Tahniah kepada YB baru BN di Galas dan Batu Sapi yang telah berjaya menjadi pilihan rakyat dikawasan masing masing. Aziz Yusof mendapat 5324 undi di Galas ( majoriti 1190 ) dan Datin Linda mendapat 9773 undi di Batu Sapi ( majoriti 6357 ) menghancurkan harapan Pakatan Rakyat untuk bertapak di Sabah. Nampaknya Ketua Menteri Musa Aman berjaya membuktikan yang kesepakatan BN di Sabah dan jentera parti yang kuat tidak dapat digugat oleh pihak lawan. Datin Linda yang mula mula nampak sebagai liabiliti kerana tidak dapat bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik akhirnya berjaya memikat hati pengundi dengan kerja kerasnya melawat hampir semua kawasan. Ini membuktikan kesepakatan dan jentera parti yang berkesan sama peting dengan calon yang terbaik untuk rakyat.
.
Di Galas Aziz Yusof memang nampak sebagai calon yang lebih berwibawa daripada lawannya. Dia nampak pandai menyesuaikan diri dengan masyarakat daripada pelbagai kaum dan akhirnya dapat memenagi hati majoriti rakyat Galas. Tengku Razaleigh telah berjaya dengan pendekatan berhemahnya dalam berkempen di Galas lalu menjadikan segala tindak tanduk PAS tidak menjadi. Cara berkempen kepada kumpulan kecil tanpa memaki hamun lawan nampaknya berkesan di Galas. Mungkin cara ini boleh diguna pakai oleh BN untuk pilihan raya akan datang dikawasan yang sesuai.
.
Walaupun dah lama saya tidak bercakap tentang politik kerana benci kepada politik melampau dan fanatik yang sedangkan dibudayakan di Malaysia. Hari ini saya gembira kerana keputusan pilihan raya kecil di Galas dan Batu Sapi akan membawa kesedaran kepada banyak pihak termasuk kerajaan dan pembangkang untuk tidak memperbodohkan rakyat dimasa depan.
No comments:
Post a Comment