Wednesday, April 7, 2010

Najib go for broke @ Hulu Selangor

PM Najib telah membuat keputusan menghormati perjanjian BN dan terus pertaruhkan MIC di pilihan raya kecil Hulu Selangor. Mungkin mengikut ahli fikir dan penasihat beliau meletakkan wakil MIC akan memberi lebih kekuatan dari kelemahan. Mungkin dia ingin membuktikan yang BN merentasi batas bangsa dan agama maka sanggup " go for broke". Kalau menang ia akan menjadi menang besar tapi kalau kalah boleh berpegang kepada semangat setiakawan BN, sanggup kalah demi perjanjian. Mungkin juga ini sebagai tanda penghargaan beliau kepada rating 77% sokongan kaum India terhadapnya dalam Merdeka Centre survey.
.
Nampaknya yang akan menjadi penentu dalam pilihan raya ini adalah orang Melayu kerana sokongan kaum China kepada BN dijangka tidak akan berubah. Adakah suasana politik semasa telah memberi kekuatan kembali kepada BN untuk pertaruhkan MIC, walaupun suara akar umbi Melayu lebih menjurus kepada wakil daripada UMNO. Mungkin Najib telah bersedia untuk kalah bagi membuktikan setiakawannya. Bagaimana kalau rakyat di Hulu Selangor merasakan suara mereka tidak didahulukan dalam pemilihan calon BN? Atau Hulu Selangor bukanlah penting sangat sebab ia tidak akan merubah kedudukan kerajaan negeri Selangor.
.
Nampaknya disini PKR menarik nafas lega kerana keputusan BN telah memberi kelebihan kepada mereka yang akan menurunkan calon Melayu. Pertarungan di Hulu Selangor akan menjadi hebat dengan wakil rakyat bebas memainkan peranan mereka, sementara PKR bertarung dengan krisis kredibiliti apabila ramai pemimpin mereka tinggalkan parti. Peningkatan rating Najib dan kerajaan masih belum menjadi penentu kepada kemenangan di Hulu Selangor. BN terpaksa berkerja lebih keras daripada biasa untuk menang, sementara PR seperti biasa akan menggunakan teori konspirasi dan menjaja keburukan BN untuk menang.
.
Apapun kita mengharapkan pertandingan akan berjalan dengan teratur dan tenteram tanpa kekecohan dan tindakan diluar batas undang undang. Janganlah berkempen sampai lupa dosa pahala serta kebenaran dan pembohongan.

No comments: