Friday, January 4, 2013

Jumaat 2 Jumaat



Tiap2 yg bernyawa akan merasai mati. Hanya pada hari kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yg dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. Ingatlah bahawa kehidupan didunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan yg memperdayakan. Surah Ali Imran, Ayt 185.

Janganlah mudah terpedaya dengan kemewahan dan kuasa di dunia kerana ia menjadi sia2 jika tidak dimenafaatkan ke jalan yg diredai. Mati itu pasti maka bersedialah untuknya.

Tuesday, January 1, 2013

Ramuan2 Kejayaan 22


2013 telah pun tiba, apakah Pelan & Stretegi anda untuk memastikan kejayaan bisnis dan kerjaya pada tahun ini??? Tanpa perancangan dan usaha yg bijak kita hanya merancang untuk gagal! Pastikan Visi, Misi, Stretegi, Objektif dan Aktiviti kita selaras dan Jelas. 

Pastikan "Business, Financial and Resource Plan" mantap untuk mencapai kejayaan yg diimpikan. Gunakan kekuatan dan rangkaian bisnis sambil meneliti pesaing2 anda! Jangan mudah putus asa dan jadikan persaingan sebagai pembakar semangat anda untuk memberi perkhidmatan yg terbaik dengan harga yg berpatutan! 


Jangan lupa bersedekah kepada yg memerlukan dan ada aktiviti amal dalam pelan perancangan anda. Semoga dipermudahkan urusan dan selamat berjaya di 2013!