Hari ini Xmas dan 2011 akan menemui kita tidak lama lagi. Apakah yang terbaik dan terburuk yang berlaku kepada kita sepanjang 2010? Penting ditinjau dan teliti dalam merangaka 2011 yang berjaya.
.
Antara yang terbaik 2010 adalah :
.
1. Tidak perlu merakam waktu pagi dan petang
2. Merdeka daripada makan gaji dan membuat segala keputusan sendiri
3. Anak kedua berjaya ke Universiti Islam Antarabangsa
4. Tiada perkara buruk dan kedamaian bagi kami sekeluarga
5. Dapat meneruskan zakat, fitrah dan sedekah kepada yang memerlukan
.
Antara yang menyentuh perasaan :
.
1. Kehilangan anak saudara Mohamad Taufiq Shariff akibat kanser
2. Apabila ada sahabat yang masih tidak insaf dengan sifat harsat dengki
3. Apabila keluarga terdekat diduga dengan penyakit, perbalahan dan tekanan hidup .
.
Semoga 2011 dipenuhi dengan amalan soleh, iman, kesihatan sempurna, kemurahan rezeki dan kesejahtraan buat kita semua. Amin.
2 comments:
salam. terkedu juga kama baca luahan hati jaflam ni... the good & the bad of 2010. walau apapun, kita sama2 doakan semoga 2011 akan membawa keceriaan..
Kama semua dugaan kecil adalah asam garam hidup tanda kita masih diingati dan kasihi oleh Tuhan. 2011 akan lebih ceria dan bahgia inshaallah.
Post a Comment