Friday, November 30, 2012
Jumaat 2 Jumaat
Wahai manusia! Sesungguhnya engkau telah berpenat lelah (beramal) untuk menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuinya.
..
Maka sesiapa yg diberi buku catatan amalannya disebelah tangan kanannya. Maka ia akan dihisab dengan cara yg mudah dan ringan; Dan dia akan kembali kpd kaum keluarganya (yg beriman di dalam syurga) dengan sukacita.
..
Dan sesiapa yg diberi buku catatan amalannya dari sebelah belakangnya. Maka dia akan meraung menyebut yebut kebinasaannya (Binasalah aku). Dan dia akan menderita dgn pembakaran api neraka yg marak menjulang. Sesungguhnya dia semasa di dunia dahulu bergembira dikalangan kaum keluarganya (yg juga kufur ingkar).
Surah Al Inshiqaq Ayt 6-13.
Saturday, November 24, 2012
Ramuan2 Kejayaan 18
Hakikatnya dalam perniagaan tetap ada persaingan. Ada persaingan yg sihat dan ada yg Jahat - yg menggunakkan taktik kotor seperti menabur fitnah memburokkan lawan, mencuri idea, mencuri pelanggan, kakitangan dll.
Jaga rahsia dan maklumat perniagaan supaya tidak jatuh kepada pesaing dan sentiasa peka kepada perkembangan semasa bidang perniagaan yg anda ceburi. Bersedia untuk membuat perubahan dan penambahbaikan untuk terus bersaing dan menjadi antara yg terbaik. Jangan mudah percaya kepada yg mulut dan janjinya terlalu manis dan mudah menjanjikan yg diluar jangkauan normal.
Al Quran: Surah Al Jinn, Ayt 1-2
Katakan (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (al Quran yg aku bacakan) lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata ,"Sesungguhnya kami telah mendengar al Quran yg sungguh menakjubkan. Kitab yg memberi Panduan ke jalan yg benar, lalu kami Beriman kepadanya dan kami tidak sekali kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami." Surah Al Jinn. Ayt 1-2.
Friday, November 23, 2012
Jumaat 2 Jumaat
Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat Resah Gelisah (lagi bakhil kedekut); Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat Bakhil; Kecuali orang yg megerjakan Solat, iaitu orang yg tetap mengerjakan solat mereka; Dan mereka yg dalam Harta2 mereka tersedia bahagian yg tertentu, bagi orang Miskin yg meminta dan tidak meminta. Surah Al Ma'arij. Ayt 19-25. Jadikan solat sebagai benteng melawan fitnah dan kerakusan dunia dan diri.
Wednesday, November 21, 2012
Al Quran: Surah Al Mulk Ayt 21-22
Atau siapakah yg memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezeki Nya? (Tidak ada sesiapa pun) bahkan mereka (yg musyrik itu) terus menerus dalam keadaan sombong angkuh dan menjauhkan diri (daripada kebenaran). Maka apakah orang yg berjalan (melalui jalan yg tdak betul, yg menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur diatas mukanya lebih banyak mendapat hidayah atau orang yg berjalan tegak betul melalui jalan yang lurus rata? Surah Al Mulk. Ayt 21-22. Teruslah berada dijalan yg betul dan lurus walaupun pada zahirnya ia nampak menyusahkan.
Tuesday, November 13, 2012
Ramuan2 Kejayaan 17
Jangan malu untuk bermimpi dan berangan angan untuk jadi kaya dan berjaya. Kerana yg akan membezakan orang berjaya dan gagal adalah usaha yg dilakukan untuk mencapai mimpi dan angan2 tadi! Berfikir, berbincang dan mengatur stretegi untuk mencapai impian adalah percuma.....bila nak laksanakan mungkin perlu modal, kalau tak cukup wang, kecilkan projek atau gunakan networking dan cari rakan kongsi yg sanggup melabur untuk idea & pelan bisnis mantap anda. Selamat berusaha dan berjaya.
Monday, November 12, 2012
Al Quran: Surah Al Waqi'ah 62-67.
Sesungguhnya kamu telah pun mengetahui tentang penciptaan diri kamu kali pertama, maka mengapa kamu tidak mengambil pengajaran (bahawa Allah yg telah menciptakan kamu dari tiada kpd ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak.
(Sekiranya kamu berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yg kamu tanam? Kamukah yg menumbuhkannya atau Kami yg menumbuhkannya? Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering dan kosong (tiada biji dan isi), maka dengan itu kamu akan berada dlm keadaan hairan dan tercengang. (Sambil berkata) "Sesungguhnya kami menanggung kerugian, bahkan kami hampa (kerana tidak mendapat sebarang hasil).
Friday, November 9, 2012
Jumaat 2 Jumaat
Demi angin yang menerbangkan debu dengan kuat;
Demi awan yang mengandungi hujan;
Dan kapal2 yang belayar dengan mudah;
Dan malikat2 yang membahagi bahagikan segala urusan.
Sesungguhnya segala yg dijanjikan kpd kamu (mengenai hari akhirat) past Benar. Dan sesungguhnya Balasan amal pasti akan berlaku. Surah Al Dhariyat Ayt 1-7. Semoga di Jumaat yg mulia ini kita kembali melihat dengan Mata dan Hati lalu Berfikir dengan Akal...tentang Kebesaran dan Keujudan Tuhan, lalu sujud insaf atas kemungkaran kita.
Sunday, November 4, 2012
Ramuan2 Kejayaan 16
Orang berniaga kena amalkan pembelajaran sepanjang hayat untuk terus bersaing dan berdaya maju. Sebelum berniaga kena belajar tentang selok belok perniagaan dan produk yg hendak dijual. Bila dah berniaga kena belajar menghadapi persaingan dan perbaiki kelemahan untuk terus bertahan. Bila dah berjaya kena belajar mengurus kejayaan dan mengembangkan perniagaan. Jangan jadikan belajar itu satu beban, sebaliknya sebagai aktiviti yang menyeronokkan. Rajin berfikir, belajar dan berusaha adalah ciri2 utama orang berjaya!
Saturday, November 3, 2012
Al Quran: Surah Al Zukhruf Ayt 68-70
(Mereka yg bertaqwa itu, diberi penghormatan serta diseru oleh Allah dengan firman Nya): "Wahai hamba2 Ku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan (dpd sesuatu yg tidak baik) dan kamu pula tidak akan berdukacita." (Mereka itu ialah) orang yg beriman kepada ayat2 Kami dan mereka dahulunya orang Islam (yg taat dan patuh), (dikatakan juga kpd mereka) "Masuklah kamu dedalam syurga bersama sama isteri isteri kamu (yg beriman) dengan kegembiraan dan kemuliaan."
Friday, November 2, 2012
Jumaat 2 Jumaat
Adakah mereka berkuasa membahgi bahgikan rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad)? Kami telah menentukan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini dan juga Kami telah meninggikan darjat sesetengah mereka melebihi darjat sesetengahnya yang lain. (Semuanya itu) supaya sebahagian daripada mereka mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya daripada sebahagian yang lain. Rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagian dunia dan akhirat) adalah lebih daripada apa yg mereka kumpulkan (yang berupa kebendaan dan keduniaan semata mata). Surah Al Zukhruf Ayt 32. Semoga kita terus bershukur atas segala pemberian Nya.
Subscribe to:
Posts (Atom)