Wednesday, August 17, 2011

Sepetang di Surau Al Sobah



Anak2 Thafiz STAM sampaikan Kasidah
.

Hari ini masuk hari ke 17 kita berpuasa dan bersamaan hari Nuzul Al Quran. Nikmat berpuasa mula meresap dalam diri dan rasa sayu mula datang kerana bulan yang penuh berkat dan ganjaran Allah akan meninggalkan kita dalam masa 13 hari sahaja lagi. Harap harap kita dapat segala ganjaran yang ditawarkan oleh Allah dengan amal kita yang masih sedikit ini. Harap harap kita mendapat keberkatan, keampunan dan dijauhi daripada api neraka berkat amalan kita disepanjang ramadan ini. Sebab kita belum tentu dapat bertemu Ramadan tahun depan. Pada bulan ramadan inilah paling ramai umat Islam yang mendapat keampunan daripada Allah kerana doa orang yang berpuasa tidak ditolak oleh Allah dan semua Malikat di Araz mendoakan agar kita mendapat keampunan daripada Allah.

.

Kalau kita terus istiqamah menjalankan ibadah yang wajib, sunat, membaca Al Quran, bersedekah, zakat dan fitrah, InshaAllah kita akan diketemuakan dengan malam yang lebih baik daripada seribu bulan ia itu malam Lailatul Qadar. Maka lebihkanlah sembahyang malam, tahjjud, taubat, hajat dan shukur. Kalau bertemu dengan malam itu mohonlah keberkatan, keampunana dan syurga Allah. Mohonlah agar kita terus hidup dalam iman dan taqwa serta berjaya didunia dan akhirat.

.

Semalam di Suarau Al Sobah petangnya diisi dengan bacaan Yassin dan Tahlil diikuti dengan buka puasa ringan dan sembahyang maghrib. Lepas maghrib baru jemaah dijamu dengan nasi putih, kari tenggiri, ayam goreng, sambal udang dan sayur kobis. Alhamdulillah hampir dua ratus jemaah berbuka disurau semalam termasuk 27 anak2 dari Thafiz Al Quran STAM. Selepas solat Ishak, diteruskan dengan solat terawih dan syarahan agama mengenai Nuzul Al Quran oleh Ustaz Yahya. Beliau menerangkan tetang tanggung jawab kita menjaga Al Quran dengan melaksanakan perkara2 berikut: 1) Beriman kepada Al Quran (2) Membaca Al Quran dengan betul dan tertib (3) Memahami isi Al Quran (4) Mengamalkan Al Quran dalam kehidupan seharian kita. Mudah2an kita akan mendapat perlindungan dan keberkatan Allah serta mendapat syafaat Al Quran dihari perhintungan kelak.

.

Anak2 dari Thafiz Al Quran STAM sempat menyampaikan dua lagu Kasidah bagi mengisi majlis Nuzul Al Quran tahun ini. Semoga bulan Ramadan tahun ini menjadi tarbiah bagi kita memperbaiki diri dan menyiapkan diri untuk mengharungi sebelas bulan akan datang dengan istiqamah dan takwa. Maklumkan kita jauh dari kesempurnaan dan selalu melakukan kesilapan dalam melalui dugaan dunia. Selamat beramal.

1 comment:

acep said...

sungguh anak" yang pintar,,

memang islam agama yang paling indah