Saturday, April 24, 2010

HULU SELANGOR .... JATUH ke Tangan BN ?


Malam ini pertembungan akhir antara pemimpin besar BN dan PR untuk memenagi hati rakyat Hulu Selangor yang akan keluar mengundi esok. Perhimpunan BN di ketuai oleh PM Najib, Tun Mahathir dan Tan Sri Mahyuddin manakala Anwar, Nik Aziz dan Lim Kit Siang cuba merubah arus yang nampaknya condong ke BN.
.
Malaysian Insider cuba menyoalkan tindakan PM Najib berkerja sepenuh hati untuk pilihan raya kecil ini dan menyatakan kemenangan kurang daripada 3,000 undi akan kurang bermakna dan boleh dipersoalkan. Nampaknya Malaysian Insider pura pura lupa yang PM Najib mengetuai UMNO Selangor dan sejak bila kemenangan lebih darpada 3,000 menjadi kritria mutlak sebagai kemenangan sedangkan PKR hanya menang kurang daripada 200 undi dahulu. Sebagai ketua UMNO Selangor dan PM, ia menjadi tanggung jawab beliau untuk memastikan kemenangan di Hulu Selangor.
.
Namun yang akan menentukan kemenangan esok adalah pengundi yang pasti dapat membezakan perbezaan besar antara hala tuju BN dan PR. Mereka arif tentang hala tuju BN dahulu dan kini yang dipimpin oleh PM Najib. Dalam setahun Najib telah dapat membuktikan bahawa beliau mempunyai wawasan, kebijaksanaan dan tenaga untuk membawa Malaysia dan rakyatnya ketahap yang lebih tinggi dengan kepentingan rakyat menjadi keutamaan. Konsep 1 Malaysia yang beliau utarakan mulai mendapat sokongan majoriti rakyat. Pada dasarnya mengundi BN esok merupakan sokongan kepada beliau di samping Kamalanathan yang bertanding. Tindakan Najib memilih Kamalanathan membuktikan sikap setiakawan dan tidak membezakan bangsa dalam kepimpinannya. Ini nampaknya telah mematahkan tomahan PR yang kononnya UMNO itu parti perkauman. Sebenarnya untuk melihat perubahan dan kebaikan yang sedang dibawa oleh pentadbiran Najib amat mudah bagi mereka yang berfikiran terbuka.
.
PKR yang tidak mesra kepada kepentingan Melayu dan Islam nampaknya bergantung kepada PAS untuk memujuk pengundi Melayu menyokong Zaid. Nik Aziz merupakan harapan akhir PKR untuk memujuk pengundi Melayu. Kalau dilihat daripada track record Zaid yang seperti anti Melayu dan Islam ( perjuangkan kesamarataan dengan menidakkan keistemewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan menentang hukum Hudud serta menyokong Lina Joy )dalam tindak tanduknya terdahulu maka Nik aziz mempunyai tugas yang berat untuk merubah arus. Nik Aziz cuba menggunakan isu APCO yang kononnya syarikat Israel tanpa mengindahkan keyataan resmi syarikat tersebut bahawa mereka tidak terlibat dengan rejim Israel agak remeh. Dia pura pura lupa bahawa sahabatnya Anwar lah yang memburukkan Malaysia diluar negara dengan pelbagai fitnah dan kalau tidak kerana usaha buruk tersebut kerajaan tidak perlu membazir duit melawan fitnah tersebut. Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dari dahulu hingga sekarang tapi yang jelas Anwar Ibrahim lah yang mempunyai ramai kawan rapat Yahudi yang mahu melihat Malaysia hancur. Nik Aziz pun sedang bertarung untuk membersihkan diri daripada kemelut menantu dan pemberian balak di Kelantan ( rujuk blog Kickdefella ) . Sikap dia meremehkan arahan Sultan Selangor supaya Mesjid tidak dijadikan medan ceramah politik juga akan memakan diri. Nampaknya Nik Aziz mempunyai tugas yang berat di Hulu Selangor dan besar kemungkinan beliau akan gagal.
.
Bagi pengundi jalankanlah tanggung jawab dengan fikiran terbuka, pilih yang terbaik. Bagi orang Melayu janganlah risau, mengundi calon BN adalah mengundi barisan yang diterajui oleh orang Melayu, seperti yang terbukti lebih daripada 50 tahun. Nilai BN dengan pimpinan semasa yang sedang membawa perubahan kearah lebih baik dan mesra rakyat.
.
Semoga calon dan parti yang terbaik akan menang esok. Selamat mengundi dan cintai negara anda MALAYSIA.

No comments: