Monday, July 19, 2010

DALILAH TAMRIN Dalam Kenangan



Dalilah kembali menemui penciptanya hari ini jam 9.00 pagi setelah lima tahun melalui dugaan sebagai pesakit kanser payudara. Semangat juang dan keredaan beliau menerima dugaan Allah dengan penuh keikhlasan menjadi legenda kepada sahabat dan taulan. Mengikut kata suaminya Saiful, Dalilah selamat menunaikan Umrah dan munajat dihadapan Ka'abah dalam kesakitan dimamah kanser dalam perjalanan akhir Umrahnya baru baru ini.
Aku sempat menatap wajah tenangnya dibilik mayat dan bersama beberapa teman mengusung mayatnya menaiki kerata mayat yang terus menuju ke Banting untuk disemadikan. Sesungguhnya Allah lebih mengasihinya dan kami doakan rohnya diletakkan bersama hamba hamba Allah yang mendapat keredaan dan syurgaNya. Al Fatihah.


Please listen to her song and read the lyrics below:

Kembaliku Pada Ilahi

Ku jitukan yakin
Pada setiap sujudku
Jariku susun rapi
Mengirim doa tulus nurani

Waktu yang mendatang
Bak mega mendung hitam
Kelam malam aku sendiri

Hujung perjalanan pasti aku pergi
Tiada mungkin dapat aku menghindari
Sebelum nafasku berhenti berdetik
Amankanlah kepedihan ini

Biar pun getir dalam ku menanti
Tak berdaya namun terus ku hadapi
Menggapai harapan diriku terpilih


Kembaliku padaMu Ilahi
Kembaliku padaMu Ilahi

Hilangkan getar duka
Gusar jauh terusir
Terang bersinar cahaya damai

Lagu: Azalea April 2010
Lirik: Raden Galoh/Azalea April 2010

To listen to the song, please click at this Youtube site:
http://www.youtube.com/watch?v=VkSs90N1uz0

8 comments:

Pak Zawi said...

Dato'
She was a fighter and she fought till the end. She will go out of her way to support others facing the dreaded C. AlFatehah untuk Dalilah.

luahfikiran said...

SALAM.
KU BACAKAN AL-FATIHAH WALAUPUN TIDAK MENGENALI MU. DIDOAKAN ROHNYA SENTIASA MENDAPATKAN KERAHMATAN ALLAH.

jaflam said...

Salam Pak Zawi, she was a beautiful women in life and death. Will be missed much by friends and family.

jaflam said...

Salam LF, terima kasih atas doa dan Al Fatihah pada teman kita yang telah pergi ini. Semoga dia aman dialam kubur.

ainhany said...

salam

betapa kehilangannya dirasai dgn bbrapa paparan n3.Semuga dicucuri rahmat atas roh almarhumah..AL FATIHAH
(sy hnya mengenalinya slpas kematiannya):(

jaflam said...

Tq ain kerana doa dan ingatan buat Dalilah.

maklang said...

doa saya moga dia dicucuri rahmatNya...

Semoga dia tenang di sana..

alFatihah...

Zabs said...

Salam Dato',

Al-Fatehah....Amiiin.