Friday, May 16, 2014

MEMBUDAYAKAN SUNNAH-
SELAMAT HARI GURU!
السلام عليكم ورحمة الله ،
سلام حرمة، سلام سجهترا، سلام هاري كورو ....2014...y
"GURU PENCETUS KREATIVITI PENJANA INOVASI"...
"JMSR" mengajak semua warga SBV dan BV untuk sama2 mengucapkan "SELAMAT HARI GURU" 2014, kpg warga guru tak kira dimana mereka berada. Tanpa insan yg bergelar "GURU" dimanalah kita?!. Kita yg memiliki ilmu dan pekerjaan mengikut bidang pengkhususan masing2 hari ini, adalah hasil dari ajaran, asuhan dan didikan guru kita. Jesteru, jasa mereka wajib dikenang. Menghormati guru adala sunnah Rasulullah saw. Berdoalah untuk mereka. Kalau mereka, telah kembali kerahmatuLlah, maka sekalong "ALFATIHAH" kita hadiahkan...
Insan "GURU" mempunyai berbagai "GELARAN" sesuai dengan status dan kedudukkannya yg bertanggungjawab untuk melahirkan insan "MURID" yg berkualiti demi untuk berkhidmat kerana Allah kpd agama, keluarga, masyarakat dan negara.
GURU sebagai "MU'ALIM" (Pencetus Ilmu)
GURU sebagai "MUDARRIS" (Pengembang ilmu )
GURU sebagai "MURABBI" (Pendidik rohani)
GURU sebagai "MUADDIB" (Pengasuh budi)
GURU sebagai "MURSYID" (Perintis jalan)
GURU sebagai "MUYASSIR" (Pemudah cara/ Fasilitatur).
Dipanggil "MU'ALLIM", kerana peranan mereka memeberi ilmu kpd murid2 supaya menjadi insan yg berpengtahuan dalam bidang2 tertentu. Dipanggil "MUDARRIS", kerana peranan mereka untuk menjadikan murid2 mampu mengembang dan menterjemahkan ilmu yg dipelajari, mengikut jurusan dan bidang masing2.

Bergelar "MURABBI" dan "MUADDIB" kerana disamping mengajar, mereka juga memain peranan "mengasuh, mendidik, melentur (menta'dib)" jiwa dan rohani murid2 supaya mereka menjadi insan beahlak (berakhlaq) mulia, bermoral dan berbudi pekerti tinggi. Mereka tidak mahu murid mereka "berilmu" tapi tidak berakhlaq...Mereka mahu murid mereka menjadi insan "contoh", bukannya insan seperti kata pepatah "Cikgu kencing berdiri murid kencing berlari".


Bergelar sebagai "MURSYID" kerana peranan mereka sebagai "perintis" atau "pemandu" untuk memandu murid2 supaya kenal diri sendiri, kenal asal usul sekaligus kenal Allah swt selaku "Khaliq" (Pencipta). Dengan itu mereka tidak akan bongkak dan takbur bila berada dipuncak kejayaan. Sebaliknya semakin tinggi kejayaan yg mereka miliki, semakin dekat mereka dgn Allah swt, semakin menghormati ibu bapa, dan semakin jinak dengan masyarakat seperti kata pepatah "ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk jangan ikut resmi jagung makin berisi makin cenguk"....


Guru bergelar sebagai "MUYASSAR" kerana peranan mereka sebagai "fasilitetor" atau pemudah cara kpd murid2. Dengan kata lain guru bertindak selaku rakan kpd murid2. Dgn menjadikan dirinya sebagai fasilitetor, bukanlah bererti status guru akan berkurangan, sebaliknya dgn cara itu, proses pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan mantap...sebab penampilan mereka bukan untuk "DITAKUTI, DIGERUNI" tapi "DIHORMATI DISANJUNGI".


Melihat kpg berbagai GELARAN yg tertera diatas, sudah cukup untuk kita mengetahui betapa luasnya peranan GURU. Ia mencakupi dua demensi utama; "Zahir" dan "Batin" murid2 yg diajar.
Amir Syua'ra' Ahmad Shauqi Biq mendeklemasikan serangkap bait Syair untuk memberi penghormatan khusus kpd para guru:
قُمْ لِلْمُعَلِّمِ وَفُهِ التَّبْجِيْلَا &
كَادَ الْمُعَلِّمُ أَنْ يَكُوْنَ رَسُوْلَا
( Berdirilah Dan Berilah Penghormatan Kpg Guru $
Krn Hampir2lah Guru Itu Selaku Seorang Rasul).
"GURU SELAMA-LAMANYA DIKENANG SEBAGAI GURU; SEMASA BERTUGAS, SEMASA PENCIN DAN SELEPAS MENINGGAL DUNIA- PANGGILAN GURU/CIKGU TETAP KEKAL SAMPAI BILA2).
Jom Kita Sama2 Menghormati GURU...


TAKZIRAH DARI:
YM Ustaz Tuan Guru Hj Yahya Hj Mohd Razi SBV.

No comments: