Saturday, December 1, 2012

Al Quran: Surah Al Nas

Katakan (wahai Muhammad):"Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yg berhak disembah oleh sekalian manusia. Daripada kejahatan (bisikan) syaitan yg biasa bersembunyi. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya kedalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) daripada kalangan jin dan manusia. Surah Al Nas (Manusia) Ayt. 1-6. ....... Ya Allah, ya Tuhan kami! Janganlah engkau biarkan kami sebarang dosa melainkan Engkau mengampunkannya, tiada sebarang kebuntuan melainkan Engkau lapangkannya, tiada juga hutang piutang melainkan Engkau (berikan jalan untuk) menyelesaikannya dan tidak juga sebarang hajat dunia mahupun akhirat melainkan Engkau menyempurnakannya, wahai Tuhan Yang Maha Penyayang antara yg penyayang. Amin.

No comments: