Saturday, August 28, 2010

LUCUTKAN KERAKYATAN..NAMEWEE BANGSAT

Namewee buat hal lagi, lepas minta maaf dulu menghina Negaraku. Kali ini lebih berani lagi menghina Islam, kerajaan dalam menghina Siti Aishah. Mungkin betul kata Siti Aishah orang macam ini memang patut dihantar balik kenegeri China atau Taiwan kerana tidak pernah bershukur jadi rakyat Malaysia dan merasa gah bila dapat menghina negara dan Islam itu sendiri. Lucutkan saja kerakyatan orang seperti ini dan biarkan dia hidup dinegeri yang dia kira lebih adil dan hebat dari Malaysia.
.
Kalau nak degar apa dia kata pergilah cari kat U-Tube. Orang seperti ini kalau kita jumpa memang layak diberi penampar.

Friday, August 20, 2010

Apa nak jadi... Guan Eng masuk doa Jumaat

Entah apa dah jadi kepada pada Imam dan Ulama yang benarkan atau galakkan nama Guan Eng didoakkan dalam khutbah Jumaat mengenepikan Yang Di Pertuan Agung dibeberapa Mesjid di Penang. Taksub betul mereka ini kepada pemimpin DAP tu sampai sanggup berbuat pekara yang tidak terfikir diakal seorang Muslim. Nampaknya Ramadan bukan membawa berkat kepada gulungan ini tapi terus sesat dan menyesatkan.
.
Mudah mudahan Allah akan terus memberi kewarasan dan keinsafan kepada majoriti umat Islam Negara ini supaya dapat membezakan antara kebaikan dan keburukan dan sokongan yang membawa kehancuran.

Wednesday, August 18, 2010

Doa Ramadan... Biar MCA kahwin DAP..

Bulan Ramadan kita perlu doa yang baik2 buat diri sendiri, keluarga dan rakyat Malaysia semoga kita semua selalu di berkati dalam dunia yang penuh cobaan dan semakin gila ini. Mana tak gila anak kena buang, isteri kena bunuh dan simbah asid, rakyat masih kena liwat dengan pemimpin yang gila kuasa dan harta.
MCA yang sudah tidak releven pun nak tunjuk belang konon hendak kesamarataan yang telah mereka bolot. Dahlah ekonomi negara mereka sapu dan sokong DAP, tak malu pulak nak demand keistemewaan orang Melayu dihapuskan. Apa nak hiran sebab dalam takrif mereka mana ada perkataan shukur... yang penting kita bolot semua itu harta dan kekayaan.
Jadi saya doakan yang baik, biarlah MCA dan DAP berkahwin supaya tak payah BN jaga musang berbulu ayam dalam kandang mereka.

Sunday, August 15, 2010

5 Hari Puasa... Dah capai KPI Ramadhan?

Kulian subuh pagi ini Ustaz datang lagi. Bercakap tentang Ramadhan tetapi yang menarik hari dan waktunya lain maka pahala dan rahmat bagi yang mendengar apa lagi yang mempraktiknya lagilah lain. Mungkin ramai antara kita masih ambil mudah tentang kehadiran Ramadhan dan kasihnya Allah kepada hambaNya yang telah sebelas bulan melakukan berbagai kemungkaran dan dosa berbanding dengan amal yang amat sedikit.
.
Allah turun kelangit dunia mendegar segala doa hambanya yang beriman dan bertaqwa lalu menyempurnakanya. Waktu paling baik berdoa adalah sebelum berbuka dan waktu syahur. Sebelum berbuka berdoalah perkara pekara yang terbaik buat diri sendiri, kedua ibu bapa, keluarga dan umat Islam, InshaAllah akan dimakbulkan Allah. Kerana yang bersifat mungkir janji adalah manusia bukan Allah.
.
Kita semua tahu tentang hukum hakam dan fadilat puasa dan amal sepanjang Ramadhan tetapi persoalannya adakah kita mempunyai kekuatan untuk melaksanaknnya sebaik mungkin dan keluar Ramadhan dengan kreputusan CERMELANG???
Setidaknya kita berusha kearah itu dengan sedikit Ilmu yang dikongsi bersama.
.
AMALAN CERMELANG DI RAMADHAN
.
1. LAKSANAKAN SOLAT SUNAT TERAWIH..... BERJEMAAH YANG TERBAIK.
.
2. PERBANYAKKAN SOLAT SUNAT YANG LAIN
.
3. BERI SEDEKAH KEPADA YANG MEMERLUKAN
.
4. BERI MAKAN KEPADA ORANG YANG BERBUKA... HANTAR SEPINGGAN JUADAH KESURAU PUN OK.
.
5. BANYAKKAN BERZIKIR, SYAHADAH DAN BERTASBIH... DALAM JAM PUN BOLEH BUAT... SEDANG TENGOK TV PUN BOLEH ZIKIR.
.
6. BANYAKKAN BERISTIGHFAR DAN BERTAUBAT... MINTA AMPUN ATAS SEGALA DOSA DAN KEKURANGAN KITA TERUS PADA ALLAH.
.
7. BANYAKKAN DOA SUPAYA DIBEBASKAN DARI API NERAKA DAN MENDAPAT SYURGA ALLAH. SESUNGGUHNYA SYURGA RINDU HAMBA ALLAH DI BULAN RAMADHAN.
.
8. BANYAKKAN BERSABAR KERANA RAMADHAN ITU BULAN KESABARAN DAN SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN.
.
9. TINGGALKAN SEGALA PERBUATAN MAKSIAT DAN KEMUNGKARAN. STOP MENGUMPAT, FITNAH , BERBOHONG, BOROS DAN BERHARSAT DENGKI. KALAU TIDAK PUASA KITA HANYA DAPAT LAPAR DAN DAHAGA SAHAJA.
.
JANJI ALLAH PADA YANG BERPUASA DAN BERAMAL DI RAMADHAN
.
1. MENDAPAT RAHMAT ALLAH YANG MENCURAH2
.
2. MENDAPAT KEAMPUNAN ALLAH
.
3. MENDAPAT PELEPASAN DARI AZAB NERAKA
.
4. MEREKA YANG BERPUASA AKAN MENDAPAT BALASAN SYURGA
.
5. DOA ORANG YANG BERPUASA DIMAKBUL ALLAH
.
6. ORANG BERPUASA MENDAPAT DUA KEGEMBIRAAN IAITU SEMASA BERBUKA DAN APABILA BERTEMU DENGAN ALLAH PADA HARI KIAMAT KELAK.
.
7. ORANG BERPUASA MENDAPAT PELIHARAAN ALLAH
.
8. ORANG YANG BERPUASA KHUSUS SERTA MENGERJAKAN AMAL2 SUNAT AKAN DIBINA MAHLIGAI INDAH DISYURGA.
.
9. SETIAP KALI SUJUD ORANG YANG BERPUASA DIKURNIA SERIBU TUJUH RATUS KEBAJIKAN, DIBINA MAHLIGAI DI SYURGA DAN TUJUH PULUH RIBU MALIKAT MEMOHONKAN KEAMPUNAN BAGINYA DARI PAGI HINGGA PETANG.
.
Alangkah ruginya bagi mereka yang masih lena daripada beramal dan merebut pemberian Allah dibulan Ramadhan Al Mubarak ini. Kita diberi peluang dan ruang untuk menjadi jutawan amal dimata Allah dengan sedikit modal dan kesabaran ..... demi masa manusia itu dalam kerugian kalau tidak merebut kasih sayang dan rahmat Allah yang diberikan Ramadhan ini kerana belum tentu kita bertemu Ramadhan tahun depan!

TIP DOA RAMADHAN...

Di kuliah subuh pagi tadi Ustaz bercerita tentang Taqwa. Ramai orang berilmu dan pandai bercakap tetapi tidak punya kekuatan melakukan ibadah dan amal yang terbaik buat diri sendiri, dalam erti kata lain tidak Bertaqwa. Dengar Azan berkemundang tetapi tidak mempunyai kekuatan untuk berjemaah di surau, tahu tidak baik mengumpat tetapi tak mampu berhenti mengumpat, tahu aurat perlu di jaga tetapi tidak mempunyai kekuatan untuk bertudung.
.
Pesan Ustaz dalam bulan Ramadhan ini Allah memilih sekumpulan hambanya yang akan dibebaskan dari seksa neraka. Berdoa selepas setiap solat agar kita dibebaskan dari seksa neraka, mudah mudahan selamat berkat amal dan Ramadhan.
.
SELAMAT BERAMAL .... Mudah mudahan kita tergulung sebagai hambaNya yang bertaqwa.

Wednesday, August 11, 2010

PM NAJIB....SEKAT LAMAN PORNOGRAFI

Tindakan paling baik yang patut dilakukan sempena Ramadhan Al Mubarak serta bagi menghalang genjala sosial yang kian parah dikalangan rakyat ialah MEYEKAT LAMAN PORNOGRAFI di Negara kita. Kini anak anak dan masyarakat terdedah kepada laman yang meruntuhkan akhlak dan membunuh kemanusiaan dengan satu klik sahaja. Kita semua tahu perbuatan mendedahkan ruang pornografi adalah salah tetapi tiada siapa menghalangnya cuma tutup mata dan serah kepada pelayar alam siber untuk melawan nafsu sendiri. Akibatnya bertambahlah genjala sex bebas, buang anak, rogol, sex luar tabiee dan sebagainya.
.
Kalau kerajaan Indonesia boleh bertindak meyekat laman pornografi kenapa tidak kita. Sebagai negara Islam kita mesti bertindak berani dengan lakukan pekara sama sebelum terlambat. Janganlah pekara yang mudah dan baik sebegini pun kita perlu dipaksa untuk melakukannya. Buatlah yang terbaik lahirkan sokongan anda kepada usaha melaksanakan PENYEKATAN LAMAN PORNOGRAFI dengan menulis di Blog, Facebook dan laman siber anda.
.
SELAMAT BERAMAL DI RAMADHAN AL MUBARAK.

Friday, August 6, 2010

RAMADAN TIBA JUGA...

Empat hari lagi Ramadan yang penuh keberkatan akan menemui kita kembali membawa seribu ganjaran dan keberkatan bagi mereka yang beramal dan beriman. Kita yang akan bertemu dengan Ramadan amat bertuah kerana masih diberi ruang oleh Allah untuk memohon keampunan segala kesalahan dan dosa serta meraih pahala dan keberkatan Ramadan.
.
Bagi sahabat2 kita yang telah pergi tanpa sempat menemui Ramadan, marilah kita sedekahkan Al Fatihah kepada mereka supaya aman bersama Pencipta... seperti Dalilah dan Capt. Yusof serta ramai lagi. Sebagai manusia kita tidak sunyi dari kelemahan dan kesilapan tetapi yang lebih penting adalah untuk terus memperbaiki diri dan memohon keredaanNya.
.
Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak dan Beramal.