Sunday, September 30, 2012
Ramuan2 Kejayaan 9
Berusahlah dengan sebaik mungkin untuk mendapat atau menjayakan sesuatu projek/perniagaan. Gunakan segala ilmu, kepakaran dan kerjasama serta pandangan sahabat2 yg berwibawa bagi memastikan tawaran yang terbaik. Selepas itu berdoa dan serahkan kepada Tuhan untuk menentukan milik siapa rezeki tersebut. Jika berjaya jangan lupa bershukur dan bersedekah, tapi jika sebaliknya terus berusaha dengan sabar.
Al Furqan Ayt 1-2.
Maha Suci Allah Yang telah menurunkan al-Furqan kepada hamba Nya, untuk menjadi PERINGATAN dan AMARAN bagi seluruh penduduk alam. Tuhan Yang menguasai pemerintahan langit dan bumi dan Yang tidak mempunyai anak serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahan Nya dan Dialah Yang menciptakan setiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk2 itu dengan ketentuan takdir yang sempurna. Surah Al Furqan Ayt 1-2.
Friday, September 28, 2012
Jumaat 2 Jumaat
Dan janganlah orang yg mempunyai Kelebihan dan Kelapangan daripada kalangan kamu, Bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang miskin serta orang yg berhijrah pada jalan Allah dan hendaklah mereka memaafkan dan belapang dada. Tidakkah kamu mahu supaya Allah mengampunkan dosa kamu? (Ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Surah Al Nur Ayt 22. Amalkanlah sifat pemaaf dan pemurah semoga dengan itu Allah juga akan mengampunkan kita atas segala kelemahan dan dosa yg banyak kita lakukan. Jadikan kekayaan kita sebagai aset memperbanyakkan sedekah dan kebajikan kerana akhirnya itulah harta kita yg kekal untuk dibawa diakhirat.
Thursday, September 27, 2012
Ramuan2 Kejayaan 8
Berhati hati jika menerima tawaran atau projek yg luarbiasa keuntungan atau terlalu mudah tanpa ikut proses biasa. Besar kemungkinan risiko terlalu tinggi, anda sedang ditipu atau kerja haram. Sebaiknya jangan mudah tamak dan terpedaya, jalankan perniagaan mengikut peraturan dan amalan perniagaan baik. 90% rezeki adalah melalui perniagaan tetapi pastikan ia adalah rezeki yg halal lagi diberkati.
Wednesday, September 26, 2012
Al Quran: Surah Al Muminun Ayt 12-15
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dpd sari pati tanah. Kemudian kami jadikan sari pati itu air mani pada tempat yg kukuh (rahim ibu). Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah (darah beku) lalu Kami jadikan darah beku itu seketul daging, kemudian Kami jadikan daging itu tulang2, kemudian Kami balut tulang2 dgn daging. Kemudian Kami bentuk dia menjadi makhluk yg lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik baik Pencipta. Kemudian sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati. Surah Al Mu'minun Ayt 12-15.
Friday, September 21, 2012
Jumaat 2 Jumaat
Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yg ada di langit dan di bumi tunduk sujud kpd Allah dan (antaranya termasuklah) matahari, bulan, bintang2, gunung ganang, pokok2 kayu, binatang2 dan sebahagian besar dpd manusia? Dan banyak pula (antara manusia) yg berhak di timpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya). Ingatlah sesiapa sesiapa yg dihinakan oleh Allah, maka dia tidak akan beroleh sesiapa pun yg dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah akan tetap melakukan apa yg dirancangkan Nya. Surah al Hajj Ayt. 18.
·
Saturday, September 15, 2012
Ramuan2 Kejayaan 7
Belajar berbuat baik dengan semua dan dengan ikhlas bukan hanya untuk mendapat projek atau urusniaga, kerana orang akan menyampah jika mereka dilupakan bila sudah tidak ada keperluan. Berbuat baik kepada semua adalah amalan Islam bukan semata mata panduan perniagaan. Mendapat projek atas dasar kepercayaan, kepakaran dan kemampuan adalah jauh lebih baik dpd sebab suapan.
Friday, September 14, 2012
Jumaat 2 Jumaat
Allah berfirman:"Turunlah kamu berdua dari syurga itu bersama sama dalam keadaan Setengah kamu menjadi Musuh bagi setengahnya yg lain, kemudian jika datang kpd kamu Petunjuk dpd Ku, maka sesiapa yg Mengikut petunjuk Ku itu, nescaya dia tidak akan SESAT dan dia pula tidak akan Menderita azab sengsara; dan sesiapa yg berpaling INGKAR dpd ingatan dan petunjuk Ku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yg Sempit dan Kami akan himpunkan pada hari kiamat dalam keadaan BUTA." Surah Taha Ayt 123-124. Semoga kita tidak menjadi orang yg melupakan ayat2 Allah lantas menjadi orang yg dilupakan serta ditinggalkan pada hari pengadilan.
Wednesday, September 12, 2012
Ramuan2 Kejayaan 6
Semua jenis perniagaan dan projek mempunyai risiko. Pastikan anda tidak terdedah kepada risiko yg terlalu tinggi sebelum menerima sebarang projek/urusniaga. Jauhi daripada menjalankan bisnis yg anda tidak ada kemahiran dan pengalaman kerana peluang untuk gagal amat tinggi. 90% rezeki datang daripada perniagaan, mula beri 20% ruang berfikir/merancang tentang masa depan dan peluang perniagaan anda, baki 80% untuk syarikat majikan anda.
Al Quran: Surah Al Taha Ayt 74-75
Sesungguhnya barang siapa dtg kepada Tuhannya dalam keadaan berdosa, maka sungguh, baginya adalah neraka jahanam. Dia tidak mati (terus merasakan azab) di dalamnyan dan tidak pula hidup (tidak dpt bertobat). Tetapi barang siapa yg datang kpd Nya dalam keadaan BERIMAN dan telah mengerjakan Kebajikan, maka mereka itulah orang yg memperoleh darjat yg tinggi (mulia). Surah Al Taha Ayt 74-75.
Monday, September 10, 2012
Al Quran:Surah Taha Ayt 2-7
Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepada mu untuk menyusahkan mu. Tetapi untuk menjadi peringatan bagi orang yg takut melanggar perintah Allah. Ia diturunkan dpd Tuhan yg menciptakan bumi dan langit yg tinggi. Tuhan Yang Maha Pemurah, bersemayam di atas Arasy. Dialah yg memiliki segala yg ada di langit dan yg ada di bumi serta yg ada di antara keduanya dan yg ada di bawah tanah di perut bumi. Jika engkau menguatkan ucapanmu (dlm zikir atau doa) maka sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yg tersembunyi. Surah Taha Ayt 2-7.
Friday, September 7, 2012
Ramuan2 Kejayaan 5
Gedung Ilmu yg terbesar terletak dalam Al Quran dan selainnya seperti ilmu fizik, kimia, perubatan, perundangan, perniagaan, Maritim dll adalah hanya ranting2 halus yg tidak sempurna tanpa di kaitkan dengan ilmu Allah. Kalau mahu betul2 berjaya kaji dan selaraskan ilmu, profession, kerja sosial dan lain2 aktiviti kita dgn yg di sarankan oleh Tuhan berpandukan Al Quran. Inshaalah kerja menjadi mudah, tido bertambah lena dan rezeki mencurah dan di berkati. Kalau masih belum dapat kaitkan apa yg kita lakukan dengan Al Quran tandanya kita masih jauh lagi untuk sampai ke pengkalan.
Jumaat 2 Jumaat
Dah lama saya tinggalkan blog tanpa posting, sempena Jumaat 7 Sept ini saya mulakan kembali dengan posting untuk ingatan bersama ini.
Jumaat 2 Jumaat: Katakanlah (wahai Muhammad):"Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah2 Tuhanku, sudah tentu akan kering lautan itu sebelum habis kalimah2 Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yg sebanding dengannya." Surah Al Kahfi Ayt 109. Ilmu yg di pinjamkan kpd kita amatlah sedikit jadi janganlah mudah berbangga apa lagi takbur dengan ilmu yg kita ada. Sebaiknya jadilah orang yg beriman dan beramal salih yg berpesan pesan dengan kebenaran serta berpesan pesan dengan kesabaran.
Subscribe to:
Posts (Atom)