Thursday, December 4, 2008

Dah Semak Rekod KWSP?

Saya telah menerima peringatan daripada teman sepejabat supaya membuat semakan kepada nominasi pewaris KWSP saya, bagi memastikan ia telah dikemaskini atau pun mempunyai nama nama yang telah saya daftarkan dahulu. Ini kerana beliau mendapati nama nama yang telah beliau daftarkan dahulu tidak terdapat dalam maklumat terkini KWSP. Beliau terpaksa membuat pendaftaran baru bagi mengelak daripada masallah tuntutan waris jika berlaku kematian pencarum.

Mula mula saya mengambil ringan kepada amaran ini, tetapi telah mengambil tindakan apabila dimaklumkan beberapa sahabat lain juga mengalami masallah yang sama. Rupa rupanya saya juga tidak terkecuali dalam masallah ini apabila saya dimaklumkan yang tiada penama dalama rekod KWSP saya. Tidak tahu dimana silapnya hingga penamaan yang saya buat dahulu hilang daripada rekod KWSP.

Bagi mengelakkan masallah kepada waris, keselamatan wang simpanan kita, saya syorkan sahabat semua segera membuat semakan dipejabat KWSP terdekat mengenai maklumat terkini pewaris yang didaftarkan dahulu, kalau tiada buat pendaftaran baru serta merta. Maklumlah sistem komputer memang banyak baik dan cepatnya tapi ia juga mempunyai kelemahan seperti menghilangkan maklumat penting kita.

2 comments:

Ydiana said...

Hi DJ

Thank you for sharing this! Sometimes we took it for granted that they have done their job, but better be safe than sorry, at least for our 'pewaris'. There was a case when a wife couldn't claim her late husband's account because he nominated his ex-girlfriend as the beneficiaries. For all you know, he already filed a new beneficiary but not updated! Scary!

But then again, if I'm not mistaken, for Muslims, a beneficiary in KWSP only act as a prosecutor to the account and it has to be distributed acording to Faraid.

jaflam said...

Hai Yadiana,
I believed the named beneficiaries will received the monies from EPF based on the percentage allotted to them even for Muslims.

Without the nominations the beneficiary will have a messy process before getting hold of the money. There were also rumors that the unclaimed money could be siphoned off by unscrupulous agents.