Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri



I take this great opportunity to wish all Muslim Bloggers,


Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf zahir Batin


Semoga Allah menerima segala amal kita di Ramadhan Al Mubarak dan makbulkan doa serta hajat kita.


Harapan kita juga agar mendapat Rahmat, Keampunan dan Syurga Allah.

Semoga kita semua kembali kepada Fitrah, suci dan bersih dan melalui kehidupan mendatang dengan lebih baik setelah sebulan melatih diri.


Akhir kata semoga cahaya Ramadan dan Al Quran tahun ini akan menerangi kita di kegelapan Alam Kubur dan Hari Kebangkitan.


Salam hormat dan kasih sesama insan dari : JAFLAM


Monday, September 22, 2008

Manusia : Hina & Mulia

Sesungguhnya Allah jadikan manusia itu daripada sesuatu yang tidak berharga iaitu dari tanah lalu dijadikan air mani kemudian menjadi seketul darah lantas membesar. Kemudian dijadikan tulang tulang yang disalut dengan daging lalu di tiupkan roh kedalamnya, membesar dan dilahirkan menjadi secantik cantik kejadian dengan akal, perasaan dan nafsu keinginan. Telah dijelaskan juga dalam Al Quran bagaimana perjalanan manusia itu dripada tiada maka diadakan, kemudian dimatikan dan akhirnya di hidupkan semua untuk bertemu dengan Pencipta nya, untuk dihisab segala perbuatanya di dunia.

Kemanakah arah yang hendak kita bawa di dunia ini? Sebagai pencipta Allah tidak meninggalkan kita tanpa panduan supaya dapat melalui kehidupan dunia dan menemui jalan pulang yang diredai. Kita dibekalkan dengan Al Quran sebagai panduan, pelindung dan penawar kepada yang mengetahui.Di isikan dalam Quran contoh teladan apa yang terjadi kepada kaum yang ingkar dan dimurkai Allah seperti kaum Nabi Luth dan Nabi Noh. Diajar cara kehidupan yang diredai serta segala ilmu dunia dan akhirat. Jika kita melihat dan mengkaji segala kejadian di muka bumi ini maka bertemulah kita dengan kebesaran ciptaan Allah. Dan segala gala yang hidup akan dimatikan dan di musnahkan denagn kuasa Nya jua melainkan Zat Allah. Maka siapakah yang lebih mengetahui tentang mansia kalau tidak penciptaNya. Adakan peraturan dan undang undang manusia mengatasi kebesaran kalam Allah. Maka jalan mana yang mahu kita ikut dalam kehidupan sementara di dunia ini.

Tidak kah kita mahu berfikir dan berhenti dari menentang Allah. Masihkah kita berpegang bahawa akal dan pemikiran kita mengatasi kalam Allah. Tidakkah kita sedar bahwa apa yang diberikan kepada kita teramatlah sedikit jika dibandingkan dengan ilmu dan kuasa Allah. Kenapa kita terus menjadi penderhaka kepada pencipta setelah di berikan bimbingan dan panduan oleh kitab Allah dan para Nabi dan Rasul. Masihkah kita berbangga dengan jasad yang akhirnya kembali kepada asal, menjadi mayat dan tanah yang tiada nilainya.

Bagaimanakah kita menjaga hati dan roh diri yang akan kekal setelah jasad menjadi tanah. Isilah hati dengan Al Quran dan Sunnah Nabi agar terus bercahaya mengikut jalan fitrah bukan kesesatan hawa nafsu dan hasutan syaitan. Supaya tidak sesat didiklah diri kita dan ahli keluarga dengan ilmu Allah disamping mengejar kemewahan dan kesenangan dunia. Berfikir dan hisablah diri supaya kita tidak terus menuju kepada kemurkaan Allah seperti kaum Yahudi dan mereka meraka yang sesat iaitu kaum Nasarani. Mari kita kembali kejalan yang LURUS jalan orang orang yang dikurniakan nikmat oleh Allah seperti para nabi dan rasul, sahabat, para syuhada dan orang orang yang soleh. Islam adalah agama bagi orang yang berilmu maka isilah hati dan jiwa kita dengan ilmu Allah supaya terus becahaya dan dapat melakukan segala suruhan dan menjauhi laranganNya. Jadilah manusia yang bukan saja pandai bercakap tetapi beramal dengan ilmu yang ada.

Setelah mengetahui hakikat sebenar kekuasaan Allah maka janganlah kita tunduk kepada manusia terutama manusia yang menderhaka kepadaNya. Janganlah kita jadikan pangkat, kedudukan dan kuasa sebagai kayu pengukur kejayaan tanpa berlandaskan hukum Allah. Janganlah kita bermusuh sesama Islam walaupun sejauh mana perbezaan pendapat antara kita. Kembali kepada Al Quran dan Sunnah dan kasihlah sesama saudara Islam melebihi daripada yang kafir. Fahamilah bahwa kita di jadikan semata mata untuk menjadi hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini. Kalau kita sudah berada dijalan yang LURUS Alhamdulillah tapi kalau kita masih sesat, kembalilah kepada panduan Allah melalui Al Quran dan Sunnah


Kuliah subuh Ustaz Abd Ghani Abdullah
21/9/08 @ Surau Al Sobah, Bangi Bandar Ilmu

Thursday, September 11, 2008

Don't Forget or Pretend to......


It was a joke when the BN BBC members went to Taiwan for a study tour, but it was a bigger joke when the PKR sent their team in pursuit to the same hotel in Taiwan. I hope the people realized by now who is the bigger clown among the two. For God sake grow up and stop messing around with the country future.

Don't forget what they said: The generosity and kindness of the Malays are time tested. The sound minded forefathers from the other races were examplary too. Let’s see if the current generations could match the love of the country more then their love for power and lust. For those who have no patience will never made a good leader. Whatever it is NOBODY has the right to put this country at ransom.


Tun Tan Siew Sin, Presiden MCA dalam akhbar tempatan bertajuk "Tun Tan Answers Critics on Special Privileges" dalam ucapan pada 30 April1969.



"The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such an extent that within 12 months of independence, 90 percent of the non-Malays had become citizens whereas before independence 90 percent were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the MalayStates. In return for this major concession, the MCA and the MICagreed to continue the policy of preserving the special position ofthe Malays while at the same time upholding the legitimate interests of other communities.''

Terjemahan :Dalam ucapannya bertajuk Menjawab Kritikan Mengenai Keistimewaan Orang Melayu, yang dilaporkan akhbar pada 30 April 1969, Presiden MCA, TunTan Siew Sin berkata Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi warganegara, berbanding keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih bukan diiktirafkan sebagai rakyat setelah hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah di negeri-negeri Melayu. Dan sebagai membalas kemurahan hati Orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa Orang Melayu dan sekali gus mempertahankan kepentingan-kepentingan sah masyarakat kaum lain.



Sumber : Tan Sri Haji Khalid Awang Osman, Malaysia – An Anthology,Vantage Press, New York, tanpa tarikh, halaman 38-39.

Ucapan YB Tun V.T. Sambanthan, Presiden MIC merangkap Menteri KerjaRaya, Pos dan Telekom di Dewan Rakyat pada 01 Jun 1965.

"Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had todiscuss citizenship and various other things. Now, what did the Malays do – since we are speaking on racial lines – what did the Malay leadership do?They had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship?

If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the Indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know, Indians have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it.And yet in Malaya what happened? Here, we found that the Malay leadership said, " We shall take them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens". And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens ofthousands of Indians, Chinese, Ceylonese and others became citizens...

As I said, it has been my great good fortune to have been born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, amore decent race than the Malay race?Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world ? I ask you.These are the facts. Who are you to safeguard us? I am 10 percent minority race here. But I am happy here."

Terjemahan :Pada 01 Jun 1965, Tun Sambanthan merangkap Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom dalam ucapanya berkata, "Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi selanjutnya mendapat kemerdekaan dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh Orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat diserata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Danlihat kepada saudara kita kaum Cina, mereka tidak diterima diThailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaran yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut?

Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum india telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, " Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka setiap peluang untuk menjadi warganegara. Dan seterusnya pada tahun 1957,dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu), ribuan orangIndia , Cina dan Ceylon menjadi warganegara".

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini.. Di manakah anda boleh jumpa bangsa yang lebih prihatin,bersopan-santun, dan tertib selain dari Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Dimanakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira disini."

Sumber : Tan Sri Haji Khalid Awang Osman, Malaysia – An Anthology,Vantage Press, New York, tanpa tarikh, halaman 60

Sunday, September 7, 2008

DOA

Di bulan Ramadhan Al Mubarak disamping Berpuasa, Bertarawih, Bersedekah, Zakat Fitrah , menunaikan yang wajib dan memperbanyakkan amalan yang sunat kita perlu memperbanyakkan DOA kepada Allah memohon keredaan, keberkatan, dan di jauhi daripada api neraka. Memohon kesejahtraan di dunia dan akhirat.

Sebagai hamba Allah kita perlu selalu BERDOA di sepanjang kehidupan kita di dunia yang sementara ini. Tugas kita adalah meminta kepadaNya dan serahkanlah kepadaNya bagi menentukan bila dan bagaimana Doa itu dimakbulkan, sesungguhnya Allah maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Janganlah berputus asa dalam berdoa kerana hanya Allah yang tidak akan jemu mendengar seberapa banyak kali pun doa dari hambaNya. Jadikanlah doa sebagai amalan dan pelengkap segala usha yang telah dijalankan dalam menghadapi dugaan dan kehidupan didunia ini.

Janji Allah

1) Surah Ghaafir:60 maksudnya ;

Dan Tuhan kamu berfirman: “ Berdoalah kau kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.

2) Surah al-Baqarah: 186 maksudnya;

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka ( beritahu kepada mereka): Sesugguhnya Aku ( Allah ) sentiasa hampir ( kepada mereka ); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.

PERSOALANNYA, SUDAH BANYAK BERDOA, TETAPI KENAPA TIDAK DIMAKBULKAN ???

SYARAT MAKBUL DOA

1) YAKIN - Allah Maha Mendengar munajat hambaNya
- Allah menepati janji
2) KHUSYU - Mengaharap
- Menghina diri di hadapanNya
3) TIDAK GOPOH - Sabda Rasuullah s.a.w yang bermaksud ” Dimakbulkan doa seseorang kamu selagimana ia tidak gopoh dengan berkata – Aku telah berdoa kepada Tuhanku, tetapi ia tidak makbulkannya” ( Bukhari & Muslim )
4) Makanan, minuman dan segala sumbar kewangan adalah HALAL.
Tuan Guru Nik Aziz Berdoa : Yakin, khusyu & sabar

SEBAHAGIAN WAKTU DOA MUSTAJAB

1) Ketika sujud
2) Setelah selesai solat hajat
3) Sepertiga malam
4) Di antara azan dan iqamat
5) Ketika hampir berbuka puasa
6) Ketika barisan tentera Islam bertembung musuh di medan perang
7) Doa ibubapa keatas anaknya
8) Doa orang yang dizalimi
9) Doa orang yang bermusafir
10) Di Masjidil haram, Multazam, Maqam Ibrahim, Miizaab dll.
11) Di Mesjid Nabawi, Raudah dll.
12) Tawaf, saei, wukuf, mabit dan setiap manasik haji.

BEBERAPA DOA PILIHAN ( Maksudnya )

Pastikan kita tertib dalam berdoa dan mulakanlah Doa dengan pujian kepada Allah dan Selawat kepada Nabi Muhamad s.a.w begitulah juga diakhir Doa. Sebaiknya kita faham akan apa yang kita minta supaya dapat khusyu dalam berdoa. Berdoalah untuk diri sendiri, untuk anak anak kita dan kedua ibu bapa kita sesungguhnya ia adalah lebih mustajab.

1) Mendapat anak-anak dan pasangan yang membahgiakan.

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari pasangan- pasangan dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikan kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang bertaqwa ( AlFurqaan 74 )

2) Kebahagiaan dunia dan akhirat

Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka ( alBaqarah 201)

3) Mendapat kasih Ilahi dan kasih orang-orang soleh

Ya Allah, kurniakan kepadaku kasihMu, dan kasih orang yang mengasihiMu, serta amalan yang membawaku kepada kasihMu. Ya Allah jadikan daku mengutamakan kasihMu melebihi kasih kepada diriku sendiri, keluargaku dan daripada air yang sejuk. ( Tarmizi )

4) Doa di hujung solat

Ya Allah, tolonglah daku agar sentiasa menjadi hamba yang sentiasa mengingatiMu, bersyukur di atas segala nikmatMu dan sentiasa berusaha memperelokkan ibadat kepadaMu. ( Abu Daud & Nasa’i )

Ceramah Subuh oleh : Ustaz Syed Mohd Norsham bin Tuan Padang
@ Surau Al Sobah, Bangi Bandar Ilmu, 7 Sept. 2008.