Ramalan nujum pak belalang dari blog pro pembangkang seperti Malaysian Insider, Malaysiakini, Malaysia Today dan juga Sakmongkol meleset apabila BN berjaya menumpaskan PKR di Hulu Selangor dengan kelebihan 1,725 undi. Walaupun berdepan dengan cabaran yang hebat dari PR yang memerintah Selangor serta masallah pemilihan calon yang tidak direstui MIC, MCA yang baru keluar dari ICU dan juga orang UMNO yang mahukan calon Melayu, akhirnya BN berjaya juga. Kemenangan tetap kemenangan dan ia adalah lebih dari 198 undi majoriti yang diperolehi PKR dahulu. Seperti biasa undi kaum Cina tidak boleh diharapkan langsung manakala kesetiaan pengundi Melayu telah membawa kemenangan ini.
.
Syabas kepada jentera BN yang bertungkus lumus untuk memastikan kemenangan. Namun mulai sekarang BN perlu berkerja lebih kuat memenuhi janji yang dibuat serta meneruskan khidmat kepada rakyat. Kemenangan kali ini tidak akan menjanjikan kemenangan pada PRU 13 nanti. Kamalanathan perlu membuktikan yang dia adalah pilihan yang tepat bagi pengundi Hulu Selangor.
.
Bagi pihak PKR terimalah kekalahan ini dengan hati terbuka dan hentikan sikap suka menyalahkan pelbagai pihak bila kalah. Anda telah melakukan segalanya yang baik dan buruk untuk memenagi pilihan raya kecil ini, tetapi gagal. Salahkan diri sendiri dan kalau mahu menang dimasa depan berkhidmat dan kerja dengan lebih keras untuk rakyat. Jangan asik berpolitik, tetapi pembangunan dan kepentingan rakyat tidak dijaga.
.
Pada Zaid yang telah kalah, tak payahlah menuduh kononnya BN membeli undi, kerana rakyat lebih cerdik daripada itu. Dia patut malu meminta sokongan orang Melayu kerana telah banyak kali memperlekehkan kepentingan Melayu dan Islam dengan menyokong kaum yang mempertikai keistemewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan.