Friday, November 30, 2012
Jumaat 2 Jumaat
Wahai manusia! Sesungguhnya engkau telah berpenat lelah (beramal) untuk menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuinya.
..
Maka sesiapa yg diberi buku catatan amalannya disebelah tangan kanannya. Maka ia akan dihisab dengan cara yg mudah dan ringan; Dan dia akan kembali kpd kaum keluarganya (yg beriman di dalam syurga) dengan sukacita.
..
Dan sesiapa yg diberi buku catatan amalannya dari sebelah belakangnya. Maka dia akan meraung menyebut yebut kebinasaannya (Binasalah aku). Dan dia akan menderita dgn pembakaran api neraka yg marak menjulang. Sesungguhnya dia semasa di dunia dahulu bergembira dikalangan kaum keluarganya (yg juga kufur ingkar).
Surah Al Inshiqaq Ayt 6-13.
Saturday, November 24, 2012
Ramuan2 Kejayaan 18
Hakikatnya dalam perniagaan tetap ada persaingan. Ada persaingan yg sihat dan ada yg Jahat - yg menggunakkan taktik kotor seperti menabur fitnah memburokkan lawan, mencuri idea, mencuri pelanggan, kakitangan dll.
Jaga rahsia dan maklumat perniagaan supaya tidak jatuh kepada pesaing dan sentiasa peka kepada perkembangan semasa bidang perniagaan yg anda ceburi. Bersedia untuk membuat perubahan dan penambahbaikan untuk terus bersaing dan menjadi antara yg terbaik. Jangan mudah percaya kepada yg mulut dan janjinya terlalu manis dan mudah menjanjikan yg diluar jangkauan normal.
Al Quran: Surah Al Jinn, Ayt 1-2
Katakan (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (al Quran yg aku bacakan) lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata ,"Sesungguhnya kami telah mendengar al Quran yg sungguh menakjubkan. Kitab yg memberi Panduan ke jalan yg benar, lalu kami Beriman kepadanya dan kami tidak sekali kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami." Surah Al Jinn. Ayt 1-2.
Friday, November 23, 2012
Jumaat 2 Jumaat
Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat Resah Gelisah (lagi bakhil kedekut); Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat Bakhil; Kecuali orang yg megerjakan Solat, iaitu orang yg tetap mengerjakan solat mereka; Dan mereka yg dalam Harta2 mereka tersedia bahagian yg tertentu, bagi orang Miskin yg meminta dan tidak meminta. Surah Al Ma'arij. Ayt 19-25. Jadikan solat sebagai benteng melawan fitnah dan kerakusan dunia dan diri.
Wednesday, November 21, 2012
Al Quran: Surah Al Mulk Ayt 21-22
Atau siapakah yg memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezeki Nya? (Tidak ada sesiapa pun) bahkan mereka (yg musyrik itu) terus menerus dalam keadaan sombong angkuh dan menjauhkan diri (daripada kebenaran). Maka apakah orang yg berjalan (melalui jalan yg tdak betul, yg menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur diatas mukanya lebih banyak mendapat hidayah atau orang yg berjalan tegak betul melalui jalan yang lurus rata? Surah Al Mulk. Ayt 21-22. Teruslah berada dijalan yg betul dan lurus walaupun pada zahirnya ia nampak menyusahkan.
Tuesday, November 13, 2012
Ramuan2 Kejayaan 17
Jangan malu untuk bermimpi dan berangan angan untuk jadi kaya dan berjaya. Kerana yg akan membezakan orang berjaya dan gagal adalah usaha yg dilakukan untuk mencapai mimpi dan angan2 tadi! Berfikir, berbincang dan mengatur stretegi untuk mencapai impian adalah percuma.....bila nak laksanakan mungkin perlu modal, kalau tak cukup wang, kecilkan projek atau gunakan networking dan cari rakan kongsi yg sanggup melabur untuk idea & pelan bisnis mantap anda. Selamat berusaha dan berjaya.
Monday, November 12, 2012
Al Quran: Surah Al Waqi'ah 62-67.
Sesungguhnya kamu telah pun mengetahui tentang penciptaan diri kamu kali pertama, maka mengapa kamu tidak mengambil pengajaran (bahawa Allah yg telah menciptakan kamu dari tiada kpd ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak.
(Sekiranya kamu berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yg kamu tanam? Kamukah yg menumbuhkannya atau Kami yg menumbuhkannya? Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering dan kosong (tiada biji dan isi), maka dengan itu kamu akan berada dlm keadaan hairan dan tercengang. (Sambil berkata) "Sesungguhnya kami menanggung kerugian, bahkan kami hampa (kerana tidak mendapat sebarang hasil).
Subscribe to:
Posts (Atom)