Sunday, August 15, 2010

TIP DOA RAMADHAN...

Di kuliah subuh pagi tadi Ustaz bercerita tentang Taqwa. Ramai orang berilmu dan pandai bercakap tetapi tidak punya kekuatan melakukan ibadah dan amal yang terbaik buat diri sendiri, dalam erti kata lain tidak Bertaqwa. Dengar Azan berkemundang tetapi tidak mempunyai kekuatan untuk berjemaah di surau, tahu tidak baik mengumpat tetapi tak mampu berhenti mengumpat, tahu aurat perlu di jaga tetapi tidak mempunyai kekuatan untuk bertudung.
.
Pesan Ustaz dalam bulan Ramadhan ini Allah memilih sekumpulan hambanya yang akan dibebaskan dari seksa neraka. Berdoa selepas setiap solat agar kita dibebaskan dari seksa neraka, mudah mudahan selamat berkat amal dan Ramadhan.
.
SELAMAT BERAMAL .... Mudah mudahan kita tergulung sebagai hambaNya yang bertaqwa.

2 comments:

Unknown said...

Salam,
Apa lagi yang kita nak cari di peringkat usia ini? Kita cari ilmu dan kita amalkan. Sama2 kita perhebatkan lagi usaha kita untuk mendapatkan keredhaanNYA di bulan mulia ini dan bulan2 seterusnya

ZABS said...

Salam DJ,

InsyaAllah.