Friday, January 4, 2013

Jumaat 2 Jumaat



Tiap2 yg bernyawa akan merasai mati. Hanya pada hari kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yg dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. Ingatlah bahawa kehidupan didunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan yg memperdayakan. Surah Ali Imran, Ayt 185.

Janganlah mudah terpedaya dengan kemewahan dan kuasa di dunia kerana ia menjadi sia2 jika tidak dimenafaatkan ke jalan yg diredai. Mati itu pasti maka bersedialah untuknya.

Tuesday, January 1, 2013

Ramuan2 Kejayaan 22


2013 telah pun tiba, apakah Pelan & Stretegi anda untuk memastikan kejayaan bisnis dan kerjaya pada tahun ini??? Tanpa perancangan dan usaha yg bijak kita hanya merancang untuk gagal! Pastikan Visi, Misi, Stretegi, Objektif dan Aktiviti kita selaras dan Jelas. 

Pastikan "Business, Financial and Resource Plan" mantap untuk mencapai kejayaan yg diimpikan. Gunakan kekuatan dan rangkaian bisnis sambil meneliti pesaing2 anda! Jangan mudah putus asa dan jadikan persaingan sebagai pembakar semangat anda untuk memberi perkhidmatan yg terbaik dengan harga yg berpatutan! 


Jangan lupa bersedekah kepada yg memerlukan dan ada aktiviti amal dalam pelan perancangan anda. Semoga dipermudahkan urusan dan selamat berjaya di 2013!

Wednesday, December 12, 2012

Ramuan2 Kejayaan 21@12.12.12

Persaingan dalam perniagaan adalah biasa dan jadikan ia sebagai dorongan untuk terus berdaya maju dan terkedepan dalam perkhidmatan dan produk..... Ini akan hanya boleh berlaku jika kita merancang dan berfikir untuk menambah baik perkhidmatan. Jangan risau jika orang ciplak idea atau produk kita...kerana yg tiruan tidak akan sama dengan yg original! Bak kata pengasas Upin & Ipin, saya tak risau orang cetak rompak barangan kami kerana itu menunjukkan dan meningkatkan popularity jenama kami! Yang penting kami sentiasa innovatif dan terkedepan dalam bersaing..... Semoga perancangan masa depan anda secantik tarikh 12.12.12.

Friday, December 7, 2012

Jumaat 2 Jumaat

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkat mu," (lalu dia pun melakukannya), maka terpancarlah daripada batu itu dua belas mata air. Sesungguhnya setiap satu puak (dikalangan mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing2. (Lalu kami berfirman): "Makan dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, serta janganlah kamu bertebaran di muka bumi dengan melakukan kerosakan.". Surah Al Baqarah Ayt 60. . Tuhan memberi rezeki kpd hambanya yg meminta dan tidak meminta. Janganlah melakukan kerosakan sesama manusia dan kepada dunia setelah diberi nikmat hidup dan rezeki.

Thursday, December 6, 2012

Ramuan2 Kejayaan 20

JUTAWAN BERKERJA dan JUTAWAN BERNIAGA??? Hakikatnya orang makan gaji dan berniaga, dua2 boleh jadi JUTAWAN? Asalkan kita sanggup berusaha dengan Kuat dan Bijak! Sanggup belajar daripada mereka yg Berjaya! Tidak ada jalan singkat untuk berjaya dan menjadi Jutawan sejati, kita perlu merancang dan laksanakannya dengan baik dan bijak...setiap orang mempunyai kekuatan dan kelemahan yg tersendiri. Gunakan Kekuatan dan baiki Kelemahan untuk mencapai jadi Jutawan! Mulakan dengan Pelan 2013 anda kearah menjadi Jutawan pada 2020! Jika perlukan nasihat dan panduan percuma email saja pada saya, akan dibantu seikhlas mungkin sebagai berkongsi pengalaman yg telah saya dan kawan2 lalui. Berhati2 kerana ramai yg akan mengambil kesempatan terhadap anda yg ingin berjaya.... tidak ada jalan pintas! Beware of the many Foxes that luv to eat your fruits of labour.

Saturday, December 1, 2012

Al Quran: Surah Al Nas

Katakan (wahai Muhammad):"Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yg berhak disembah oleh sekalian manusia. Daripada kejahatan (bisikan) syaitan yg biasa bersembunyi. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya kedalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) daripada kalangan jin dan manusia. Surah Al Nas (Manusia) Ayt. 1-6. ....... Ya Allah, ya Tuhan kami! Janganlah engkau biarkan kami sebarang dosa melainkan Engkau mengampunkannya, tiada sebarang kebuntuan melainkan Engkau lapangkannya, tiada juga hutang piutang melainkan Engkau (berikan jalan untuk) menyelesaikannya dan tidak juga sebarang hajat dunia mahupun akhirat melainkan Engkau menyempurnakannya, wahai Tuhan Yang Maha Penyayang antara yg penyayang. Amin.

Friday, November 30, 2012

Jumaat 2 Jumaat

Wahai manusia! Sesungguhnya engkau telah berpenat lelah (beramal) untuk menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuinya. .. Maka sesiapa yg diberi buku catatan amalannya disebelah tangan kanannya. Maka ia akan dihisab dengan cara yg mudah dan ringan; Dan dia akan kembali kpd kaum keluarganya (yg beriman di dalam syurga) dengan sukacita. .. Dan sesiapa yg diberi buku catatan amalannya dari sebelah belakangnya. Maka dia akan meraung menyebut yebut kebinasaannya (Binasalah aku). Dan dia akan menderita dgn pembakaran api neraka yg marak menjulang. Sesungguhnya dia semasa di dunia dahulu bergembira dikalangan kaum keluarganya (yg juga kufur ingkar). Surah Al Inshiqaq Ayt 6-13.