Sunday, October 31, 2010

Tioman Island .... Revisited


Cute pose by the lamp post@ Tioman Jetty
.

Emmm holiday pose..
.

Passenger complex, mountain and clouds
.

Two boats at the breakwater entrance
.

Kamil posing by the marina
.

Yachts mooring at Tioman Marina
.

Family pose for the album
.
It was more then twenty years since i last visited the Tioman Island and the Island remains as beautiful as ever. Now the Island has new jetty and marina with complete passenger complex. We stayed at Berjaya Tioman Island Resort but managed to visit almost all other beaches like Tekek, Salang and Mukut but skipped Juara which is on the other side of the Island. The kids enjoyed the trip very much especially swimming in the shoal of fishes. We will definitely come back but don't know when?
.
NOTE : More photo shots will be published at Jaff Point in memory of late Taufiq Shariff photographer genius.

Friday, October 29, 2010

Nor Villa Open House 2010


Jiran dan kawan mula datang ...
.

Mak Tok dan Kak Long.... VVIP
.

Comel2nya cucu Dato Syed......
.

Capt.Shahrul layan anak makan
.

Kamil layan kawan2
.

Anak2 bersongkok... yg seorg tu nakal sikit
.

Dato Syed Ahmad Aidid & Isteri
.

Anak2 Tahfiz Quran menjamu selera
.

Imam2 surau As Sobah dan jiran
.

Jiran bersama anak2 pose istemewa
.

Middle east post grad students from UKM
.

Anak2 dari Sekolah Tahfiz Quran M'sia
.

Terima kasih haji dapat datang
.

Keluarga dan tetamu menjamu selera dan bersembang
.

Anak2 dari Rumah Anak Yatim Rukaiyah
.

Anak2 dari Rumah Anak Yatim Darul Izzah
.

Menyambut tetamu didepan rumah
.

Atok dan cucu comel
.

Hj. Hamidon & Isteri kawan sebilik haji...
.

emmmm yummy lauk kenduri
.
Our Aidil Fitri Open House 2010 was attended by more than 500 friends, relatives, neighbours and our special guests from Rumah Anak Yatim Darul Izzah, Rukiyah and Sekolah Tahfiz Al Quran Malaysia. We are happy to continue Nor Villa Open House tradition for many years to come and shared the happy moments with our guests.

Tuesday, October 26, 2010

1 NITA Kuala Lumpur


Group photo 1Nita KL
.

Side view... free style
.

Emm shy lady
.

So happy got my certificate
.

Biz women on9
.

Event manager... now on9 too
.

Seronok sangat....
.

Jalan bebaik ya... selamat berjaya
.

Terpejam mata pulak...
.

Anak Mak Bedah... Cup cake specialists
.

Beauty and healthy lifestyle biz women
.

Emmm that looks ok
.

Class at work....
.

Need some help ladies...
.
1 NITA Program in Kuala Lumpur pictorial. More then 30 women entrepreneurs sharpening their online business skill through 3 days workshop on 22-24 Oct 2010 at UKM Medical Faculty KL.

Sunday, October 24, 2010

Bila Presiden Bertempik....



Presiden UMNO Dato Sri Najib berjaya membangunkan semangat didalam dewan persidangan UMNO dengan ucapan yang bersemangat dan mula bercakap dengan jelas tentang keistemewaan Melayu yang termaktub dalam perlembagaan, yang tidak sepatutnya dipertikai oleh kaum lain maupun Melayu yang lupa diri. Dia telah gariskan 7 agenda perubahan yang perlu dilakukan untuk memastikan UMNO terus releven dan senadi dengan kehendak rakyat terutama orang Melayu.
.
Persoalannya bagaimana hendak terjemahkan laungan dan wawasan Presiden kepada semua kepimpinan dan ahli UMNO diakar umbi??? UMNO tidak akan berjaya kalau hanya Presiden, Timbalan Presiden serta sekumpulan kecil pimpinan sahaja yang berkerja keras sementara majoriti masih berbulan madu dan tidak sedar diri. Kalau ini berterusan akan tersembamlah UMNO dalam pilihan raya akan datang.
.
Waktu untuk bercakap dan memberi amaran telah berakhir Presiden harus bersikap berani untuk membuang mereka mereka yang tidak efektif dan tidak menjalankan tanggung jawab kepada rakyat dan parti. Parti komponen yang masih mempertikaikan hak orang Melayu harus dipinggirkan dan kalau perlu nyahkan sahaja daripada barisan kerana mereka merupakan api dalam sekam.
.
Pandangan dan usul2 baik dalam Persidangan harus diterjemakan segera, seperti penubuhan Majlis Ulama UMNO dan Majlis Pembangunan Ekonomi Bumiputera.

Saturday, October 23, 2010

Taufiq Shariff Seminggu Dalam Kenangan


Hari ini genap seminggu Taufiq pergi meninggalkan kita dan sedih kehilangannya masih terasa. Namun reda kepada ketentuan Allah telah diterima oleh keluarga dan rakan2.
.
Malam ini Sabtu 23 Okt 2010 satu Majlis Yassin & Tahlil akan diadakan untuk Taufiq anjuran kawan2 arwah yang masih setia kepada persahabatan. Terima kasih kepada mereka daripada keluarga Taufiq. Maklumat majlis seperti berikut :
.
1. Majlis Yassin & Tahlil - Seminggu Taufiq dalam Kenangan
.
2. Tarikh & Waktu : Sabtu 23 Okt 2010 - Lepas Maghrib 7.15 pm
.
3. Lokasi : Surau Taman Sri Kenari, Sg Ramal Baru, Kajang
.
SEMUA DI JEMPUT HADIR

Sunday, October 17, 2010

Taufiq Shariff dalam ingatan Al Fatihah


Taufiq Shariff ... Loved n missed you very much
.
Updated 19 Oct 2010
.
Syukur majlis bacaan Yassin dan Tahlil selama tiga malam untuk Taufiq selamat disempurnakan semalam di Surau Taman Sri Kenari. Terima kasih kepada semua yang hadir menghadiahkan Yassin & Tahlil buat Taufiq. InshaAllah kita akan terus mengingatinya dan terus menghadiahkan Al Fatihah kepadanya dimana kita berada tanda kasih dan setiakawan kita kepadanya.
.
Ayah dan Ibu telah diberikan kekuatan untuk menerima dan meredakan Taufiq menemui Penciptanya. Urusan badar HAJI telah mereka buat untuknya serta segala peninggalannya telah dan akan diinfaq kepada badan dan urusan kebajikan supaya dia mendapat keberkatan daripadanya. Satu tindakan yang mulia dan cepat telah dilakukan oleh keluarga Taufiq sebagai tanda kasih sayang mereka kepadanya.
.
Semoga Allah menerima segala amalan yang kita ushakan untuk Taufiq dan memberi segala keberkatan dan rahmatNya kepada saudara yang kita kasihi ini. Al Fatihah.
.

Taufiq dan keluarga dlm perjalanan Umrah ... Taufiq sempat menjadi tetamu Allah


Minat Taufiq Photography



Photo di Limpahan Kasih Taufiq


Hasil kreatif Taufiq


Hasil kerja photonya lagi
.

Gems in photography
.

Taufiq baju coklat bersam ibu, abang dan kakak di laut mati
.

Bersama kawan2 di Germany
.
Semalam 16 Oktb 2010 saya kehilangan anak saudara yang disayangi Taufiq Shariff anak bongsu kakak saya Puan Rokiah dan Mohd Shariff Ali. Dalam usia yang baru 27 tahun dan baru dua tahun bertugas di Petronas Taufiq telah pergi akibat barah otak yang menyerang dengan ganas dan cepat sehingga kami sekeluarga serta kawan kawan Taufiq terkejut dan amat sedih atas kehilangan orang yang amat disayangi. Sebelum ini Taufiq tidak pernah mengidap apa apa sakit yang kritikal dan mempunyai gaya hidup yang sihat dan periang. Setelah beberapa hari di masukkan di hospital ampang puteri dia tewas kepada serangan barah yang tidak di hidu sebelum ini. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi dia lebih daripada kita dan kami reda kepada ketentuan Allah yang memanggilnya kembali kealam yang lebih kekal.
.
Saya mengambil kesempatan ini bagi pihak keluarga Taufiq mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat Taufiq yang telah menunjukkan semangat setiakawan dan kasih kepadanya hingga keakhir hayat. Beratus2 kawan telah hadir diupacara sembahyang jenazah arwah dan terus ke kubur mendoakan dan melepaskan dia pergi kepada PENCIPTAnya. Semasa dia dihospital saudara mara dan sahabat handai tidak putus putus datang melawat dan memberi sokongan kepadanya. Taufiq amat bertuah mempunyai sahabat seperti anda semua dan teruskan sifat setia kawan tersebut dalam kehidupan yang mesti diteruskan.
.
Di penghujung hayat Taufiq tidak putus putus meminta maaf kepada saudara mara dan sahabat2, maka kita maafkan lah dia atas apa juga kesilapan dia sama ada yang sedar atau pun tidak, semoga kita juga mendapat Keredaan Allah atas sifat tersebut. Antara perkataan akhir yang diucapkan oleh Taufiq berulang kali adalah "Reda kepada Ketentuan Allah" LillahHitaAllah. Dari apa yang dapat kita lihat Taufiq pergi dengan aman dan reda kepada Allah yang mengambilnya kembali. Jenazah Taufiq yang tenang seperti dalam tido disembahyangkan ratusan sahabat dan keluarga .... dia pergi dengan aman diusia muda. Semoga kita yang tinggal dapat teruskan kehidupan dengan penuh keimanan dan bermakna.
.
Jika teringat kepadanya sedekahkan Al Fatihah, semoga Allah akan melepaskannya dari seksa kubur dan meletakkannya bersama orang orang yang Soleh didalam syurga, Inshaallah. Al Fatihah.