Wednesday, May 27, 2009

Masa Untuk Rehat & Amal

Tanpa kita sedar minggu depan dah masuk setengah tahun 2009. Apakah yang telah kita lakukan dan sumbang sepanjang enam bulan ini kepada keluarga, masayrakat, negara dan diri sendiri? Mungkin banyak dan mungkin tak ada pun yang dapat dibanggakan.
..
Kalau kita lihat Perak, yang kalah dalam keputusan Mahkamah rayuan masih terjerit jerit lagi tak puas hati dan kononnya mewakili kehendak rakyat. PAS pulak mula merasai bahang sebagai parti yang berjaya dan bertambah kuasa. Maka ramai yang berharsat nak jadi pemimpin utama. Nasaruddin, Husam dan Mat Sabu akan berentap nak jadi orang nombor dua parti ....... bakal Presiden selepas Awang Hadi! Keputusannya nanti akan menyaksikan sama ada PAS kekal parti teras Islam atau menjadi parti yang berat kepada budaya PKR dan mesra DAP. Kalau PAS tidak dapat kekalkan terasnya maka mereka akan menjadi seperti UMNO yang alpa kepada perjuangan sebenar dan lebih kepada kepentingan diri dan kuasa.
..
UMNO pulak tengah bertungkus lumus menukar diri untuk kembali menjadi parti yang peka kepada kepentingan rakyat. Masa akan menentukan sama ada mereka berjaya untuk menawan kembali hati rakyat. Setelah lebih 50 tahun memerintah mereka mempunyai pengalaman untuk berubah dan buruk baik mereka bukanlah satu mistri bagi rakyat yang peka. Tepuk dada tanya selera.
..
Seperti ramai lagi rakyat Malaysia, saya dan isteri akan pergi menunaikan UMRAH jumaat ini, tanda shukur kami kepada kurniaan Allah kepada kami sekeluarga dan juga kesejahtraan yang di beri kepada Malaysia. Bagi mereka yang biasa ke tanah suci mereka faham kenapa Malaysia masih menjadi negara yang diberkati. Setiap masa berduyun duyun rakyat Malaysia pergi menunaikan UMRAH dan seterusnya Haji di bulan Ramadhan. Hinggakan peniaga2 di Mekah dan Madinah boleh bertutur bahasa Melayu dengan baik dan gembira bila menyambut kita. Selagi mana kita bershukur, Allah akan menambah rezeki dan kesejahtraan kita InshaAllah. Allah paling benci hambanya yang memutuskan siraturrahim.

Friday, May 22, 2009

Zambry Perak MB: Nizar nak jugak!

So it's Zambry again as MB of Perak, ruling by Court of Appeal.
.
As usual the loser will never accept the verdict and keep being sore losers.
For simple man without much political priorities the issue was quite straight forward.
But then for those with political and power madness, life without it is like living in hell.
.
Let's see who will catch the swine flue eventually.
.
Actually the ordinary rakyat couldn't care less whether it's BN or PR ruling the state as long as their interests are being taken care off !
..

Malaysia
Zambry is MB, rules court

UPDATED

PUTRAJAYA, May 22 - The Court of Appeal today returned a unanimous decision that Barisan Nasional's Datuk Zambry Abd Kadir is the rightful Perak mentri besar, ruling that his Pakatan Rakyat rival Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddinn had ceased to command the majority in the Perak state assembly.

The judges also ruled that the Sultan was right in appointing Zambry the MB and that there was no need for a vote of no confidence in the House against Nizar.

The three-member Bench comprising Justices Md Raus Shariff, Zainun Ali and Ahmad Maarop delivered judgment after hearing submissions from both parties yesterday.

However, the Court of Appeal decision is not expected to bring an end to the crisis in Perak as the parties can still appeal to the Federal Court.

This afternoon, security at the Court of Appeal was tight with police taking extra precautions in allowing people into the courtroom.

Nizar's counsel Sulaiman Abdullah said he would be filing an appeal.
Hundreds of PR supporters gathered briefly outside the court complex after the ruling was pronounced, and shouted slogans to back Nizar.
Neither Nizar nor Zambry were present in court today.

The DAP's Lim Kit Siang, who was present in court, said today's decision could spark more unhappiness with the administration of Datuk Seri Najib Razak.

Najib is seen as the man who engineered the Perak power grab in February that plunged the state into a constitutional crisis.

Lim said the best solution remains the dissolution of the state assembly to pave the way for fresh elections.

Yesterday Nizar had also said he wanted fresh elections whatever the court decision today was.
Last week the Kuala Lumpur High Court had ruled that Nizar was the rightful mentri besar because according to the state constitution the only way to remove an MB was through a vote of no confidence in the legislature.

The Sultan, the court ruled, could not dismiss a state's chief executive.
The Court of Appeal disagreed today, and accepted Zambry's argument that Nizar had already lost the support of a majority of the assembly when he went to seek the Sultan's consent for the legislature to be dissolved.

Monday, May 18, 2009

PENANTI - Come and dance with me

It’s not fair …. it’s not fair Najib don’t want to dance with me!
He is not fair to the rakyat and democracy.
He is evil, I am the savior of the rakyat and Malaysia!

How many times I told you that Fairus resigned because he needs to further his studies.
Don’t you understand he needs another Master Degree because he only got two now.
It’s ok what, we give you another wakil rakyat, another by election heheeeee

Why do you smile like that?
I never offered anything to Anifah, he is lying!
I just asked them to hop over to PR to save the rakyat and Malaysia
Maybe I can become the PM heheeeee

BN won’t fight for Penanti
UPDATED
By Shannon Teoh
KUALA LUMPUR, May 18 — The Barisan Nasional (BN) supreme council announced today that the party will not contest the Penanti state assembly seat in Penang, with Datuk Seri Najib Razak insisting it was a political ploy by Pakatan Rakyat (PR).

The decision today came despite some pressure from former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his backers not to give PR and Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim a free ride.

The Penanti by-election was called following the resignation of incumbent assemblyman Mohammad Fairus Khairuddin, who had also quit as Penang deputy chief minister amid graft allegations he was later cleared of.

The nomination day is on May 23 while polling is on May 31.
Justifying BN’s decision to stay out, Najib said the by-election was not caused by “provisions within the constitution.”

“It is only a way for PKR to solve its internal problems,” he said.
“BN prioritises service to the people and efforts to boost the economy. We will not dance to other people’s tune,” the prime minister insisted.

Many see the Penanti polls as a sure win for PR and BN’s reluctance to contest will fuel the perception that it wanted to avoid yet another electoral defeat in Peninsular Malaysia where it has lost all four by-elections since the 12th general elections in March 2008.

But Najib insisted that there was no reason for BN supporters to be disheartened as this was not the first time BN had not contested an election and that “there has been no such games being played like this until now.”

In an immediate reaction, PKR vice-president Azmin Ali accused BN of looking for excuses not to contest any elections at this point as it was afraid to face the people.

“They are trying to find a way out with any flimsy excuse. In actual fact, the people have lost confidence in BN and that is why BN does not have the courage to contest in Penanti nor in Perak,” he told The Malaysian Insider, referring to Umno’s reluctance to agree that a fresh election is the best way to solve the political impasse in Perak.

DAP parliamentary leader Lim Kit Siang simply said that he was “not surprised” when contacted by The Malaysian Insider.

He added that he would also be expecting BN to field a “phantom candidate” to run as an independent in Penanti.

Saturday, May 16, 2009

Happy Teacher's Day

HAPPY TEACHER'S DAY TO ALL TEACHERS IN THE CYBER SPACE ESPECIALLY MY SIGNIFICANT HALF DR. NOR

YOUR CONTRIBUTIONS AND DEDICATIONS IN GIVING KNOWLEDGE TO STUDENTS AND HUMAN KIND WILL DEFINITELY CONTRIBUTE TO THE WELL BEING OF THE SOCIETY AND LIFE.

MAY ALL OF YOU BE BLESSED WITH GOOD HEALTH, HAPPINESS AND WEALTH. DON’T FORGET THAT THE INFORMAL TEACHERS INCLUDES MOTHERS, FATHERS, FRIENDS AND OTHERS THAT CONTRIBUTED IN LEARNING AND KNOWLEDGE SHARING.

HAPPY TEACHER'S DAY TO ALL OF YOU AS WELL.

Monday, May 11, 2009

Perak Oh Perak

Walaupun keputusan Mahkamah berpihak kepada Nizar dan PR tetapi BN telah bersikap matang dengan menerima keputusan dengan tenang tanpa menimbulkan kekecohan atau huru hara. Tindakan lanjut akan diambil berlandaskan keputusan Mahkamah dan selaras dengan peruntukan perundangan yang telah diterjemahkan. Keputusan tidak mempertikaikan keputusan mahkamah adalah langkah baik yang patut dicontohi oleh semua parti politik di Malaysia.
..
Namun kemelut politik Perak masih belum berakhir dengan keputusan tersebut. Hakikatnya BN mempunyai majorti dalam Dewan Undangan Negeri dan keputusan sama ada pembubaran DUN seharusnya diputuskan oleh ahli DUN bukan mengikut selera MB Nizar sahaja. Sebenarnya yang mahukan sangat pilihan raya baru di Perak bukanlah majoriti rakyat Perak tetapi parti politik dan penyokong2 tegar mereka. Majoriti rakyat mahukan sebuah negeri yang aman, damai dan sejahtra dimana mereka dapat mencari rezeki dan hidup sebagai satu keluarga. Marilah kita sama sama melihat dan menilai watak2 dalam drama Perak oh Perak ini. Dalam perlawanan mesti ada yang menang dan kalah tapi janganlah yang menang jadi arang dan yang kalah jadi abu dalam kes ini.
..
BN bertanggungjawab penuhi 'hasrat' Nizar seperti diputus oleh MahkamahMay 11, 2009 : 09.31 PM--->

Sesuai dengan keputusan Mahkamah Tinggi Rayuan Kuasa-Kuasa Khas Kuala Lumpur yang memutuskan Datuk Seri Nizar Jamaluddin masih Menteri Besar Perak yang sah, Barisan Nasional (BN) sebenarnya tanggungjawab untuk melaksanakan keputusan tersebut. Ini kerana dalam penghakiman yang disampaikan oleh Hakim, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim secara jelas menyebut bahawa jawatan Menteri Besar Perak tidak boleh dianggap kosong mengikut peruntukan Artikel 16(6) Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Malah beliau berkata, Nizar bukan sahaja tidak meletakkan jawatannya tetapi tiada undi tidak percaya dibuat terhadapnya pada persidangan Dewan Undangan Negeri. Malah menurut beliau, jika Barisan Nasional (BN) telah memperolehi sokongan majoriti ADUN, BN seharusnya memohon perkenan Sultan Perak untuk diadakan sidang khas bagi membolehkan usul undi tidak percaya terhadap Nizar dibuat. “Memang pemohon (Nizar – berdasarkan perkembangan yang berlaku di Perak) telah hilang majoriti tetapi tiada undi tidak percaya dibuat terhadap Nizar di DUN. Mana-mana Menteri Besar yang telah dilantik, beliau hanya bertanggungjawab kepada DUN dan hanya boleh diturunkan sekiranya undi tidak percaya terhadapnya dalam sidang DUN,” demikian kata Hakim itu lagi.
Berdasarkan keputusan ini, Agendadaily sempat menemui Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub bertanyakan bagaimana jika BN yang kini memperolehi sokongan 31 ADUN di Perak memohon kepada Sultan perak agar diadakan sidang khas bagi mengemukakan undi tidak percaya. Beliau berkata, biarlah proses itu berlaku dan sebarang keputusan daripadanya sudah tentu akan diterima baik oleh semua pihak. Berdasarkan hujah tersebut, BN kini sebenarnya mempunyai kelebihan untuk melaksanakan keputusan mahkamah tersebut. Ini kerana, dengan keputusan mahkamah itu, BN yang kini menguasai majoriti dalam DUN Perak boleh memohon kepada Sultan Perak untuk memanggil sidang khas dewan negeri itu bagi membolehkan usul undi tidak percaya dikemukakan. Sidang khas ini boleh diadakan kerana berdasarkan kepada kenyataan Nizar sendiri selepas keputusan mahkamah itu, beliau berkata, semua keputusan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Exconya akan dikaji semula kecuali keputusan mengadakan sidang DUN 7 Mei lalu yang boleh diterima.
Maknanya, keputusan sidang DUN Perak 7 Mei lalu diterima oleh Nizar dan adakah ini juga bermakna beliau turut mengiktiraf perlantikan Datuk R. Ganesan sebagai Speaker yang mengendalikan sidang DUN yang secara rasminya sesuai dengan keputusan sidang DUN menjemput Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah merasmikan sidang berkenaan. Malah hasrat Nizar untuk membubarkan DUN Perak menimbulkan persoalan, adakah beliau mempunyai sokongan DUN untuk berbuat demikian kerana 31 daripada 59 ADUN Perak menyokong BN. Ada yang berpendapat, jika Nizar masih mahu terus mencadangkan pembubaran DUN, beliau perlu mendapat keputusan DUN terlebih dahulu kerana buat masa ini beliau menjadi Menteri Besar yang hanya mendapat sokongan 28 ADUN berbanding 31 ADUN yang menyokong BN dan tidak bersetuju dengan pembubaran DUN. – 11/5/2009

Friday, May 8, 2009

Anwar bersajak tentang Perak


Bila Anwar bersajak tentang Perak saya nak tegelak pun ada sedih pun ada sebab manusia bernama Anwar ini tidak pernah insaf dengan perbuatannya yang menjadi punca sebenar Perak menjadi kalut seperti ini. Kalau tidak kerana dia bersungguh sungguh hendak menjatuhkan kerajaan persekutuan dengan membeli wakil rakyat BN maka mungkin ini semua tidak terjadi. Sekarang dia mencemuh dan menghina kerajaan BN kononnya gila kuasa, tidak demokrasi dan mengikut perlembagaan, masallahnya sejak bila dia menghormati itu semua. Semua tindakan bodoh wakil rakyat PR hari ini hasil perancangan dia yang tidak menerima kekalahan dan mengtafsir segala undang2 mengikut selera dan kepentingan diri. Bila sesuatu keputusan Tuanku atau Mahkamah menyebelahi mereka, maka bersoraklah macam kanak2 dapat gula tapi bila tidak selaras dengan kehendak mereka maka menjerit2lah kononnya Malaysia negara paling teruk didunia.

Cukup2 lah bersandiwara dan hiduplah dalam realiti dunia yang sebenar, janganlah terus menjadi penghasut bangsa. Tuhan telah memberi sedikit kemenangan pada saudara utuk menguji sama ada saudara akan bershukur dan tidak menjadi manusia yang mabuk kuasa. Tak payahlah mengajak rakyat menghunus pedang dan keris untuk menegakkan keadilan acuan saudara. Sistem yang sedia ada telah membolehkan PR menang pilihan raya tanpa menghunus senjata, tanpa rakyat perang saudara, maka janganlah diterapkan budaya rakus dan samseng dalam politik negara ini. Majoriti rakyat memerlukan sebuah negara yang aman, damai dan maju bukan suasana bercelaru yang sedang dicipta sebegini rupa ……….. tidak mahu menerima kekalahan, semua yang dilakuan oleh kerajaan salah dia saja yang semuanya betul, berterusan merancang pilihan raya kecil bagi membakar hati rakyat dan penyokong yang taksub.

Saya doakan agar Tuhan meniupkan rasa keinsafan kepada hati2 yang kusut, gila kuasa dan lupa neraka, supaya kembali kepangkal jalan dan berhenti dari menjadi perosak bangsa dan negara.


Kerakusan kerajaan BN di Perak terbukti!
Penahanan 64 orang termasuk 4 ahli parlimen dan 5 ahli dewan undangan negeri di Ipoh akan selama-lamanya dirakamkan dalam lipatan sejarah negara ini sebagai lambang kepada perjuangan rakyat menegakkan demokrasi dan menjaga keluhuran Perlembagaan di negara ini. Kepada Tuan Speaker Sivakumar dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat Negeri Perak, riwayat perjuangan anda semua akan selamanya tercatat dalam episod perjuangan menuntut Perubahan. Keberanian tuan-tuan semua berdepan dengan kekuasaan sesungguhnya menyempurnakan makna sebenar seorang wakil rakyat.

Saya nukilkan bait sajak ini sebagai tanda kagum kepada saudara seperjuangan semua:
“…Dan bara kagum menjadi api
Di depan sekali tuan menantiTak gentar.
Lawan banyaknya seratus kali.
Pedang di kanan, keris di kiri
Berselempang semangat yang tak bisa mati.”

Hari ini rakyat menjadi saksi betapa rakusnya kerajaan barisan nasional-umno untuk terus kekal berkuasa, sehingga sanggup mencemar kemuliaan sidang Dewan Undangan Negeri serta mencabuli sistem Raja Berperlembagaan. Maka terbuktilah, bukan sahaja kepada rakyat Perak, malah kepada seluruh rakyat Malaysia, dendangan perubahan perdana menteri yang baru tidak lebih dari sandiwara lapuk. Justeru mereka bergantung kepada kekerasan sehingga sanggup mengheret keluar Speaker Sivakumar keluar dari dewan. Apabila terdesak dan mengetahui rakyat tidak bersama mereka, Demokrasi dan keluhuran Perlembagaan diinjak-injak sedemikian rupa.

ANWAR IBRAHIM