Monday, July 19, 2010

DALILAH TAMRIN Dalam Kenangan



Dalilah kembali menemui penciptanya hari ini jam 9.00 pagi setelah lima tahun melalui dugaan sebagai pesakit kanser payudara. Semangat juang dan keredaan beliau menerima dugaan Allah dengan penuh keikhlasan menjadi legenda kepada sahabat dan taulan. Mengikut kata suaminya Saiful, Dalilah selamat menunaikan Umrah dan munajat dihadapan Ka'abah dalam kesakitan dimamah kanser dalam perjalanan akhir Umrahnya baru baru ini.
Aku sempat menatap wajah tenangnya dibilik mayat dan bersama beberapa teman mengusung mayatnya menaiki kerata mayat yang terus menuju ke Banting untuk disemadikan. Sesungguhnya Allah lebih mengasihinya dan kami doakan rohnya diletakkan bersama hamba hamba Allah yang mendapat keredaan dan syurgaNya. Al Fatihah.


Please listen to her song and read the lyrics below:

Kembaliku Pada Ilahi

Ku jitukan yakin
Pada setiap sujudku
Jariku susun rapi
Mengirim doa tulus nurani

Waktu yang mendatang
Bak mega mendung hitam
Kelam malam aku sendiri

Hujung perjalanan pasti aku pergi
Tiada mungkin dapat aku menghindari
Sebelum nafasku berhenti berdetik
Amankanlah kepedihan ini

Biar pun getir dalam ku menanti
Tak berdaya namun terus ku hadapi
Menggapai harapan diriku terpilih


Kembaliku padaMu Ilahi
Kembaliku padaMu Ilahi

Hilangkan getar duka
Gusar jauh terusir
Terang bersinar cahaya damai

Lagu: Azalea April 2010
Lirik: Raden Galoh/Azalea April 2010

To listen to the song, please click at this Youtube site:
http://www.youtube.com/watch?v=VkSs90N1uz0

Sunday, July 11, 2010

PR untuk Murid PhD luar... Menteri Masih Berdegil

Hari ini Menteri Pengajian Tinggi di Utusan Malaysia masih berdegil supaya PR diberikan kepada kononnya murid PhD luar negara yang cermelang. Kononnya Negara memerlukan mereka untuk terus maju dan membeli bakal saintis ini dengan gula2 PR. Cetek betul pemikiran Menteri ini yang kononnya mengikut model negara maju membeli pakar dengan gula2 PR. Dalam dunia tanpa sempadan ini penyelidikan dalam apa bidang sekali pun boleh dijalankan dimana 2 dan tidak perlu jadi PR Malaysia untuk membuat penyelidikan untuk Malaysia.
.
Cuba terangkan dalam bidang apa yang Pak Menteri maksudkan kita perlukan murid PhD cermelang ini sumbang dan bangunkan? Bidang Nuclear, Aerospace, Bio Technology dan apa lagi? Ramai murid cermelang tahap Degree dan Masters yang boleh dan patut dikumpul diberi segala sokongan dan keistemewaan untuk memenuhi keperluan Negara. Malahan ramai yang telah mempunyai PhD masih terbiar tidak digunakan sepenuhnya untuk mencapai matlamat yang Pak Menteri hajatkan. Contoh yang paling mudah kita kata murid kita lemah dalam bahasa Inggeris dan jawapannya nak bawa masuk guru bahasa Inggeris dari luar negara untuk selesaikan masallah kita, sedangkan disalah satu Universiti utama beratus guru bahasa inggeris tidak dipergunakan sewajarnya malahan Fakulti Bahasa diturun taraf jadi pusat bahasa dan guru bahasa Inggeris pakar ini diagihkan macam tenaga tidak berguna. Janganlah berangan hendak jadi negara Nuclear sekelip mata, kalau berhajat ramai graduan Physics yang boleh dikumpul beri keutamaan untuk jadi saintis masa depan.
.
Pekara yang penting jalankan satu perancangan mantap degan ganjaran yang setimpal kepada para saintis dan bakal saintis Malaysia janganlah bayar RM 10 K - RM 20 K dan harap hendak jadi jaguh dunia. Murid PhD cermelang luar negara yang dididik oleh Professor kita belum tentu akan jadi saintis yang berjaya jauh lagi untuk berkorban untuk negara ini. Nampaknya Pak Menteri memberi ruang yang amat baik untuk parti lawan membelasah kerajaan dalam isu ini. Entahlah kenapa pemikiran yang tidak tinggi ini boleh lahir diminda Pak Menteri.
Cuba fikir kenapa Malaysia dengan pasarana canggih, jumlah rakyat 25 juta tidak masuk piala dunia sedangkan negara dengan 3 juta penduduk, negara daif dari benua Afrika boleh bertanding tahap dunia dalam bola sepak FIFA. Adakah PR jawapannya?????

Wednesday, July 7, 2010

Scholarship & PR for foreign students... a stupid proposal!!

The Ministry of Higher Education has proposed that foreign student given Government scholarship to be given PR to keep them in the country. What a stupid proposal which I suppose mirror what have been done in Australia and Canada. In the first place there are still many bright Malaysian that need scholarships and place in local University. If they are doing post-graduate studies in Malaysia it means they are learning from Malaysian Professors meaning there is more Malaysian who deserved that special treatment. Ini yang dikatakan monyet dihutan disusukan anak dirumah mati kelapran.
.
It seemed that the Government has never learned from the social disaster that has been caused by the so called foreign students that flooding and tainting our safety and social harmony. Look at what have become of the African and Chinese students that misused their student’s visas! It doesn’t take a genius to see and resolved this cancerous issue. For God sake do not add another stupid proposal for whatever political or personal mileage.