Wednesday, October 10, 2007

Akhir Ramadan - kembali kepada fitrah

YA ALLAH, MULIAKAN SAUDARAKU INI
BAHAGIAKAN KELUARGANYA
BERKATI REZEKINYA
KUATKAN IMANNYA
ERATKAN SILATURRAHIM KAMI
SELAMT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN
DARI: JAFLAM
Intipati daripada ceramah Ustaz Zamihan Mat Zain, Pensyarah dari Institut Latihan Islam M’sia di Surau Al Sobah , B.B. Bangi Ahad 7/10/07.

Marilah kita sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita : Nikmat untuk terus hidup bernafas di bumi ini, nikmat harta benda dan kedudukan dalam kerjaya & masyarakat, nikmat makan minum, penglihatan, pendengaran, pegerakan, akal fikiran, hawa nafsu yang dipinjamkan kepada kita. Tanpa kasih sayang Allah hidup kita akan menjadi hampa, kosong dan bercelaru. Apabila kita diduga dengan mematikan deria pendegaran kita barulah kita merasa betapa cacatnya kita bila tidak dapat mendengar, apabila kita diserang asma dan tidak dapat bernafas dengan baik maka barulah kita dapat mersa betapa azabnya hidup jika tidak dapat bernafas dengan sempurna. Maka janganlah ambil ringan atas segala pemberian Allah kepada kita dan sentiasalah memanjatkan syukur kepada NYA dengan melaksanakan suruhan dan menjauhi larangan NYA.

Dalam melalui akhir Ramadan tidak perlulah kita tercari cari Al Qadar kerana malam penuh kemulian itu akan tetap datang tanpa dicari. Yang lebih penting adalah persediaan kita untuk menyambut malam istemewa kurniaan Allah dari segi Hati, Ilmu, Amal dan Pasarana.

Tanpa ilmu manusia akan sentiasa jahil, sesat dan tidak mungkin membina keyakinan atas segala yang dijanji dan difirman oleh Allah. Tanpa Ilmu akal kita yang cetek ini tidak akan mampu membina keyakinan kepada sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan daya penglihatan yang dipinjamkan kepada kita. Tanpa Ilmu bagaimanakah matahati kita dapat melihat dengan keyakinan 100% kebesaran dan kurniaan Allah seperti Al Qadar.

Saya sendiri memerlukan 10 tahun mempelajari ilmu pelayaran sebelum berupaya menjadi nakhoda yang mampu melayari kapal ke seluruh pelusuk dunia. Selepas itu saya memerlukan 10 tahun lagi pengalaman dan pelajaran sebelum diiktiraf sebagai salah seorang tokoh maritim Negara. Maka begitulah juga dalam Ilmu Islam, kita perlu mempelajarinya dengan baik dan istiqamah sebelum dapat menghayati dan mengtafsir firman Allah dan hadis Nabi dan hukum hakam dengan baik yang tidak tercapai oleh akal tanpa ilmu. Sesungguhnya Islam adalah agama orang berilmu kerana kita tidak mungkin dapat menyempurnakan Islam sebagai cara kehidupan tanpa mempunyai ilmu yang memadai bagi penghayatannya.. Allah menerima segala kekurangan amalan hambanya selagi mana mereka berusaha memperbaiki diri dan belajar ilmu yang mereka perlukan dan wajib ke atas mereka. Maka janganlah kita malu untuk belajar atau bertanya kepada yang pakar dalam hal hal agama yang kita kurang pasti atau arif. Kita bertuah kerana di Malaysia kita mempunyai ramai cendikawan Islam yang berkelulusan dari dalam dan luar negara. Kalau dalam masallah perundangan sivil kita merujuk kepada peguam, apabila sakit kita rujuk kepada doktor, untuk membina bangunan kita rujuk kepada jurutera maka kenapa dalam hal hal agama kita tidak rujuk kepada ustaz yang arif tentang hukum hakam Islam?

Falsafah Ramadan adalah melatih diri kita kepada maksima amal dan minima maksiat. Semoga gaya hidup kita dibulan Ramadan menjadi amalan sepanjang tahun dan kita mendapat keampunan Allah dan kembali kepada NYA dalam keadaan suci dan bersih. Kita perlu menerapkan matlamat “ Takut, Bershukur dan Hidayah Allah “ bagi memastikan perjalanan kita menuju kepada Allah adalah selamat. Pastikan segala yang kita lakukan di dunia ini sama ada di dalam atau di luar ibadah adalah kerana Allah. Segala kebaikan yang kita lakukan sesama manusia ada kerana Allah. Itulah perbezaan atara orang orang yang beriman dan yang kufur kepada Allah. Orang orang kafir juga melakukan pelbagai kebaikan dalam kehidupan tetapi kerana mereka kufur kepada Allah maka kebaikan itu tinggal kebaikan tanpa keredaan Allah.

Maka sebagai insan yang tidak sempurna maka sentiasalah kita bertaubat kepada Allah atas kekurangan dan kesalahan kita. Sedangkan Nabi s.a.w yang maksum bertaubat lebih dari 70 kali sehari, maka kita insan yang tidak sempurna ini perbanyakkanlah taubat kita kepada Allah. Dengan cara ini hati kita akan sentiasa bersih dan membawa kepada ketenangan jiwa dan kesempurnaan kehidupan di dunia. Sebenarnya mulia manusia adalah bergantung kepada hatinya bukanlah kerana harta dan kedudukan mereka. Hati merupakan raja kepada segala perbuatan dan perasaan maka jagalah hati supaya tidak di kawal nafsu dengan berzikir, tasbih, selawat dan amal amal mulia.

Marilah kita meningkatkan kuantiti dan kualiti amalan kita dengan menjiwai bacaan ayat ayat suci supaya ianya dapat menusuk ke kalbu dan memberi kenikmatan kepada ibadah kita. Berusahalah untuk memahami ayat ayat Allah yang kita baca dalam sembahyang dan doa. Dalam kita membaca Quran dan Hadis fahamilah terjemahannya. Seperti mana kita selalu taksub kepada Guru Guru Pengurusan daripada barat sepeti John P. Kotter, Alvin Toffler, Subir Chowdhery dll dengan membaca dan memahami karya mereka maka lakukan setidak tidaknya pekara yang sama kepada kalam Allah dan hadis Nabi. Sesungguhnya Allah turunkan Al Quran itu untuk menjadi panduan dan rahmat kepada semua makhloknya agar mereka mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Kerana kita ini kejadian Allah maka DIA lah yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Kalau kita boleh menggunakan ‘Manual’ yang di sediakan oleh pembuat kereta dalam memastikan kesempurnaan berfungsinya kereta kita kenapa tidak mahu mengikut ‘Manual’ yang di sediakan oleh Allah dalam mengurus diri kita. Atau adakah kita lebih pandai daripada Allah dalam menentukan apa yang terbaik untuk kita dengan berpandukan kepada akal semata mata? Maka pastikan amalan yang kita lakukan mengikut tanda aras yang ditetapkan oleh Allah bukanlah yang dicipta oleh kita sendiri. Janganlah kita sempitkan ilmu Allah kepada amalan beragama sahaja kerana semua ilmu yang kita perolehi di duni ini : sains, teknologi, sastra, kejuruteraan, angkasa lepas dsb adalah datangnya daripada Allah yang maha mengetahui.

Dalam mengakhiri Ramadan dan bertemu Syawal pastikan kita istiqamah kepada amalan amalan baik kita di sepanjang Ramadan ( Maksima amal & minima mungkar ). Janganlah kita biarkan nafsu merajai hati dalam bertemu Syawal. Bersederhanalah dalam perbelanjaan, persiapan dan kawal tingkah laku. Pastikan kita keluar daripada tarbiah Ramadan dengan fitrah dan sebagai insan yang lebih baik dan istiqamah hingga ke akhir hayat. Kalau kita keluar dari Ramadha tanpa pembaikan diri dan peningkatan kualiti amalan & kehidupan maka kita menjadilah orang yang rugi.

Ambillah kesempatan hari mulia untuk memohon keampunan kepada kedua ibu bapa, ahli keluarga, sanak saudara, dan sahabat handai. Berilah penekanan yang lebih kepada kedua ibu/bapa kerana Allah tidak akan meredai mereka yang menderhaka/tidak mendapat keredaan ibu/bapa. Marilah kita membawa ahli keluarga kita bersama menuju ke jalan Allah. Jangan biarkan anak anak kita jauh dari haluan Islam dalam dugaan dunia hari ini yang semakin mencabar dan bercelaru akibat tangan tangan manusia. Sama samalah kita anjurkan Takbir Hari Raya di rumah kita bersama keluarga disamping berjemaah di Mesjid. Dekatkanlah diri kita dengan rumah rumah Allah dan orang orang yang sentiasa berjuang di jalan Allah. Jika berkesempatan ziarahilah kubur orang tua kita bersama keluarga untuk mendidik mereka dan kita kepada jalan pulang.

Semoga Syawal ini kita kembali kepada Fitrah - suci dan bersih, semoga kita keluar daripada Ramadan dengan cermelang dan meneruskan kecermelangan tersebut sebagai gaya hidup sepanjang hayat, menuju jalan pulang. Wasalam.

6 comments:

The Ancient Mariner said...

Selamat hari raya Idilfitri to you and yours. Maaf zahir batin.

Tahun ni ada 'open house' tak ?

jaflam said...

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin to you and family.

I will let you know the date for my open house. Still choosing the date.

Anonymous said...

Selamat Hari raya AidilFitri untuk saudara Jaflam dan keluarga. Semoga telah mendapat Lailatul Qadar.

Unknown said...

SELAMAT HARI RAYA to you and family... also from IKMAL

jaflam said...

Zabs, teria kasih atas ingatan. Semoga Syawal ini membawa kebahgiaan dan ketenangan buat sdr sekeluarga.

jaflam said...

Micheal, many thanks for the kind wishes. As always all the best to IKMAL and you.