Showing posts with label Sultan Selangor. Show all posts
Showing posts with label Sultan Selangor. Show all posts

Wednesday, January 5, 2011

SUK Selangor dan Penderhaka Gagap



Rasa marah pun ada dan hendak tergelak pun ada bila melihat MB Khalid menjawab soalan pemberita di Berita TV3 malam tadi. Body language dan gagap Khalid makin bertambah bila cuba menjawab tentang titah Sultan Selangor mengenai kemelut perlantikan SUK baru. Dari situ jelas kita dapat lihat siapa yang rasa bersalah dalam isu yang tidak patut timbul ini.
.
Khalid cuba bercakap seperti peguam tetapi malang tafsiran beliau tentang undang undang yang berkaitan sama gagap dengan percakapannya. Cuba cakap terus terang kenapa tidak suka sangat dengan bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor itu..... kerana Islam dia kurang ke? Dia rasuah ke? Terlalu tegas menjalankan tugas ke? Tak mahu mengikut telunjuk ahli politik ke? Tidak payahlah cuba berselindung atas alasan tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh SPA tentang perlantikan tersebut.
.
Mungkin kemelut ini ada hikmahnya sebab bagi yang tidak fanatik maka jelaslah kini siapa petualang bangsa dan agama sebenar. Siapakah penderhaka yang yang mahu mengenepikan fungsi Sultan dalam memerintah Selangor. Baru pertama kali rakyat bagi peluang mentadbir Selangor dah jadi huru hara macam ini, kalau 50 tahun memerintah mungkin Selangor jadi Singapura tidak berraja.
.
Rakyat tidak bodoh dan akan menghukum penderhaka dan mereka yang hanya pandai putar belit. Nampaknya usia PKR tidak akan panjang seperti yang diimpikan.... Ku sangkakan panas hingga kepetang rupanya hunjan ditengah hari.......

Tuesday, December 15, 2009

Sultan Selangor & Raja Muda


Tengku Amir & Tetamu Jemputan
.
DYMM Sultan Selangor selamat menyempurnakan majlis keputeraan Tuanku sabtu lalu di Istana Shah Alam. Seperti biasa dalam majlis tersebut Tuanku memberi pengiktirafan kepada mereka mereka yang telah berjasa kepada negeri Selangor, melalui pingat pingat kebesaran negeri Selangor. Majlis berjalan penuh istiadat dan sempurna manakala kemanisan dimuka muka yang mendapat pengiktirafan Tuanku amat jelas.

Sebagai Raja yang berjiwa Rakyat, Tuanku dalam titahnya mengingatkan pemimpin, kakitangan awan dan rakyat menyempurnakan tanggung jawab masing masing dalam memastikan kehidupan yang sejahtra, aman dan damai di Selangor. Penekanan diberi kepada pemimpin politik agar lebih berkerja daripada membakar isu yang tidak membawa kebaikan kepada rakyat dan negeri. Pekara ini telah pun dilapurkan dalam semua akhbar dan media siber.

Yang menarik perhatian saya pada majlis tersebut adalah buat kali pertama Sultan telah membawa sama Raja Muda duduk disebelah Tuanku. Bahkan pada majlis perasmian Mesjid Klang sehari sebelum itu, Raja Muda juga turut sama dalam majlis perasmian dan membaca Yassin di Mesjid baru tersebut. Walaupun Raja Muda baru berusia 19 tahun tapi program mendidek beliau telah bermula bagi menjadikannya Raja berjiwa rakyat. Sebagai seorang Raja yang berpelajaran, prihatin dan berwawasan Tuanku merupakan diantara Raja Raja Melayu yang boleh dibanggakan. Sifat Tuanku yang memahami tanggung jawab sebagai Raja berpelembagaan dan mengikuti segala perkembangan semasa dalam pentadbiran, ekonomi dan sosial, menjadikan beliau begitu penting dalam perjalanan pentadbiran dan politik Selangor masa kini.
.
Semoga Tuanku dapat mendidik Tengku Amir menjadi pelapis yang hebat dalam menyumbang kepada kesejahtraan dan pembanguanan Selangor pada masa depan.

Saturday, February 14, 2009

DAP & NIZAR YANG MASIH BIADAB

Lim Guan Eng masih mempertahankan tindakan DAP dan Nizar yang tidak mahu menerima keputusan Sultan Perak setelah hilang majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Perak. DAP hilang kuasa di Perak akibat mainan politik "lompat katak"yang diterajui oleh pemimpin agung PR Anwar Ibrahim. Mereka bercakap seperti Raja mahu Sultan mengikut kehendak mereka dan berselindung disebalik Mahkamah kononnya.

Bayangkanlah jika pemimpin seperti ini berkuasa sepenuhnya, keadilan rupa mana yang akan mereka anuti. Bagi yang masih kabur penglihatan dan hati, lihatlah ke negeri jauh di selatan, apa dah jadi pada Melayu dinegeri itu. Lihatlah lebih jauh daripada pandagan mata, baca apa yang TERSIRAT dan bukan yang TERSURAT daripada mereka ini.

Jangan terlena dengan sandiwara mereka hingga negara tergadai. Bangunlah Raja Raja Melayu, pemimpin dan rakyat yang cintakan kesejahtraan dan keharmonian, bersama kita tentang penderhaka ini.

KENYATAAN AKHBAR KHAS PENEGASAN TERHADAP PERGOLAKAN POLITIK YANG BERLAKU DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa pada beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan beta Perkara ini lebih-lebih lagi dirasai oleh beta kerana DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah ayahanda saudara beta. Malah, keluarga diraja kedua-dua buah negeri ini mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.

DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang beta kenali adalah seorang tokoh yang tinggi ilmu serta pengalaman perkhidmatan perundangan dan kehakiman baginda, sesuai dengan kedudukan baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara. Baginda dan keluarga baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat jelata, sehinggakan kebanyakan tindakan baginda akan bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar-pakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit. Apa yang kita dapat saksikan yang telah dan sedang berlaku semenjak minggu lalu di negeri Perak amat membimbangkan sesiapapun yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama. Kejahilan terhadap peruntukan undang-undang negeri dan persekutuan, ketaksuban terhadap pihak-pihak tertentu, kehilangan pertimbangan ketika emosi terganggu, keangkuhan yang membutakan diri terhadap hak dan kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kebiadaban sebagai anak watan negeri Perak dan warga negara Malaysia serta mudahnya golongan-golongan tertentu terpedaya dengan budaya “mob" amat memalukan. Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, “barulah kita kenal siapa kaca siapa permata”. Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang “marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar”.
Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita. Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa. Kegawatan ekonomi yang semakin meruncingkan di peringkat global dan serantau menuntut kita supaya memantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.
Kepada mereka yang telah berkali-kali mencabar hak, peranan serta kedudukan yang telah dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan, termasuk peranan institusi raja-raja, maka beta ingin menasihatkan supaya rakyat menggunakan pertimbangan dari akal fikiran yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.

Beta terus mendoakan agar Allah SWT akan terus memelihara kita bersama dan menganugerahkan kita dengan hati yang terang, jiwa yang tenang, fikiran yang tajam, perjalanan yang mudah, tindakan yang betul, perhubungan yang harmonis serta waja diri yang unggul untuk mengemudikan negara kita secara bersama dalam mengharungi proses kemajuan seterusnya. (DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ) SULTAN SELANGOR 13 Februari 2009