Sepekara yang memualkan saya adalah apabila orang2 Melayu cuba menghapuskan bangsa Melayu itu sendiri dengan mempertikaikan keistemewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan berusha bermatian untuk memecah belah orang Melayu. Yang peliknya bila saya ke Mekah orang Arab tidak malu bercakap bahasa Melayu, di Rome orang Itali pun cakap bahasa Melayu dan di Vietnam pun peniaga cakap bahasa Melayu, tapi di Malaysia kita tidak bangga jadi orang Melayu dan masih mengagungkan bahasa orang lain tanpa batas. Apa nak jadi pada orang Melayu yang berminda korup seperti ini. Ada pulak alim ulamak politik yang pura2 tidak dapat membezakan antara bangsa dan agama dan bermatian nak hapuskan bangsa kononnya demi memperjuangkan agama. Nak kata bebal pandai tapi akal pendek sangat kerana tidak dapat menerima orang Melayu adalah diantara orang Islam yang paling baik dari segi amal, sopan santun dan kesederhanaan seperti yang dianjurkan oleh Islam itu sendiri. Sudah habis merata dunia saya pergi dan orang Melayu adalah diantara pengamal agama Islam yang terbaik, kalau dalam urusan mengerjakan Haji orang Melayu memang terkenal sebagai antara jemaah yang terbaik didunia.
Harapan saya bagi tahun 2011 mudah saja, supaya terus diberikan kesihatan yang sempurna, rezeki yang murah dan keimanan yang kukuh utuk terus beramal dengan baik. Semoga keluarga saya dapat hidup dengan aman, damai dan sejahtra di Negara Malaysia yang bertuah ini. Semoga Malaysia dan rakyatnya akan terus hidup aman damai dan tidak dihancurkan oleh segelintir ahli politik yang mabuk kuasa dan gila harta.
.
No comments:
Post a Comment