Dia menciptakan kamu dari diri yg satu (Adam) kemudian Dia menjadikan daripadanya - isterinya (Hawa); dan Dia mengadakan untuk kamu binatang2 ternakan lapan ekor yg berpasangan. Dia juga menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian, dalam tiga suasana yg gelap gelita (iaitu gelapnya perut, rahim dan selaput bayi). Yang demikian (kekuasaan Nya) ialah Tuhan kamu. Dia memiliki kekuasaan yg mutlak. Tiada Tuhan melainkan Dia. Oleh itu, bagaimana kamu dapat diPesongkan (daripada mematuhi perintah Nya)? Surah Al Zumar Ayt 6. Ingatan bersama dari mana kita datang dan kepada siapa kita patut patuh dan berkorban.
No comments:
Post a Comment