Friday, September 14, 2012
Jumaat 2 Jumaat
Allah berfirman:"Turunlah kamu berdua dari syurga itu bersama sama dalam keadaan Setengah kamu menjadi Musuh bagi setengahnya yg lain, kemudian jika datang kpd kamu Petunjuk dpd Ku, maka sesiapa yg Mengikut petunjuk Ku itu, nescaya dia tidak akan SESAT dan dia pula tidak akan Menderita azab sengsara; dan sesiapa yg berpaling INGKAR dpd ingatan dan petunjuk Ku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yg Sempit dan Kami akan himpunkan pada hari kiamat dalam keadaan BUTA." Surah Taha Ayt 123-124. Semoga kita tidak menjadi orang yg melupakan ayat2 Allah lantas menjadi orang yg dilupakan serta ditinggalkan pada hari pengadilan.
Wednesday, September 12, 2012
Ramuan2 Kejayaan 6
Semua jenis perniagaan dan projek mempunyai risiko. Pastikan anda tidak terdedah kepada risiko yg terlalu tinggi sebelum menerima sebarang projek/urusniaga. Jauhi daripada menjalankan bisnis yg anda tidak ada kemahiran dan pengalaman kerana peluang untuk gagal amat tinggi. 90% rezeki datang daripada perniagaan, mula beri 20% ruang berfikir/merancang tentang masa depan dan peluang perniagaan anda, baki 80% untuk syarikat majikan anda.
Al Quran: Surah Al Taha Ayt 74-75
Sesungguhnya barang siapa dtg kepada Tuhannya dalam keadaan berdosa, maka sungguh, baginya adalah neraka jahanam. Dia tidak mati (terus merasakan azab) di dalamnyan dan tidak pula hidup (tidak dpt bertobat). Tetapi barang siapa yg datang kpd Nya dalam keadaan BERIMAN dan telah mengerjakan Kebajikan, maka mereka itulah orang yg memperoleh darjat yg tinggi (mulia). Surah Al Taha Ayt 74-75.
Monday, September 10, 2012
Al Quran:Surah Taha Ayt 2-7
Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepada mu untuk menyusahkan mu. Tetapi untuk menjadi peringatan bagi orang yg takut melanggar perintah Allah. Ia diturunkan dpd Tuhan yg menciptakan bumi dan langit yg tinggi. Tuhan Yang Maha Pemurah, bersemayam di atas Arasy. Dialah yg memiliki segala yg ada di langit dan yg ada di bumi serta yg ada di antara keduanya dan yg ada di bawah tanah di perut bumi. Jika engkau menguatkan ucapanmu (dlm zikir atau doa) maka sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yg tersembunyi. Surah Taha Ayt 2-7.
Friday, September 7, 2012
Ramuan2 Kejayaan 5
Gedung Ilmu yg terbesar terletak dalam Al Quran dan selainnya seperti ilmu fizik, kimia, perubatan, perundangan, perniagaan, Maritim dll adalah hanya ranting2 halus yg tidak sempurna tanpa di kaitkan dengan ilmu Allah. Kalau mahu betul2 berjaya kaji dan selaraskan ilmu, profession, kerja sosial dan lain2 aktiviti kita dgn yg di sarankan oleh Tuhan berpandukan Al Quran. Inshaalah kerja menjadi mudah, tido bertambah lena dan rezeki mencurah dan di berkati. Kalau masih belum dapat kaitkan apa yg kita lakukan dengan Al Quran tandanya kita masih jauh lagi untuk sampai ke pengkalan.
Jumaat 2 Jumaat
Dah lama saya tinggalkan blog tanpa posting, sempena Jumaat 7 Sept ini saya mulakan kembali dengan posting untuk ingatan bersama ini.
Jumaat 2 Jumaat: Katakanlah (wahai Muhammad):"Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah2 Tuhanku, sudah tentu akan kering lautan itu sebelum habis kalimah2 Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yg sebanding dengannya." Surah Al Kahfi Ayt 109. Ilmu yg di pinjamkan kpd kita amatlah sedikit jadi janganlah mudah berbangga apa lagi takbur dengan ilmu yg kita ada. Sebaiknya jadilah orang yg beriman dan beramal salih yg berpesan pesan dengan kebenaran serta berpesan pesan dengan kesabaran.
Thursday, October 6, 2011
Nor Villa - Rumah Terbuka Aidil Fitri 2011
Seperti lazim tahun ini shukur kami dapat menganjurkan majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri 2011 pada 17 Sept. sebagai majlis untuk merapatkan sirratulrahim diantara kami sekeluarga dengan saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga, anak2 yatim, anak2 thafiz STAM dan rakan perniagaan. Ia juga tanda shukur kami kepada rezeki yang Tuhan kurniakan kepada kami sepanjang tahun, terutama dapat menyempurnakan Ramadhan Al Mubarak dengan baik. Terima kasih kami ucapkan kepada yang sudi hadir bagi memeriahkan majlis kami, semoga sama2 kita mendapat keberkatannya.
Gambar sebelum majlis....
.
Nasi Arab untuk Mak Tok
.
Gambar kenangan sepupu2 di jambatan Nur
.
Mak Tok, Abg Pah dan keluarga..
.
Kambing bakar...... favourite tetamu kami...5 ekor terkorban
.
Cucur udang yang rangup dan sedap sangat..
.
Cedol.....habis sampai tak cukup...
.
Rencah2 untuk laksa johor...
.
Nasi Arab.....memang lazat dan mengancam...
.
Hidangan lauk pauk....
.
Keluarga Abg Nan dari JB
.
Keluarga Samad, jiran yang ramah...
.
Gambar bersama keluarga Dato' Zul dan Capt. Nasir
.
Subscribe to:
Posts (Atom)