Sunday, July 11, 2010

PR untuk Murid PhD luar... Menteri Masih Berdegil

Hari ini Menteri Pengajian Tinggi di Utusan Malaysia masih berdegil supaya PR diberikan kepada kononnya murid PhD luar negara yang cermelang. Kononnya Negara memerlukan mereka untuk terus maju dan membeli bakal saintis ini dengan gula2 PR. Cetek betul pemikiran Menteri ini yang kononnya mengikut model negara maju membeli pakar dengan gula2 PR. Dalam dunia tanpa sempadan ini penyelidikan dalam apa bidang sekali pun boleh dijalankan dimana 2 dan tidak perlu jadi PR Malaysia untuk membuat penyelidikan untuk Malaysia.
.
Cuba terangkan dalam bidang apa yang Pak Menteri maksudkan kita perlukan murid PhD cermelang ini sumbang dan bangunkan? Bidang Nuclear, Aerospace, Bio Technology dan apa lagi? Ramai murid cermelang tahap Degree dan Masters yang boleh dan patut dikumpul diberi segala sokongan dan keistemewaan untuk memenuhi keperluan Negara. Malahan ramai yang telah mempunyai PhD masih terbiar tidak digunakan sepenuhnya untuk mencapai matlamat yang Pak Menteri hajatkan. Contoh yang paling mudah kita kata murid kita lemah dalam bahasa Inggeris dan jawapannya nak bawa masuk guru bahasa Inggeris dari luar negara untuk selesaikan masallah kita, sedangkan disalah satu Universiti utama beratus guru bahasa inggeris tidak dipergunakan sewajarnya malahan Fakulti Bahasa diturun taraf jadi pusat bahasa dan guru bahasa Inggeris pakar ini diagihkan macam tenaga tidak berguna. Janganlah berangan hendak jadi negara Nuclear sekelip mata, kalau berhajat ramai graduan Physics yang boleh dikumpul beri keutamaan untuk jadi saintis masa depan.
.
Pekara yang penting jalankan satu perancangan mantap degan ganjaran yang setimpal kepada para saintis dan bakal saintis Malaysia janganlah bayar RM 10 K - RM 20 K dan harap hendak jadi jaguh dunia. Murid PhD cermelang luar negara yang dididik oleh Professor kita belum tentu akan jadi saintis yang berjaya jauh lagi untuk berkorban untuk negara ini. Nampaknya Pak Menteri memberi ruang yang amat baik untuk parti lawan membelasah kerajaan dalam isu ini. Entahlah kenapa pemikiran yang tidak tinggi ini boleh lahir diminda Pak Menteri.
Cuba fikir kenapa Malaysia dengan pasarana canggih, jumlah rakyat 25 juta tidak masuk piala dunia sedangkan negara dengan 3 juta penduduk, negara daif dari benua Afrika boleh bertanding tahap dunia dalam bola sepak FIFA. Adakah PR jawapannya?????

3 comments:

luahfikiran said...

Salam.
Apakah kita kekurangan graduan berpendidikan tinggi dan cemerlang sehingga menyebabkan kita perlu mengambil orang luar ? LF yakini kalau setakat menjalankan penyelidikan (dalam bidang apa sekalipun), ramai rakyat kita sendiri yang berkebolehan untuk melaksanakannya ! Idea memberi status PR ini sebenarnya idea siapa?

jaflam said...

Salam Prof LF, itulah yang saya tak faham dan siapa yang bagi idea kat Pak Menteri.Malangnya dia pun tak dapat membezakan cadangan yang baik dan buruk. Pemikiran yang masih dijajah dan tidak percaya pada kebolehan anak bangsa sendiri.

Pak Zawi said...

Salam Dato',
Ini lah padahnya jika kita mempunyai Menteri yang mentality nya rendah dan ketiadaan modal untuk membangunkan negara.