Sunday, September 30, 2007

Ramadan - Lailatul Qadar

Intipati daripada ceramah Ustaz Dr Maimun, UKM, Surau Al Sobah, B. B. Bangi 30/09/07, mengejar dan mengimarahkan sepuloh malam terakhir Ramadhan Al Mubarak.
LAILATUL QADAR
Firman Allah bermaksud : " Sesungguhnya Kami telah menurunkan ( Al-Quran pada malam kemuliaan ( Lailatul Qadar ). Dan tahukah kamu apa malam kemuliaan itu ? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Tuhannya, untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahtraan hingga terbit fajar" ( Surah Al- Qadar).
Lailatul Qadar berlaku pada salah satu dari malam-malam dalam bulan Ramadhan pada setiap tahun, sama ada pada malam 17 ataupun pada salah satu dari sepuloh malam terakhir. Terutama kepada malam malam ganjil disepuloh malam terakhir. Sesiapa yang beribadat menepati pada malam itu ( mulai terbenam matahari hingga terbit fajar ) nescaya diberi pahala yang amat besar dan bergada ganda oleh Allah, sama seperti orang yang beribadat lebih dari seribu bulan ( 83 tahun 4 bulan ) . Mereka juga akan mendapat keampunan Allah dan di jauhi daripada seksa api neraka.
Oleh itu umat Islam digalakkan supaya menghayati malam malam-malam Ramadhan , khususnya sepuloh malam terakhir dengan menjalankan ibadah wajib, sunat, membaca Al Quran, bertaubat, berjemaah dan sebagainya. Sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri beriktikaf di mesjid dan tidak mendatangi isteri isteri Baginda di malam malam tersebut. Dengan usaha ikhlas dan sedikit panduan di atas insha-Allah dapatlah kita menemui malam Al-Qadar. Sedikit tanda malam tersebut adalah hening dan syahdu manakala paginya tidak terlalu panas dan keputihan ini adalah akibat ramainya malaikat yang turun kebumi untuk bersama mengaminkan doa & memohon keampunan bagi kita pada malam tersebut dan pada fajarnya mereka terbang kembali kearas Allah dengan nur mereka melindungi kepanasan matahari pagi. Apabila bertemu dengan Al Qadar maka berdoalah kita seperti yang di anjurkan olah Rasulullah s.a.w ia itu memohon keampunan Allah sebelum memohon pekara pekara yang lain ..... contoh.... Ya Allah, Tuhan yang maha pengampun, yang suka mengampuni hamba hambanya, ampunilah dosa dosa kami dan jauhilah kami dari seksa api neraka .........
Peluang istimewa untuk mendapat pahala besar ini hanya diberikan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w bagi mengimbangi umur mereka yang pendek dan singkat berbanding umat terdahulu. Ia juga bagi membuka ruang yang luas dan mudah bagi kita meraut pahala, keampunanan dan syurga Allah.
Seperi mana kita berusaha bersungguh sungguh untuk berjaya dalam kerjaya dan kehidupan didunia ini, maka kita berikanlah penekanan dan komitmen yang tinggi kepada pencipta kita dengan menghidupkan malam-malam Ramadhan dan mendapatkan Al-Qadar.
Sesungguhnya Syurga merindui lima gulongan, ia-itu :
1. Orang yang berpuasa dibulan Ramadhan
2. Orang yang membaca Al Quran
3. Mereka yang menjaga lidahnya
4. Mereka yang memberi makan kepada orang yang lapar dan yang berbuka puasa.
5. Orang yang suka menjalakan kerja kerja amal dan bersedekah
Alangkah nikmatnya di rindui kekasih namun diRindui SYURGA tidak dapat di bandingkan kenikmatan abadinya.

4 comments:

Mat Salo said...

Assalamu'alaikum...

Terima kasih kerana mengingati. Bang, orang luar boleh masuk ke dalam surau UKM tu buat tarawikh?

jaflam said...

M/salam MS,

No problem everybody is welcome to Mesjid UKM. It’s good to note that you are making the best from your hectic work schedule and colorful travel. Take care

Anonymous said...

Salam.
Semua umat islam tahu Lailatul Qadar berlaku dalam bulan Ramadhan terutamanya pada malam malam ganjil disepuloh malam terakhir. Semua umat Islam tahu akan fadilat dan ganjaran yang besar jika bertemu dengannya. Ceramah2 agama menganjurkan umat Islam menghayati malam malam-malam tersebut dengan menjalankan ibadah wajib, sunat, membaca Al Quran, bertaubat, berjemaah dan sebagainya seafdalnya beriktikaf di mesjid. Tetapi hakikatnya pada malam2 tersebutlah ramai diantara kita masih sibuk berjual beli, sibuk membuat juadah raya, sibuk terhibur hidangan hiburan TV dan pelbagai kesibukan untuk menyambut raya, bukan menyambut kedatangan Jibril dan angkatan malaikat dari syurga. Sindrom raya dibulan puasa ini bukan sesuatu yang baru dan sudah membudaya. Lagu2 raya juga sudah berkumandang sedangkan peperangan kita melawan nafsu masih belum berakhir. Bukankah raya itu bagi meraikan kejayaan berpuasa?
Soalannya bagaimanakah caranya kita dapat melupakan lambaian raya dibulan Ramadan dan sebaliknya memfokuskan jadual kita kepada aktiviti ibadah sepanjang Ramadan mulai terbenam fajar hingga terbit matahari kerana Ramadan hanya sekali dalam setahun malah pemergiannya ditangisi bagi mereka2 yang mengetahui. Wallahualam.

jaflam said...

Nan, begitulah hakikat sebilangan besar manusia yang tahu tapi tidak faham, yang melihat tapi tidak nampak, yang bercakap tapi tidak beramal dan yang berakal tapi tidak berilmu.Kita masih lagi lemah dalam menjiwai suruhan dan janji Allah, amal di jadikan budaya bukan cara dan gaya hidup sepenuhnya.