Friday, May 8, 2009

Anwar bersajak tentang Perak


Bila Anwar bersajak tentang Perak saya nak tegelak pun ada sedih pun ada sebab manusia bernama Anwar ini tidak pernah insaf dengan perbuatannya yang menjadi punca sebenar Perak menjadi kalut seperti ini. Kalau tidak kerana dia bersungguh sungguh hendak menjatuhkan kerajaan persekutuan dengan membeli wakil rakyat BN maka mungkin ini semua tidak terjadi. Sekarang dia mencemuh dan menghina kerajaan BN kononnya gila kuasa, tidak demokrasi dan mengikut perlembagaan, masallahnya sejak bila dia menghormati itu semua. Semua tindakan bodoh wakil rakyat PR hari ini hasil perancangan dia yang tidak menerima kekalahan dan mengtafsir segala undang2 mengikut selera dan kepentingan diri. Bila sesuatu keputusan Tuanku atau Mahkamah menyebelahi mereka, maka bersoraklah macam kanak2 dapat gula tapi bila tidak selaras dengan kehendak mereka maka menjerit2lah kononnya Malaysia negara paling teruk didunia.

Cukup2 lah bersandiwara dan hiduplah dalam realiti dunia yang sebenar, janganlah terus menjadi penghasut bangsa. Tuhan telah memberi sedikit kemenangan pada saudara utuk menguji sama ada saudara akan bershukur dan tidak menjadi manusia yang mabuk kuasa. Tak payahlah mengajak rakyat menghunus pedang dan keris untuk menegakkan keadilan acuan saudara. Sistem yang sedia ada telah membolehkan PR menang pilihan raya tanpa menghunus senjata, tanpa rakyat perang saudara, maka janganlah diterapkan budaya rakus dan samseng dalam politik negara ini. Majoriti rakyat memerlukan sebuah negara yang aman, damai dan maju bukan suasana bercelaru yang sedang dicipta sebegini rupa ……….. tidak mahu menerima kekalahan, semua yang dilakuan oleh kerajaan salah dia saja yang semuanya betul, berterusan merancang pilihan raya kecil bagi membakar hati rakyat dan penyokong yang taksub.

Saya doakan agar Tuhan meniupkan rasa keinsafan kepada hati2 yang kusut, gila kuasa dan lupa neraka, supaya kembali kepangkal jalan dan berhenti dari menjadi perosak bangsa dan negara.


Kerakusan kerajaan BN di Perak terbukti!
Penahanan 64 orang termasuk 4 ahli parlimen dan 5 ahli dewan undangan negeri di Ipoh akan selama-lamanya dirakamkan dalam lipatan sejarah negara ini sebagai lambang kepada perjuangan rakyat menegakkan demokrasi dan menjaga keluhuran Perlembagaan di negara ini. Kepada Tuan Speaker Sivakumar dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat Negeri Perak, riwayat perjuangan anda semua akan selamanya tercatat dalam episod perjuangan menuntut Perubahan. Keberanian tuan-tuan semua berdepan dengan kekuasaan sesungguhnya menyempurnakan makna sebenar seorang wakil rakyat.

Saya nukilkan bait sajak ini sebagai tanda kagum kepada saudara seperjuangan semua:
“…Dan bara kagum menjadi api
Di depan sekali tuan menantiTak gentar.
Lawan banyaknya seratus kali.
Pedang di kanan, keris di kiri
Berselempang semangat yang tak bisa mati.”

Hari ini rakyat menjadi saksi betapa rakusnya kerajaan barisan nasional-umno untuk terus kekal berkuasa, sehingga sanggup mencemar kemuliaan sidang Dewan Undangan Negeri serta mencabuli sistem Raja Berperlembagaan. Maka terbuktilah, bukan sahaja kepada rakyat Perak, malah kepada seluruh rakyat Malaysia, dendangan perubahan perdana menteri yang baru tidak lebih dari sandiwara lapuk. Justeru mereka bergantung kepada kekerasan sehingga sanggup mengheret keluar Speaker Sivakumar keluar dari dewan. Apabila terdesak dan mengetahui rakyat tidak bersama mereka, Demokrasi dan keluhuran Perlembagaan diinjak-injak sedemikian rupa.

ANWAR IBRAHIM

4 comments:

LeeZ said...

Dah memang UMNO/BN tu rakus dan gila kuasa... jangan nak salahkan DSAI pula.... insafla wahai penyokong2 UMNO/BN yg tinggal tak banyak mana pun lagi...

Takpa... kita tunggu saja GE13 bila rakyat PERAK bangkit semula menentang kezaliman UMNO/BN hari ni...

Anonymous said...

Sekarang si Husam Musa sedang menwar2kan bahawa ada ADUN BN di Kelantan akan lompat ke PR/PAS.Saya beri amaran kepada Husam,jangan jadi macam Perak kan?
Bila orang BN lompat ke PR,heboh seluruh negara sebagai hero tetapi bila orang PR lompat ke BN,di kutuk dan di kecam habis habisan.
Fikir betul2 Husam kerana bila kamu mulakan kerja ini,BN pun boleh buat juga dan dengan lebih effektif lagi

jaflam said...

LeeZ itulah yang sebaiknya tunggulah PRU13 nanti dan buktikan yang PKR mendapat sokongan majoriti rakyat bukan membuat kacau bilau seperti sekarang ini dan hendak menghabiskan duit dan masa rakyat dengan pilihan raya yang tidak diperlukan pun.

Daripada apa yg saya nampak dan lihat depan mata ini gila kuasa PR jauh lebih hebat dari BN hingga sanggup menggadaikan kententeraman negara ini. Yang pasti PRU 13 tidak akan semudah PRU 12 bagi PR.

jaflam said...

Salam Anon,
Harap Husam lebih pandai daripada itu. Tak payahlah dicemarkan nama baik PAS sebagai parti teras Islam dengan membudayakan lompat parti. Cukuplah Nizar dengan kerja2bodohnya di Perak yang memalukan imej parti Islam tu. Kalau saya yg pernah mengundi PAS pun merasa terkilan dengan tingkah laku mereka ini, mungkin lebih ramai diluar sana yang mulai merasa bosan.