Monday, August 29, 2011

Menyambut 1 Shawal - Raya Aidil Fitri



Nampaknya Ramadan 2011 akan menutup tirainya maghrib ini, setelah sebulan kita berpuasa bagi merebut ganjaran berlipat ganda yang di tawarkan oleh Allah. Ramadan dikurniakan pada umat Muhammad bagi membantu kita yang hidup tidak panjang mana dan amat sedikit masa amalan berbanding umat terdahulu. Ia juga bagi menambah pahala mengisi ruang2 kosong dalam amal kita sepanjang tahun. Yang lebih penting semoga kita mendapat janji Allah menjadi orang yang lebih bertaqwa serta mendapat Rahmat, Keampunan dan Bebas dari api Neraka di akhir Ramadan.



Dua kegembiraan orang berpuasa ada lah bila berbuka puasa dan bila bertemu dengan Allah diakhirat nanti. Mudah mudahan kita telah menggunakkan Ramadan tahun ini dengan sepenuhnya dan kini bersedia untuk menyambut Aidil Fitri dengan gembira. Sebagai ingatan bersama marilah kita sambut 1 Shawal dengan cara yang berhemah dan seperti yang dianjurkan oleh Islam. Pastikan kita ikuti saranan berikut seperti yang diberikan oleh Ustaz Dr. Hassan dalam satu kuliah subuhnya.



1. Bertakbir sebanyak mungkin dan dimana2 juga kita berada bukan hanya di Surau atau Mesjid sahaja. Bertakbir bersama keluarga dirumah mahu pun dalam kereta semasa perjalanan.



2.Hidupkan malam 1 Shawal dengan sembahyang tahjjud, tasbih, taubat, hajat, shukur dsb, berzikir dan berselawat ke atas Nabi SAW. Bagi mereka yang menghidupkan malam 1 Shawal, Allah akan Hidupkan hati mereka ketika hati orang lain Mati ...semoga kita mendapat janji Allah ini.



3. Mandi Sunat Raya pada pagi Raya bagi menggugurkan baki dosa dibadan kita. Sunat makan sebelum ke mesjid dan pastikan datang lebih awal daripada Imam. Pilihlah jalan yang berlainan semasa pergi dan balik daripada mesjid.



4. Mendengar Khutbah raya dengan tertib. Bila bersalaman dengan keluarga dan kawan2 Doakan " Moga2 Allah terima amalan kita " ( Takabaruallah Hu Minkum )



5. Ziarah mengziarahi antara kita terutama orang miskin.



Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Maaf Zahir Batin


Moga2 Allah terima segala amalan kita di Ramadan 2011. Amin




Wednesday, August 17, 2011

Sepetang di Surau Al Sobah



Anak2 Thafiz STAM sampaikan Kasidah
.

Hari ini masuk hari ke 17 kita berpuasa dan bersamaan hari Nuzul Al Quran. Nikmat berpuasa mula meresap dalam diri dan rasa sayu mula datang kerana bulan yang penuh berkat dan ganjaran Allah akan meninggalkan kita dalam masa 13 hari sahaja lagi. Harap harap kita dapat segala ganjaran yang ditawarkan oleh Allah dengan amal kita yang masih sedikit ini. Harap harap kita mendapat keberkatan, keampunan dan dijauhi daripada api neraka berkat amalan kita disepanjang ramadan ini. Sebab kita belum tentu dapat bertemu Ramadan tahun depan. Pada bulan ramadan inilah paling ramai umat Islam yang mendapat keampunan daripada Allah kerana doa orang yang berpuasa tidak ditolak oleh Allah dan semua Malikat di Araz mendoakan agar kita mendapat keampunan daripada Allah.

.

Kalau kita terus istiqamah menjalankan ibadah yang wajib, sunat, membaca Al Quran, bersedekah, zakat dan fitrah, InshaAllah kita akan diketemuakan dengan malam yang lebih baik daripada seribu bulan ia itu malam Lailatul Qadar. Maka lebihkanlah sembahyang malam, tahjjud, taubat, hajat dan shukur. Kalau bertemu dengan malam itu mohonlah keberkatan, keampunana dan syurga Allah. Mohonlah agar kita terus hidup dalam iman dan taqwa serta berjaya didunia dan akhirat.

.

Semalam di Suarau Al Sobah petangnya diisi dengan bacaan Yassin dan Tahlil diikuti dengan buka puasa ringan dan sembahyang maghrib. Lepas maghrib baru jemaah dijamu dengan nasi putih, kari tenggiri, ayam goreng, sambal udang dan sayur kobis. Alhamdulillah hampir dua ratus jemaah berbuka disurau semalam termasuk 27 anak2 dari Thafiz Al Quran STAM. Selepas solat Ishak, diteruskan dengan solat terawih dan syarahan agama mengenai Nuzul Al Quran oleh Ustaz Yahya. Beliau menerangkan tetang tanggung jawab kita menjaga Al Quran dengan melaksanakan perkara2 berikut: 1) Beriman kepada Al Quran (2) Membaca Al Quran dengan betul dan tertib (3) Memahami isi Al Quran (4) Mengamalkan Al Quran dalam kehidupan seharian kita. Mudah2an kita akan mendapat perlindungan dan keberkatan Allah serta mendapat syafaat Al Quran dihari perhintungan kelak.

.

Anak2 dari Thafiz Al Quran STAM sempat menyampaikan dua lagu Kasidah bagi mengisi majlis Nuzul Al Quran tahun ini. Semoga bulan Ramadan tahun ini menjadi tarbiah bagi kita memperbaiki diri dan menyiapkan diri untuk mengharungi sebelas bulan akan datang dengan istiqamah dan takwa. Maklumkan kita jauh dari kesempurnaan dan selalu melakukan kesilapan dalam melalui dugaan dunia. Selamat beramal.