Wednesday, December 12, 2012

Ramuan2 Kejayaan 21@12.12.12

Persaingan dalam perniagaan adalah biasa dan jadikan ia sebagai dorongan untuk terus berdaya maju dan terkedepan dalam perkhidmatan dan produk..... Ini akan hanya boleh berlaku jika kita merancang dan berfikir untuk menambah baik perkhidmatan. Jangan risau jika orang ciplak idea atau produk kita...kerana yg tiruan tidak akan sama dengan yg original! Bak kata pengasas Upin & Ipin, saya tak risau orang cetak rompak barangan kami kerana itu menunjukkan dan meningkatkan popularity jenama kami! Yang penting kami sentiasa innovatif dan terkedepan dalam bersaing..... Semoga perancangan masa depan anda secantik tarikh 12.12.12.

Friday, December 7, 2012

Jumaat 2 Jumaat

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkat mu," (lalu dia pun melakukannya), maka terpancarlah daripada batu itu dua belas mata air. Sesungguhnya setiap satu puak (dikalangan mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing2. (Lalu kami berfirman): "Makan dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, serta janganlah kamu bertebaran di muka bumi dengan melakukan kerosakan.". Surah Al Baqarah Ayt 60. . Tuhan memberi rezeki kpd hambanya yg meminta dan tidak meminta. Janganlah melakukan kerosakan sesama manusia dan kepada dunia setelah diberi nikmat hidup dan rezeki.

Thursday, December 6, 2012

Ramuan2 Kejayaan 20

JUTAWAN BERKERJA dan JUTAWAN BERNIAGA??? Hakikatnya orang makan gaji dan berniaga, dua2 boleh jadi JUTAWAN? Asalkan kita sanggup berusaha dengan Kuat dan Bijak! Sanggup belajar daripada mereka yg Berjaya! Tidak ada jalan singkat untuk berjaya dan menjadi Jutawan sejati, kita perlu merancang dan laksanakannya dengan baik dan bijak...setiap orang mempunyai kekuatan dan kelemahan yg tersendiri. Gunakan Kekuatan dan baiki Kelemahan untuk mencapai jadi Jutawan! Mulakan dengan Pelan 2013 anda kearah menjadi Jutawan pada 2020! Jika perlukan nasihat dan panduan percuma email saja pada saya, akan dibantu seikhlas mungkin sebagai berkongsi pengalaman yg telah saya dan kawan2 lalui. Berhati2 kerana ramai yg akan mengambil kesempatan terhadap anda yg ingin berjaya.... tidak ada jalan pintas! Beware of the many Foxes that luv to eat your fruits of labour.

Saturday, December 1, 2012

Al Quran: Surah Al Nas

Katakan (wahai Muhammad):"Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yg berhak disembah oleh sekalian manusia. Daripada kejahatan (bisikan) syaitan yg biasa bersembunyi. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya kedalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) daripada kalangan jin dan manusia. Surah Al Nas (Manusia) Ayt. 1-6. ....... Ya Allah, ya Tuhan kami! Janganlah engkau biarkan kami sebarang dosa melainkan Engkau mengampunkannya, tiada sebarang kebuntuan melainkan Engkau lapangkannya, tiada juga hutang piutang melainkan Engkau (berikan jalan untuk) menyelesaikannya dan tidak juga sebarang hajat dunia mahupun akhirat melainkan Engkau menyempurnakannya, wahai Tuhan Yang Maha Penyayang antara yg penyayang. Amin.