Intipati daripada ceramah Ustaz Dr Maimun, UKM, Surau Al Sobah, B. B. Bangi 30/09/07, mengejar dan mengimarahkan sepuloh malam terakhir Ramadhan Al Mubarak.
LAILATUL QADAR
Firman Allah bermaksud : " Sesungguhnya Kami telah menurunkan ( Al-Quran pada malam kemuliaan ( Lailatul Qadar ). Dan tahukah kamu apa malam kemuliaan itu ? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Tuhannya, untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahtraan hingga terbit fajar" ( Surah Al- Qadar).
Lailatul Qadar berlaku pada salah satu dari malam-malam dalam bulan Ramadhan pada setiap tahun, sama ada pada malam 17 ataupun pada salah satu dari sepuloh malam terakhir. Terutama kepada malam malam ganjil disepuloh malam terakhir. Sesiapa yang beribadat menepati pada malam itu ( mulai terbenam matahari hingga terbit fajar ) nescaya diberi pahala yang amat besar dan bergada ganda oleh Allah, sama seperti orang yang beribadat lebih dari seribu bulan ( 83 tahun 4 bulan ) . Mereka juga akan mendapat keampunan Allah dan di jauhi daripada seksa api neraka.
Oleh itu umat Islam digalakkan supaya menghayati malam malam-malam Ramadhan , khususnya sepuloh malam terakhir dengan menjalankan ibadah wajib, sunat, membaca Al Quran, bertaubat, berjemaah dan sebagainya. Sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri beriktikaf di mesjid dan tidak mendatangi isteri isteri Baginda di malam malam tersebut. Dengan usaha ikhlas dan sedikit panduan di atas insha-Allah dapatlah kita menemui malam Al-Qadar. Sedikit tanda malam tersebut adalah hening dan syahdu manakala paginya tidak terlalu panas dan keputihan ini adalah akibat ramainya malaikat yang turun kebumi untuk bersama mengaminkan doa & memohon keampunan bagi kita pada malam tersebut dan pada fajarnya mereka terbang kembali kearas Allah dengan nur mereka melindungi kepanasan matahari pagi. Apabila bertemu dengan Al Qadar maka berdoalah kita seperti yang di anjurkan olah Rasulullah s.a.w ia itu memohon keampunan Allah sebelum memohon pekara pekara yang lain ..... contoh.... Ya Allah, Tuhan yang maha pengampun, yang suka mengampuni hamba hambanya, ampunilah dosa dosa kami dan jauhilah kami dari seksa api neraka .........
Peluang istimewa untuk mendapat pahala besar ini hanya diberikan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w bagi mengimbangi umur mereka yang pendek dan singkat berbanding umat terdahulu. Ia juga bagi membuka ruang yang luas dan mudah bagi kita meraut pahala, keampunanan dan syurga Allah.
Seperi mana kita berusaha bersungguh sungguh untuk berjaya dalam kerjaya dan kehidupan didunia ini, maka kita berikanlah penekanan dan komitmen yang tinggi kepada pencipta kita dengan menghidupkan malam-malam Ramadhan dan mendapatkan Al-Qadar.
Sesungguhnya Syurga merindui lima gulongan, ia-itu :
1. Orang yang berpuasa dibulan Ramadhan
2. Orang yang membaca Al Quran
3. Mereka yang menjaga lidahnya
4. Mereka yang memberi makan kepada orang yang lapar dan yang berbuka puasa.
5. Orang yang suka menjalakan kerja kerja amal dan bersedekah
Alangkah nikmatnya di rindui kekasih namun diRindui SYURGA tidak dapat di bandingkan kenikmatan abadinya.