Wednesday, January 5, 2011

SUK Selangor dan Penderhaka Gagap



Rasa marah pun ada dan hendak tergelak pun ada bila melihat MB Khalid menjawab soalan pemberita di Berita TV3 malam tadi. Body language dan gagap Khalid makin bertambah bila cuba menjawab tentang titah Sultan Selangor mengenai kemelut perlantikan SUK baru. Dari situ jelas kita dapat lihat siapa yang rasa bersalah dalam isu yang tidak patut timbul ini.
.
Khalid cuba bercakap seperti peguam tetapi malang tafsiran beliau tentang undang undang yang berkaitan sama gagap dengan percakapannya. Cuba cakap terus terang kenapa tidak suka sangat dengan bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor itu..... kerana Islam dia kurang ke? Dia rasuah ke? Terlalu tegas menjalankan tugas ke? Tak mahu mengikut telunjuk ahli politik ke? Tidak payahlah cuba berselindung atas alasan tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh SPA tentang perlantikan tersebut.
.
Mungkin kemelut ini ada hikmahnya sebab bagi yang tidak fanatik maka jelaslah kini siapa petualang bangsa dan agama sebenar. Siapakah penderhaka yang yang mahu mengenepikan fungsi Sultan dalam memerintah Selangor. Baru pertama kali rakyat bagi peluang mentadbir Selangor dah jadi huru hara macam ini, kalau 50 tahun memerintah mungkin Selangor jadi Singapura tidak berraja.
.
Rakyat tidak bodoh dan akan menghukum penderhaka dan mereka yang hanya pandai putar belit. Nampaknya usia PKR tidak akan panjang seperti yang diimpikan.... Ku sangkakan panas hingga kepetang rupanya hunjan ditengah hari.......

3 comments:

Kama At-Tarawis said...

Salam.. Tuhan tu Maha Kaya. Kalau Dia nak tunjuk, sekejap aja ..

jaflam said...

Btul kama... akhirnya kebenaran akan tetap timbul. Manusia hanya blh merancang...Allah akan tentukan. Bekas pengarah agama pun hendak dianiya... cukup tak faham.

Anonymous said...

makin bertambah benci aku dgn umno apco ni, undang undang di langar semacam