang mulia dan cepat telah dilakukan oleh keluarga Taufiq sebagai tanda kasih sayang mereka kepadanya.
.
Semoga Allah menerima segala amalan yang kita ushakan untuk Taufiq dan memberi segala keberkatan dan rahmatNya kepada saudara yang kita kasihi ini. Al Fatihah.
.Taufiq dan keluarga dlm perjalanan Umrah ... Taufiq sempat menjadi tetamu Allah
Minat Taufiq Photography
Photo di Limpahan Kasih Taufiq
Hasil kreatif Taufiq
Hasil kerja photonya lagi
.
Gems in photography
.
Taufiq baju coklat bersam ibu, abang dan kakak di laut mati
.
Semalam 16 Oktb 2010 saya kehilangan anak saudara yang disayangi Taufiq Shariff anak bongsu kakak saya Puan Rokiah dan Mohd Shariff Ali. Dalam usia yang baru 27 tahun dan baru dua tahun bertugas di Petronas Taufiq telah pergi akibat barah otak yang menyerang dengan ganas dan cepat sehingga kami sekeluarga serta kawan kawan Taufiq terkejut dan amat sedih atas kehilangan orang yang amat disayangi. Sebelum ini Taufiq tidak pernah mengidap apa apa sakit yang kritikal dan mempunyai gaya hidup yang sihat dan periang. Setelah beberapa hari di masukkan di hospital ampang puteri dia tewas kepada serangan barah yang tidak di hidu sebelum ini. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi dia lebih daripada kita dan kami reda kepada ketentuan Allah yang memanggilnya kembali kealam yang lebih kekal.
.
Saya mengambil kesempatan ini bagi pihak keluarga Taufiq mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat Taufiq yang telah menunjukkan semangat setiakawan dan kasih kepadanya hingga keakhir hayat. Beratus2 kawan telah hadir diupacara sembahyang jenazah arwah dan terus ke kubur mendoakan dan melepaskan dia pergi kepada PENCIPTAnya. Semasa dia dihospital saudara mara dan sahabat handai tidak putus putus datang melawat dan memberi sokongan kepadanya. Taufiq amat bertuah mempunyai sahabat seperti anda semua dan teruskan sifat setia kawan tersebut dalam kehidupan yang mesti diteruskan.
.
Di penghujung hayat Taufiq tidak putus putus meminta maaf kepada saudara mara dan sahabat2, maka kita maafkan lah dia atas apa juga kesilapan dia sama ada yang sedar atau pun tidak, semoga kita juga mendapat Keredaan Allah atas sifat tersebut. Antara perkataan akhir yang diucapkan oleh Taufiq berulang kali adalah "Reda kepada Ketentuan Allah" LillahHitaAllah. Dari apa yang dapat kita lihat Taufiq pergi dengan aman dan reda kepada Allah yang mengambilnya kembali. Jenazah Taufiq yang tenang seperti dalam tido disembahyangkan ratusan sahabat dan keluarga .... dia pergi dengan aman diusia muda. Semoga kita yang tinggal dapat teruskan kehidupan dengan penuh keimanan dan bermakna.
.
Jika teringat kepadanya sedekahkan Al Fatihah, semoga Allah akan melepaskannya dari seksa kubur dan meletakkannya bersama orang orang yang Soleh didalam syurga, Inshaallah. Al Fatihah.
9 comments:
Innalillahi wa'inna ilaihirrajioun. semoga rohnya ditempatkan dikalangan roh para solihin. al-fatihah.
[sayu sungguh saya membaca entry ni datuk jeff, dalam keadaan anak saudara saya sendiri sedang kritikal with terminal stage cancer, and she's only 25]
Terima kasih Kama semoga dia aman bersama keredaan dan kasih sayang Allah.
Saya doakan anak saudara Kama akan diberikan kekuatan dan kesabaran dalam melalui dugaan Allah.
takziah... semoga rohnya dicucuri rahmat...amin
takziah...semoga rohnya dicucuri rahmat...amin
terima kasih hani.
Salam Dato',
Takziah di atas pemergian Taufiq. Saya baru dapat tahu bila baca blog ini.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan org org yg soleh..
Amin...
Azad (Zenith Marine)
Salam Dato'
Takziah di atas pemergian Taufiq. Saya baru dapat tahu bila baca blog ni.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang yg soleh.
Amin...
Azad (Zenith Marine)
Slm Azad,
Terima kasih atas ingatan dan takziah. Semoga dia Aman bersama Yang Maha Esa.
Salam Dato',
we (saya, Nor Khalidah n Nooraini) managed to visit him on Friday, day before arwah meninggal... Masa berbual dgn ibu arwah, kami sama2 menangis sebak bila ibu arwah bercerita pasal arwah seorang yang periang, dapat dgn ibunya..
Kami di dayabumi terasa kehilanggan arwah, it's so sudden. May Allah bless him insya Allah..al-fatihah
nurin
Post a Comment